Assalammualaikum
Masa sharekan nasi epal tadi ramai yang bertanyakan lauk apa yang saya makan dengan nasi epal tu kan...so ni lah lauknya. Selain dari lauk ikan kukus epal hijau ni ada juga kari daging tapi dah selalu sangat buat kari tu saya tak adalah ambil gambar. Boleh tgk kat n3 kari daging yang lepas kalau nak mencuba.
Simple jer masak ikan kukus epal hijau ni tapi tetap menyelerakan. Yang paling best tu bila dapat meratah ikan dan buah epal hijau gitu jer...sebab saya memang suka makan epal hijau ni so...memang sedap la bagi saya. Tak adalah rasa masam sangat bila dah kena dengan gabungan kicap masin masa kukus ikan tu terasa sedapla...nak tau sedap ke tak kena lah cuba sendiri yer sebab selera masing-masing tak sama kan. Sedap pada tekak saya tak semestinya sedap pada tekak orang lain kan ..:D
Oklah resepi ikan kukus ni saya ambil kat dapur kak Noor yang menetap di Brunei.Terima kasih yer kak Noor kerana berkongsi resepi ikan kukus yang sedap ni bertambah sedap bila saya makan dengan nasi epal hijau resepinya boleh tgk disini dan ditambah lagi dengan kerabu epal hijau yang sedap tu boleh tgk resepinya disini.
sumber resepi: Kak Noor Brunei@ Bicara Kak Noor
Bahan-bahan
1 ekor ikan merah atau ikan apa saja lah kegemaran masing2 dibersihkan diperapkan dengan sos tiram
2 batang serai dihiris
4 ulas bawang putih dicincang
1 inici halia dihiris kecil
2 sudu sos tiram
3 biji tomato dihiris dadu
1 biji apple hijau dihiris memanjang
1 batang carrot diparut (Nieza tambah)
minyak bijan untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam
garam dan gula sedikit
Bahan untuk sambal kicap
10 atau lebih cili padi
2 ulas bawang putih
kicap manis secukupnya
sedikit bawang goreng
10 atau lebih cili padi
2 ulas bawang putih
kicap manis secukupnya
sedikit bawang goreng
Cara membuatnya
- Ikan yang telah diperap dengan 1 sudu sos tiram di kukus sehingga masak dan ketepikan, simpan air yang keluar hasil dari kukusan ikan tu
- Panaskan sedikit minyak bijan dan tumis serai,bawang putih dan halia hingga wangi masukan sos tiram 1 sudu dan air ikan tadi,kalau kurang boleh lah tambah air biasa
- Tambahkan tomato yang didadu dan serbuk lada hitam jugak garam dan gula
- Bila dah ok boleh lah masukan ikan yang dikukus tadi,golek2 je sebab ikan ni dah masak cuma nak sebatikan je
- Boleh jugak terus siram kan kuah ni ke ikan dan taburkan dengan apple hijau
- Nak buat sambal kicap ni just blend je semua bahan2 tapi jangan hancur sangat pandai2 adjustlah dengan blender masing2 ya pastu taburkan bawang goreng atau ramas2kan bawang masukan ke sambal tu, sedap cicah dengan ikan kukus.


























Helsinki Time
Georgetown Time