25 Jun 2011

Eggless Caramel Pudding



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bersiaran di awal pagi subuh waktu Finland ni....bukan apa sementara menunggu masuk waktu subuh kat sini jam 1.47pagi sempatlah melepak kat blog kejap. Solat isyak tadi jam 12 malam....subuh pulak 1.47pagi. Memang jarak waktu yg tak jauh sgt dengan subuh so... tunggu lepas solat subuh baru tido. Macam tu la keadaan sekarang ni masa summer ni adalah merupakan masa siang yang panjang...kalau berpuasa time ni memang amat mencabar kerana melebihi 20jam untuk menanti waktu berbuka. 

Oklah n3 hari ni nak ceter pasal puding yang saya buat masa bawa berpicnic hari weekend yg lepas tu..terlupa pula nak n3. Gambar pun tak cun coz nak cepat hari tu main snap jer dan puding pun dah lama abis..layan gambar jer lah. Tak pe la kan sekadar berkongsi disini. Resepi ambil kat dapur mamaolyn  yang menetap  di sheffield. Tertarik utk mencuba resepi puding caramel tanpa telur ni...nak buat pun mudah dan yang pastinya memang sedap...tapi saya buat kurang menarik sikit dipermukaan atasnya yg berlubang-lubang jadinya.Tak taula apa sebabnya....so..abaikan jer lah rupanya yer yang penting mkn sodap...:D btw terima kasih pada mamaolyn kerana berkongsi resepi ni..izinkan saya berkongsi disini pula.


Source: Mammaolyn
Bahan A 
Gula 2senduk (guna senduk nasi)
Bahan B  
Serbuk Agar-agar 1 paket (7g)
Air 4cawan
 Gula 21/2 senduk
Bahan C 
 Susu cair 1tin (lebih kurang 400g)
Tepung kastard 2sudu
Vanilla 1sudu
* Campur sebati semua bahan C


1. Hanguskan gula spt buat karamel utk puding karamel yang lain gak... bila gula agak perang tuang air sikit.. pastu ketepikan.
2. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. 
3. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. Bekukan dlm peti ais (saya bekukan semalaman), dan hidang. (lebih sedap dihidang  sejuk-sejuk)


24 Jun 2011

Ikan Haruan Bakar & Air Asam


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...hari ni cuti public holiday di Finland ni sempena mid summer so..memang semua cutilah dan bila cuti tu semua kedai pun tutup. Mr.hubby lak pi memancing...so..saya masak lauk simple jer lah. Layan lauk masakan kampung. Sekali sekala teringin juga nak makan lauk pauk kampung ni...nasib baik ada juga jual ikan sungai mcm keli, haruan, sepat kat kedai aseanic sini tapi yg frozen punyalah import dr Thailand. Bolehlah kan kalau teringin tu dapat jugalah merasa.


oklah resepi ikan bakar dan air asam ni simple jer rasanya semua org pun pandai buat kan..tapi saya letak jugalah style saya ni...bakar oven jer kat sini.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 batang serai – dikisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Sedikit helaian daun pisang – balut pada ikan
Bahan Air Asam
1 genggam asam jawa – diperah
1 cawan air
5 tangkai cili padi – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
belacan
1 biji tomato
1s/k kerisek
Garam secukup rasa


Cara Membuat
1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam. Tunggu sehingga 30minit. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak.
2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.

23 Jun 2011

Murtabak Daging Perantau


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni layan murtabak daging pula....actually dah banyak kali juga saya buat murtabak ni kira mcm menu ulang tayang jer...boleh rujuk disini untuk n3 yg lepas. Cuma nama jer bertukar jadi murtabak daging perantau...sama jer mcm murtabak yg biasa org lain buat tapi saja jer saya bubuh nama tu sebab sejak saya dok merantau ni jer saya selalu buat murtabak. Kalau dok Malaysia saya beli jer dan tak pernah buat sendiri pun..:D

Murtabak adalah fav saya dan mr.hubby. So...layan jer lah resepi yg simple ni...resepi pun main agak-agak ikut citarasa saya dan mr.hubby. Biasanya buat roti canai pun saya buat guna doh yg sama juga. Cara tebar lak saya ikut style mak saya selalu buat jer.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Kulit murtabak
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)

Bahan untuk inti murtabak
300g mince meat
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+gula secukup rasa
2 bawang-potong nipis2
6 biji telur-atau secukupnya
4 biji kentang dipotong dadu
1/2 inci halia
air asam jawa

Cara2 menyediakan kulit murtabak
1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
4. Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)

Cara2 menyediakan inti
1. bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
2. kentang direbus. lenyekkan ia setelah empuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali.... setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
4. tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.
5. masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.
6. masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.

Cara2 mencanai
1. Canaikan setiap bebola ini nipis2....cara canai ni saya buat mcm mencanai roti canai....saya gunakan talam dan tarikkan doh tu ke tepi dan jgnlah terlalu nipis...boleh rujuk disini. Kemudian campurkan inti dengan telur supaya inti itu tidak terburai apabila makan nanti.
2. Bubuhkan inti di tengah-tengahnya. kemudian lipat dan goreng dalam kuali panas dgn api yg perlahan sehingga kekuning-kuningan.
3. sedia dihidang bersama kuah bawang merah.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers