31 May 2011

Donut Kentang Fatmah


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Lambat sikit n3 donut ni....actually buatnya pepagi waktu sini lagi.....pepagi tadi dah ternampak kat dapur kat Kak Yatie terusla buat. Time tu org kat Malaysia dah sibuk nak bf....org kat sini terliur jer nengoknya tapi jam baru 3am nak join pun awal sangat  la pulak...:D


 Dah bangun subuh tu tak boleh nak  sambung tido balik tu yang terawal pulak bw tadi. Actually...subuh kat sini dah semakin awal sekarang ni kul 2.10pagi dah subuh dan isyak pula kul 11.45malam....memang menguji tahap kesabaran juga. Kekadang tu tak tido lepas solat isyak tunggu sekejap pas subuh baru tido. Pukul 4am dah cerah lagi ler tak boleh tido...pening kepala juga dibuatnya...nanti summer bln dpn lagi ler cepat siangnya. Macam ni ler cuaca di negara 4 musim....kalau kat Malaysia sama jer waktunya kan. So...layan donut jer lah hari ni....banyak juga dapat ni walaupun saya hanya buat setgh drp adunan ni....kalau buat satu adunan lagi ler banyak ni.




Ramai dah yang mencuba buat donut ni kan...memang tak rugi kalau nak mencubanya hasilnya memang mabeles dan terbaik....lembut dan gebus jer.....terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi ni...izinkan saya berkongsi disini pula....hari ni mood terajin sikit ambil gambar....layan jer lah yer..:D



Resepi: Pn Fatmah Bahlawan  
 Source: Izah, MasKak Yatie
Bahan-bahan
  • 500 gr tepung terigu protein tinggi *saya guna gandum
  • 50 gr susu tepung
  • 11 gr ragi instant
  • 200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
  • 100 gr gula psir
  • 75 gr mentega *saya guna marjerin
  • ½ sdt garam
  • 4 btr kuning telur
  • 100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais


Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
Bagi adonan masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat. 




30 May 2011

Bronok @ Kuih Sagu (Kukus)



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Layan kuih sagu jer lah yer....ada org panggil bronok, ada org panggil sagu dan ada juga yang panggil telur katak haha mcm-mcm nama gelaran yer....apapun panggilannya tetap kuih yang sama. 


Kuih sagu yang sedap ni senang jer nak buatnya....dulu pun saya pernah buat dah cuma tak kukus jer...kali ni cuba resepi yang dikukus pula dan hasilnya amatlah cantik sekali coz sagu tu lebih kembang  dan bersinar. Kalau masak diatas api saja sagu tak kembang sepenuhnya dan akan nampak biji sagu yang putih so...dgn cara yang dikukus ni amatlah berpuas hati sekali dan tak rugi kalau nak mencuba. Btw terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi kuih ni yer...izinkan saya berkongsi disini pula.




Resepi : mamakastam@myresipi 
Sourceizahdaut Kak Hana , Kak Rose 


Bahan-bahan

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air - next time nak kurangkan air 2 gelas ok kot
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah (nieza tak bubuh)
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja (nieza guna kelapa kering jer)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose (nieza tak bubuh)
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih. (nieza tak bubuh pewarna merah sebab sagu ni memang berwarna hijau)
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.


29 May 2011

Trip To Istanbul, Turkey (Part 2)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...bersambung kembali dengan lawatan ke Istanbul yang lepas (part 1) disini....actually banyak lagi tempat menarik di Istanbul ni yang tak sempat dilawati tapi syukur alhamdulillah dengan peluang dan kesempatan yang diberikan sampai juga saya disana. Lawatan singkat selama 2 hari ni amatlah bermakna sekali pada saya  coz dah lama teringin nak sampai ke Istanbul, Turkey. Teringat Masa saya belajar form 6 dulu banyak sejarah mengenai tamadun Islam saya pelajari ...semasa itu hanya teori saja tapi bila dah ada pengalaman melihat sendiri barulah saya tau dah teringat blk masa zaman sekolah dulu-dulu.

Di sebelah petang semasa berjalan-jalan di sekitar hotel saya terpandang bunga-bunga yang sungguh cantik sekali.....rupanya kat situ terdapat taman bunga tulip yang sungguh indah dengan mekarnya tulip yang pelbagai warna dan corak...seronoknya rasa dihati ni coz saya memang suka sangat dengan bunga tulip ni.....rasa mcm nak baring-baring lak kat tulip tu...:D 

Mr.hubby pulak yang bosan menunggu saya yang tak pernah rasa jemu mengambil gambar di taman tersebut....Subhanallah...memang sungguh indah ciptaan Allah. Kebetulan pula saya pergi ni semasa musim bunga so...dapatlah melihatnya. Kalau  musim lain tak adalah tulip ni...besar juga taman ni walaupun tulip disini tak la sehebat mcm di Keukenhof Garden, Holland yang mempunyai taman tulip terbesar didunia tu... tapi menurut sejarah asalnya tulip di Holland adalah sumbangan daripada kerajaan Turki pada ketika dulu. InsyaAllah jika diberikan rezeki dan peluang satu hari nanti nak juga ke ladang tulip di Holland tu pula....tak jauh dah pun dari Finland ni cuma 2 jam saja. Oklah layan jer lah gambar tulip kat bawah ni yer....sekadar berkongsi pengalaman bersama saja:D

semua gambar ni adalah di sekitar kawasan dalam taman tulip....memang cantik sangat tempat ni


























Hari pun semakin gelap, terpaksalah saya mengundurkan diri untuk balik ke hotel....actually tak abis pusing juga ni coz taman ni pun boleh tahan luasnya..tapi syukurlah sepetang juga saya ditaman ni....dapatlah merakamkan kenangan bergambar dengan tulip yang pelbagai warna dan bentuk ni.....walaupun kat Finland ni ada juga tulip tapi tak la sebanyak mcm disini. 


