30 May 2011

Bronok @ Kuih Sagu (Kukus)



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Layan kuih sagu jer lah yer....ada org panggil bronok, ada org panggil sagu dan ada juga yang panggil telur katak haha mcm-mcm nama gelaran yer....apapun panggilannya tetap kuih yang sama. 


Kuih sagu yang sedap ni senang jer nak buatnya....dulu pun saya pernah buat dah cuma tak kukus jer...kali ni cuba resepi yang dikukus pula dan hasilnya amatlah cantik sekali coz sagu tu lebih kembang  dan bersinar. Kalau masak diatas api saja sagu tak kembang sepenuhnya dan akan nampak biji sagu yang putih so...dgn cara yang dikukus ni amatlah berpuas hati sekali dan tak rugi kalau nak mencuba. Btw terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi kuih ni yer...izinkan saya berkongsi disini pula.




Resepi : mamakastam@myresipi 
Sourceizahdaut Kak Hana , Kak Rose 


Bahan-bahan

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air - next time nak kurangkan air 2 gelas ok kot
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah (nieza tak bubuh)
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja (nieza guna kelapa kering jer)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose (nieza tak bubuh)
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih. (nieza tak bubuh pewarna merah sebab sagu ni memang berwarna hijau)
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.


27 comments:

  1. hijaunya.. masut mulut boleh terus telan..sebab lembut jer...

    ReplyDelete
  2. ayu x pernah try lagik buat kuih sagu nie...but stok sagu ada kat umah...nnt nk try gak...asyik tangguh jer @___-

    ReplyDelete
  3. Salam kak! kuih kegemaran kita niii sago2 ni mmg kita antu sikit mmg suke sgt! suka kuih niii! alaaaaaaaa..sedih kan kak kita org guna kelapa parut kering jer kan kan :D

    ReplyDelete
  4. woww.hijau cantik. suke guna resepi ni. memang best. tak guna resepi lain dah

    ReplyDelete
  5. ku lihat hijauuuuu...
    memang cantik bronok tu....
    mas suka sangat kuih2 sagu ni...
    nak sikittt...

    ReplyDelete
  6. selalunya kuih ni warna pink. bila nampak hijau dok lah tenang..

    ReplyDelete
  7. Assalam nieza...cantik kaler sagu tu...akk rasa mcm lembik sikitkan masa nk ptg tu, tapi bila gaul kelapa elok n sedapkan, sejuk je tekak

    ReplyDelete
  8. teringat 10 tahun nan lalu.. en zalie suruh ayu maak kuih nie tapi nak rasa sunquid.. hahaha.. buat gak...
    menjadi juga..

    PS: nieza., dah lah warnanya hijau.. piring pun mengancam ko..

    ReplyDelete
  9. warna ijau.. cerah mata memandang.. akk pernah buat versi rebus.. lainkali kene cuba versi kukus pulak..

    ReplyDelete
  10. cantiknya hijau tu... sejuk mata memandang, apa lagi kalau dapat masuk molot! ok, kita tukar kuih je la...

    ReplyDelete
  11. Salam Nieza...
    Hijau!!! Cantik!!! Tapi kan kelapa kering tuh cam cantik jer bila disalut :) Kelapa kering tuh Nieza kukus dulu ke?

    ReplyDelete
  12. ni antara kuih yg akan zla beli setiap kali p cafe time breakfastttt..besttt!

    ReplyDelete
  13. sedapnya..terasa lembut jerr kuih sagu ni

    ReplyDelete
  14. woooo...mai sepinggan....lapo lak memalam nih..heheh
    Nieza, kelapa kering tu just gaul giotu je ke? kdg2 mls gak nk beli klpa parut, senang tabur yg kering kan..

    ReplyDelete
  15. ooo mcm tu ke caranya.. suka makan, tp errr xpandai buat. hehe..;)

    ReplyDelete
  16. as-salam kak
    kuih ni memang sedap..mak ady sukan buat kuih ni..

    ReplyDelete
  17. assalam nieza...
    kuih ni dari kecik lagi akak dok dengar arwah tok dok panggil bronok.. gamaknya.. org trengganu kot yg panggil bronok.. kalau kat langkawi pulak.. bronok tu hidupan laut yg mcm gamat tu kan? hehehe...
    dah lama akak salin resepi bronok mamakastam ni.. tp tak terbuat2 jugak.. cantik potongan kuih nieza ni...

    ReplyDelete
  18. feveret dari kecik ni... beronok aka kuih sagu..

    ReplyDelete
  19. cantiknya kaler hijau ni...nampak sgt2 berseri...dah lama x makan kuih bronok ni...selalu klu beli masa bulan ramadhan....

    ReplyDelete
  20. akak pun suka kuih sagu ni,selalunya kalau kita rendam lama sikit kemudian masak pun ok tak de yg berwarna putih .tapi boleh jugak kukus dulu

    ReplyDelete
  21. Salam akak memang cantiq nampak hijau.. kita dulu2 panggil telur katak gak ha ha ha sagu punya kuih katak dapat nama... he he he

    ReplyDelete
  22. nieza....sesuai kaler hijau kuih ni ngan set pinggan tu...kuih bertabah cantik ngan set pinggan yg cantik he..he suka2

    ReplyDelete
  23. Alamak nieza...hijau itu menawan dan menggoda betooi ler...dgn salutan kelapa yg halus tu...ada air teh lg tu...meh ler secawan...dan seketoi kuih..hukhukhuk

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum nieza...
    cantik n menarik ngan warna hijau lembut tu nieza... sedap jer mata memandang... sedap lg kalau dpt makan kan nieza.. dulu akak mmg x berapa suka mkn bab sagu2 nie.. tp sejak selalu tgk semasa berblog nie.. terpandai ler plak makan.. Hehehe

    ReplyDelete
  25. lawanya sagu tu... kalau dekat nak jugak ngendeng!! hihihi

    ReplyDelete
  26. letak santan dan gula merah pun sedap hehe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers