24 May 2012

Kerabu Epal Hijau


Assalammualaikum semua
N3 ni nak share resepi kerabu yang saya makan dengan nasi epal masa berbuka puasa semalam tu boleh tgk resepinya disini dan resepi ikan kukus epal tu boleh tgk disini...memang gabungan yang mantap sebab semua berasaskan epal hijau. Kalau yang suka makan epal hijau haruslah mencuba kerabu ni...memang sedap :D

Rasanya ramai dah yang pernah cuba kerabu epal ni kan tapi saya nak share jugalah resepi kat sini untuk rujukan saya dimasa akan datang pula. Resepi ni asalnya dari kak Liza @ Chef Hanieliza dah telah dikongsikan bersama oleh kak Amie, Kak Lina Png dan kak Nor @ SG juga. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi kerabu epal ni izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi: Chef Hanieliza
Bahan-bahan:
2 biji epal hijau (Nieza guna 1 biji epal saja)
1/2 batang lobak merah  
5 biji tomato ceri dibelah
2 biji cili merah 
2 biji cili hijau (Nieza tak bubuh tapi gantikan dengan cili api)
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai (Nieza tambah)
1 pokok daun ketumbar 
1 biji lemon -ambil jusnya 
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa 


Cara:
1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang
2. Semua bahan lain dihiris
3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon
4. Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
5. Sedia untuk dihidang.



5 comments:

  1. salam Nieza sedapnya pepagi tengok kerabu epal ni, mamam pulak dgn nasi epal fulamak berepal2 je lah kan tapi sdp tu bermasam2 manis mesti nak try jugak ni kena shopping epal lagi ni heeheee

    ReplyDelete
  2. salam nieza cyg
    fav akk jgk nie..rasa masam2 kan..tang nasi epal tue akk x pernah menerai lg..klu dh ramai kata sedap..pasti sedap la tu kan..nnt2 akk nk cuba jgk..he hee ok slamt mlm..x tido lg kew..

    ReplyDelete
  3. Salam Cayang wangi mucuk hehehe.. wahh ada kerabu epal pulak.. semakin kecur laaa nampaknya ni.. kecur tahap 12 dah ni tauuuu....

    ReplyDelete
  4. nak kena terai kerabu ni ... sungguh menyelerakan ... sampai dah terkecur2 air l***

    ReplyDelete
  5. Salam Nieza...
    mmg sedap kerabu epal hijau nie...
    mama dah pernah buat byk kali...
    sedap nie buat ratah2 :P

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers