Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni baru berkesempatan nak berkongsi cerita tentang lawatan saya ke Istanbul tempoh hari...actually hanya lawatan singkat saja kesana kebetulan masa nak ke Mekah hari tu ada transit di Istanbul so....dah kebetulan ada peluang singgah disana saya dan suami pun ambil kesempatan untuk melawat beberapa tempat menarik disana sebelum bertolak ke Jeddah untuk menunaikan umrah pada 5 May 2011.
Perjalanan bermula pada 3 May 2011 daripada Helsinki, Finland pada jam 1.30tgh hari dengan penerbangan turkish airlines dan selamat tiba di lapangan terbang Atartuk, Istanbul pada jam 4.30ptng. Penerbangan yang hanya memakan masa lbh kurang 3 jam saja dari sini.Setelah selesai ambil beg kami pun menaiki teksi untuk ke hotel yang siap sedia ditempah awal lagi.Setelah selesai check in hotel dan menunaikan solat jamak kami terus membuat lawatan di sekitar bandar Istanbul dengan berjalan kaki saja.
Istanbul, Turki adalah Satu-satunya bandar didunia yang menggabungkan 2 benua, Eropah dan Asia. Banyak peninggalan sejarah islam disini.....sebab tu lah mr.hubby berminat sangat untuk melihat sendiri tinggalan sejarah...sebelum ni hanya mendapat info daripada bacaan saja. Lawatan singkat ini byk memberi peluang untuk melihat dari dekat kesan sejarah pemerintahan Islam yang agung satu ketika dulu.
Melawat ke Istana Topkapi...Ia merupakan istana terbesar di Istanbul dan pernah didiami 24 Sultan di Turki. Istana Topkapi disini tersimpannya pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki dsbnya.
sungguh cantik dan berseni sekali lukisan dan ukiran didalam istana ini
bilik beradu raja
Permandangan dari kawasan luar istana...ramai pelancong yang sedang beratur untuk masuk ke dalam istana ini
Lawatan pada keesokan harinya pula kami melawat ke Masjid Biru (Blue Mosque) yang cuma mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki dari hotel. Mengikut sejarah, masjid ini dibina di antara tahun 1609 hingga 1616, semasa pemerintahan Sultan Ahmet 1. Namanya diambil bersempena warna mozek Iznik kebiru-biruan yang dipasang di atas dinding dan siling masjid.
Gambar ehsan google
Sungguh indah sekali permandangan pada waktu malam
Masjid Biru ini direka oleh arkitek terkenal Turki, Mehmet Aga. Keunikannya terletak pada enam menara di sekelilingnya berbanding kebanyakan masjid lain yang mempunyai empat menara atau kurang daripada itu.
Subhanallah...terpegun juga saya ketika melangkah masuk ke dalam masjid yang sungguh indah sekali permandangan didalamnya
Kawasan untuk solat
ramai juga pelancong luar yang datang melawat termasuklah yang bukan islam juga
bergambar di pintu masuk masjid
Permandangan yang sungguh indah dengan kehadiran bunga tulip pada musim bunga sekarang ni......taman bunga yang terletak diluar masjid iaitu di hadapan masjid biru ini.
kawasan di sekitar masjid biru
Setelah selesai mkn tgh hari kami meneruskan lawatan ke arkeologi muzium. Kompleks ini dibina pada akhir abad ke-19 oleh arkitek Vallauryberkat hasil usaha pelukis terkenal Turki Osman Hamdi Bey. Ini termasuk Atap Kios indah dan Muzium Timur Kuno yang banyak koleksi artifak dan karya seni kuno milik Yunani, Rom dan peradaban Anatolia. Koleksi yang dipamerkan terdiri daripada 15.000 potongan arkeologi kuno Mesopotamia, Anatolia Pra-Greek, Assyria, Sumeria, Acadian,Babylon, Mesir Kuno dan Pra-Islam budaya Arab.
Selepas itu kami singgah ke tempat membeli belah yang terkenal iaitu di Grand Covered Bazaar, bazaar tertutup terbesar di dunia. Lebih 4000 buah kedai terdapat didalamnya.
diantara cenderahati yang sangat menawan kalbu
ni pula antara manisan turki yang dijual...sedap-sedap juga manisan ni..
kedai makanan di Istanbul
Biarpun percutian selama 2 hari di Istanbul agak singkat namun, ia memberi saya seribu satu kenangan yang sukar dilupakan.Turki adalah sebuah negara yang cukup mengagumkan dan tidak hairanlah terdapat banyak tempat pelancongan yang diberi status Tapak Warisan Dunia. InsyaAllah akan bersambung cerita lawatan saya ke Istanbul yang seterusnya di part 2 nanti pula.
grand bazaar tu memang tempat prempuan kan nieza... :)
ReplyDeleteKak Nieza,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
pengalaman yang tak dapat
dinikmati bersama :)
Mudah2an ada rezeki
berjalan2 seperti ini..
Amin
assalam nieza..subhanallah..cantik2nya..
ReplyDeleteterima kasih sudi kongsi disini.
cenderahati nya sungguh memikat mata akak melihatnya..
Assalam nieza..cantik n terpegun akk tgk keindahan n kesenian dalam masjid tu...best nieza dh samapi ke situ
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletesyukur sangat nieza dah dapat peluang kesana... akak pun teringin sangat nak pergi...
bila tgk pic Nieza ni lagi lah semakin kuat angan2 akak ni...
berangan aje lah nieza... perginyer tak jugak...
Cantiknya Istanbul..memang kami bercadang sangat nak makan angin ke Istanbul..dapat tengok gambar2 cantik ni pun dah ok...tak sabar nak pegi sana...
ReplyDeletesekom.Ya Allah...cntik2 belaka.ada simpan hasrat nak ke sana.bilalah tu?moga diberikan kesihatan yg baik masa kerjakan ibadah di mekah
ReplyDeletecantik Istanbul..betapa bertuahnya nieza dpt menjejak kaki ke sana.tq sudi share pic kat sini
ReplyDeletesubhanallah..
ReplyDeletemmg rasa bertuah dapat mengenali nieza dan family...
walau ayu tak pernah jejakkan kaki ke luar negara terutama turkey, namun rasanya dgn entry ini...
buatkan ayu rasa ayu tau dimana, kemana tempat2 istimewa disana
thanks nieza.......
percutianmu 2hari mmg berbaloi2
seronoknya nieza.. lepas umrah dpt ke istanbul pulak.. btuah bdn..
ReplyDeleteseronoknya ke istanbul... memang cantik, memang utuh tinggalan sejarahnya..
ReplyDeleteSuka tengok pemandangan cantik lua negara. Alahai bilalah berkesempatan ke sebelah sana pula?
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza...Lama betul tak dtg sini. Terpegun melihat keindahan Istanbul. Tengok gambar2 kat sini buat akak rasa mcm nak pergi ke sana. Salah satu negara yg mesti dilawati one day...
ReplyDeleteKak Kasih:
ReplyDeleteya betul tu kak...bila masuk sana jer rasa mcm tak mau keluar jer...giler tul nengok semua brng tu..best shopping tu...hehe
misgee:
sama-sama kita berkongsi pengalaman..insyaAllah ada rezeki sampailah misgee ke sana juga nanti:)
kak Acik Erna:
ya sama-sama kak..memang cantik dan indah sekali mata memandang:)
kak Rosaliza:
ya kak memang cantik dan syukur dgn kesempatan yg diberi utk melihatnya kak...:)
Kak Azlita:
insyaAllah ada rezeki nanti sampaila juga akak ke sana...memang best kalau ada peluang istanbul memang harus dilawati coz byk tersimpan sejarah islam disana.
Kak Naz:
insyaAllah akan sampai masa akak sekeluarga juga nanti...kebanyakan org Msia yg dtng buat umrah byk yg singgah ke sana..maybe akak pun boleh juga plan mcm tu nanti..
Kak Anie:
ReplyDeleteya kak memang best sgt...kalau ada peluang pergi lah kak...tapi pergi ke Mekah lagi best...:)
Kak Linapg:
alhamdulillah diatas rezeki yang diberi oleh Allah kak...syukur atas nikmat dan kesempatan yg diberi...sama-samalah kita berkongsi yer..mana tau satu hari nanti ada rezeki buat akak juga:)
Ayu:
tq dear...alhamdulillah dgn perkenalan dialam maya juga kita dapat berkongsi pengalaman...byk faedah kalau kita gunakannya dgn baik.
kak zana:
semua rezeki datangnya dari Allah....syukur alhamdulillah dgn kesempatan dan peluang yg diberikan:)
Mulan:
ya memang menarik...seronok dpt tgk tinggalan sejarah islam yg agung ketika dulu:)
Nieda:
insyaAllah ada rezeki adalah peluang untuk akak sampai ke sana nanti:)
Assalamualaikum nieza...
ReplyDeletesungguh indah dan cantik tempat nie ... teringin gak nak pergi... Insyaallah suatu hari kalau d izinkan...
Salam Nieza..
ReplyDeleteThanks for sharing your journey. Sgt mengujakan..
Hepi holiday dearie!
seronoknya Nieza! Bilalah sy nak dpt peluang mcm gini..Malaysia pon tak abeh jalan lg..
ReplyDelete