So...dah balik ke hotel dan selesai dinner saya pun berkemas beg sebab esoknya saya dan suami akan berangkat keluar selepas subuh seawal jam 6.40pagi untuk ke airport bagi memulakan perjalanan kami ke Jeddah untuk menunaikan ibadah umrah. Semasa balik dari Jeddah juga kami singgah transit di airport Istanbul juga tapi hanya 2 jam saja tak la keluar dari airport pun coz terus menunggu connecting flight ke Helsinki. Alhamdulillah percutian singkat di Istanbul ini juga telah berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT...insyaAllah jika ada rezeki lagi bolehlah ke sana lagi nanti.

Trip To Istanbul, Turkey (Part 1)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni baru berkesempatan nak berkongsi cerita tentang lawatan saya ke Istanbul tempoh hari...actually hanya lawatan singkat saja kesana kebetulan masa nak ke Mekah hari tu  ada transit di Istanbul so....dah kebetulan ada peluang singgah disana saya dan suami pun ambil kesempatan untuk melawat beberapa tempat menarik disana sebelum bertolak ke Jeddah untuk menunaikan umrah pada 5 May 2011.

Perjalanan bermula pada 3 May 2011 daripada Helsinki, Finland pada jam 1.30tgh hari dengan penerbangan turkish airlines dan selamat tiba di lapangan terbang Atartuk, Istanbul pada jam 4.30ptng. Penerbangan yang hanya memakan masa lbh kurang 3 jam saja dari sini.Setelah selesai ambil beg kami pun menaiki teksi untuk ke hotel yang siap sedia ditempah awal lagi.Setelah selesai check in  hotel dan menunaikan solat jamak kami terus membuat lawatan di sekitar bandar Istanbul dengan berjalan kaki saja.

Istanbul, Turki adalah Satu-satunya bandar didunia yang menggabungkan 2 benua, Eropah dan Asia. Banyak peninggalan sejarah islam disini.....sebab tu lah mr.hubby berminat sangat untuk melihat sendiri tinggalan sejarah...sebelum ni hanya mendapat info daripada bacaan saja. Lawatan singkat ini byk memberi peluang untuk melihat dari dekat kesan sejarah pemerintahan Islam yang agung satu ketika dulu.



Melawat ke Istana Topkapi...Ia merupakan istana terbesar di Istanbul dan pernah didiami 24 Sultan di Turki. Istana Topkapi disini tersimpannya pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki dsbnya. 

sungguh cantik dan berseni sekali lukisan dan ukiran didalam istana ini

bilik beradu raja

Permandangan dari kawasan luar istana...ramai pelancong yang sedang beratur untuk masuk ke dalam istana ini









Lawatan pada keesokan harinya pula kami melawat ke Masjid Biru (Blue Mosque) yang cuma mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki dari hotel. Mengikut sejarah, masjid ini dibina di antara tahun 1609 hingga 1616, semasa pemerintahan Sultan Ahmet 1. Namanya diambil bersempena warna mozek Iznik kebiru-biruan yang dipasang di atas dinding dan siling masjid.
 
Gambar ehsan google
 Sungguh indah sekali permandangan pada waktu malam



Masjid Biru ini direka oleh arkitek terkenal Turki, Mehmet Aga. Keunikannya terletak pada enam menara di sekelilingnya berbanding kebanyakan masjid lain yang mempunyai empat menara atau kurang daripada itu.


Subhanallah...terpegun juga saya ketika melangkah masuk ke dalam masjid yang sungguh indah sekali permandangan didalamnya


Kawasan untuk solat

ramai juga pelancong  luar yang datang melawat termasuklah yang bukan islam juga




bergambar di pintu masuk masjid



Permandangan yang sungguh indah dengan kehadiran bunga tulip pada musim bunga sekarang ni......taman bunga yang terletak diluar masjid iaitu di hadapan masjid biru ini.

kawasan di sekitar masjid biru



Setelah selesai mkn tgh hari kami meneruskan lawatan ke  arkeologi muzium. Kompleks ini dibina pada akhir abad ke-19 oleh arkitek Vallauryberkat hasil usaha pelukis terkenal Turki Osman Hamdi Bey. Ini termasuk Atap Kios indah dan Muzium Timur Kuno yang banyak koleksi artifak dan karya seni kuno milik Yunani, Rom dan peradaban Anatolia. Koleksi yang dipamerkan  terdiri daripada 15.000 potongan arkeologi kuno Mesopotamia, Anatolia Pra-Greek, Assyria, Sumeria, Acadian,Babylon, Mesir Kuno dan Pra-Islam budaya Arab.



 Selepas itu kami singgah ke tempat  membeli belah yang terkenal iaitu di Grand Covered Bazaar, bazaar tertutup terbesar di dunia. Lebih 4000 buah kedai terdapat didalamnya. 


diantara cenderahati yang sangat menawan kalbu

ni pula antara manisan turki yang dijual...sedap-sedap juga manisan  ni..

kedai makanan di Istanbul


Biarpun percutian selama 2 hari di Istanbul agak singkat namun, ia memberi saya seribu satu kenangan yang sukar dilupakan.Turki adalah sebuah negara yang cukup mengagumkan dan tidak hairanlah terdapat banyak tempat pelancongan yang diberi status Tapak Warisan Dunia. InsyaAllah akan bersambung cerita lawatan saya ke Istanbul yang seterusnya di part 2 nanti pula.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers