24 May 2012

Ikan Kukus Epal Hijau


Assalammualaikum
Masa sharekan nasi epal tadi ramai yang bertanyakan lauk apa yang saya makan dengan nasi epal tu kan...so ni lah lauknya. Selain dari lauk ikan kukus epal hijau ni ada juga kari daging tapi dah selalu sangat buat kari tu saya tak adalah ambil gambar. Boleh tgk kat n3 kari daging yang lepas kalau nak mencuba.

 Simple jer masak ikan kukus epal hijau ni tapi tetap menyelerakan. Yang paling best tu bila dapat meratah ikan dan buah epal hijau gitu jer...sebab saya memang suka makan epal hijau ni so...memang sedap la bagi saya. Tak adalah rasa masam sangat bila dah kena dengan gabungan kicap masin masa kukus ikan tu terasa sedapla...nak tau sedap ke tak kena lah cuba sendiri yer sebab selera masing-masing tak sama kan. Sedap pada tekak saya tak semestinya sedap pada tekak orang lain kan ..:D


Oklah resepi ikan kukus ni saya ambil kat dapur kak Noor yang menetap di Brunei.Terima kasih yer kak Noor kerana berkongsi resepi ikan kukus yang sedap ni bertambah sedap bila saya makan dengan nasi epal hijau resepinya boleh tgk disini dan ditambah lagi dengan kerabu epal hijau yang sedap tu boleh tgk resepinya  disini. 


Bahan-bahan 
1 ekor ikan merah atau ikan apa saja lah kegemaran masing2 dibersihkan diperapkan dengan sos tiram
2 batang serai dihiris
4 ulas bawang putih dicincang
1 inici halia dihiris kecil
2 sudu sos tiram
3 biji tomato dihiris dadu
1 biji apple hijau dihiris memanjang
1 batang carrot diparut (Nieza tambah)
minyak bijan untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam
garam dan gula sedikit
Bahan untuk sambal kicap
10 atau lebih cili padi
2 ulas bawang putih
kicap manis secukupnya
sedikit bawang goreng

Cara membuatnya
  • Ikan yang telah diperap dengan 1 sudu sos tiram di kukus sehingga masak dan ketepikan, simpan air yang keluar hasil dari kukusan ikan tu
  • Panaskan sedikit minyak bijan dan tumis serai,bawang putih dan halia hingga wangi masukan sos tiram  1 sudu dan air ikan tadi,kalau kurang boleh lah tambah air biasa
  • Tambahkan tomato yang didadu dan serbuk lada hitam jugak garam dan gula
  • Bila dah ok boleh lah masukan ikan yang dikukus tadi,golek2 je sebab ikan ni dah masak cuma nak sebatikan je
  • Boleh jugak terus siram kan kuah ni ke ikan dan taburkan dengan apple hijau 
  • Nak buat sambal  kicap ni just blend je semua bahan2 tapi jangan hancur sangat pandai2 adjustlah dengan blender masing2 ya pastu taburkan bawang goreng atau ramas2kan bawang masukan ke sambal tu, sedap cicah dengan ikan kukus.

32 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza,
    alahaiiii sedapnya tngk ikan kukus ni, semua menu berkaitan epal ijau....sesuatu yg baru ni dan harus di cuba juga..akak pun suka epal ijau..

    ReplyDelete
  2. Salam, Nieza.. kantin kat kolej akak ni selalu masak nasi epal, sedap juga.. kalau nak tahu rasa ikan kukus epal ni, kenalah cuba resepi Nieza ni, ya tak... ;-)

    ReplyDelete
  3. nasi epal tak pernah try ni nampak ikan kukuih tu sedaapnya nieza ,tapi anak2 tak suka epal hijau sebab masammmm

    ReplyDelete
  4. menarikkan! epal hijau mmg tak berapa laku kat rumah, mmg sesuai la buat masak2, suka kerabu epal tu! ;D

    ReplyDelete
  5. wow...looks very inviting ..& super tasty
    new to your space
    excellent space you have..
    happy following you..:)
    do stop by mine sometime
    Tasty Appetite

    ReplyDelete
  6. salam nieza apa khabar...menarik nya....letak epal first time ni tahu...boleh cuba someday..

    ReplyDelete
  7. Assalam Nieza,
    wah first time akak dengar nasi epal ni dan dilawan pula dgn ikan kukus epal..
    very unik ni nieza, pasti sedap nikan..

    ReplyDelete
  8. lain dari yang lain selalu kita guna mangga tapi kali ni bleh le di ubah ke epal hijau disamping sedap di makan ... boleh gak mengempiskan perut...

    ReplyDelete
  9. Salam Cayangg.. wahh sambil baca.. sambil scroll down.. sampai habis aje kat bawah tu.. terus meleleh-leleh kecur hehehe... sedapnya.. :))

    ReplyDelete
  10. Sedapnya Nieza .. dah la tgh puasa ni.

    ReplyDelete
  11. mnarikkk!!! tu dia dh tayang dh menu epal lagi...hihi..harus cuba ni...nmpk sedap sgt n lain dr yg lain...jap nk petik epal kt ladang dlu..hihi

    ReplyDelete
  12. Dah terasa2 kemasaman epal hijau tu... sedapppppnya.....

    ReplyDelete
  13. As salam Nieza,

    Yes! Nnt Marya nak trylah buat jgk! Tunggu kena beli epal hijau dgn ikan kerapu lah nampaknye...hehehe... Td marya buat kerabu mangga dgn epal! Ummmph... sodap! Sebab tgk entry nasi epal tu yg dpt idea nk buat kerabu campur epal...hehehe... Thanks ya! :)))

    ReplyDelete
  14. sedapnye kak.. dh lama x makan ikan kukus.. tp epal hijau tu sy kurg suke..

    ReplyDelete
  15. fuuhhh... sedap tu sbb kami mmg suka epal hijau..

    ReplyDelete
  16. terbaik menu epal sedunia! kerabu tu, krak kruk je terasa dalam mulut...ikan kukus yg sgt menarik, ni kalau majalah saji tk masukkan dlam mag diorang memang wugi...hehehhee

    ReplyDelete
  17. alahai kecurrrnye air liur kros tgk...kros pun suka epal ijo. nampak sedap sgt ikan tu

    ReplyDelete
  18. salam nieza

    aduhai pagi lagi dah terliur tgk ni, nak copy lah resepi, senang2 nanti boleh buat

    ReplyDelete
  19. Salam Nieza..kak nim suka epal hijau nie..masam masam manis..sedap nie...:))

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Nieza sayangggg....
    sampai juga hajat di hati nak jamu mata dengan ikan kukus epal hijau.... memang kelihatan sungguh menyelerakan! Rajinnya Nieza mencuba pelbagai resepi... tabik!

    ReplyDelete
  21. sedapnya...nieza guna kamera apa ye..sbb cantik la gambar nieza ambil...hihi..

    ReplyDelete
  22. aduhai sis..segala jenis ikan kukus/stim mmg feveret saya..

    sgt2 terasa perut berkeroncong dah ni sis..hukhukhuk

    ReplyDelete
  23. meriahnye ikan tu kak, bergelumang ngan aksesori..ngenceswsss pandang ni

    ReplyDelete
  24. Salam Nieza.berderet2 menu guna epal hijau.....menarik pelbagaikan resepi dr epal.nasi epal ada...kena pula dg kerabu epal....sedapnya. ikan kukus epal hijau nipun nampak sedap.akak pernah buat ikan kukus mangga muda, tak da mangga boleh ganti dg epal hijau...

    ReplyDelete
  25. Salam Kak Nieza..mst best ikan kukus epal hijau ni..yana mmg suka ikan kukus dr yg goreng..msk list dulu..nnt nk try jgk..kna beli ikan besar dulu hihii ^^

    ReplyDelete
  26. Salam Nieza...
    nie 1st time mama tgk ikan kukus apple hijau!!
    seyes nmpk sedap :P Mama pun suka epal hijau yg garing2 masam2 nie...
    masuk list k thnks share resipi

    ReplyDelete
  27. Salam Nieza...

    1st time mama dgr ikan kukus apple hijau...
    mama pun suka mkn apple hijau yg masam2 g2...
    nmpk sedap lah.. blh print resipi dulu...

    ReplyDelete
  28. Menu yang unik dan kreatif dari Nieza.. Pertama kali melihat..Bila2 boleh cuba..

    ReplyDelete
  29. salam nieza...sedapnye...saya suka makan ikan kukus...kali ni mesti lagi best kan sebab ada epal hijau.

    ReplyDelete
  30. wow sedapnya ikan kukus...dgn epal hijau tak pernah!

    http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  31. wah...sedapnya nampak. sangatla nyaman di waktu semangat diet tengah memuncak

    ReplyDelete
  32. telan ayaq lioq dah ni akak
    lama x makan ikan masak jenis gini
    selalu buat bulan poser ni
    leh try nnt

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers