Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Buat Quiche daging ni petang tadi...bila dah siap tu kasi kat tuan umah yang kami sewa ni sikit. Kebetulan tuan umah datang antar ikan hasil dia memancing dan saya pun balasla sikit quiche ni padanya.
Resepi ambil kat dapur kak Madihaa yang mana resepi asalnya daripada sepupu kak Madihaa sendiri. Terima kasih pada tuan empunya resepi dan kak Madihaa kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan memang sedap bila dimakan ketika masih panas. Izinkan saya berkongsi disini pula.Ok jom semak resepi dibawah yer:D
Quiche Daging Bersosej
Resepi : Ida Marlida
Source : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2 Dasar Quiche
3 biji kentang sederhana besar (anggaran berat 600 - 650 gm) ~ rebus & dilecek halus
4 keping roti - dibakar hingga garing (balik2kan semasa membakar) kemudian dipotong2 & dikisar halus menjadi bread crumb
½ sudu kecil garam halus (atau secukup rasa)
Bahan2 Inti
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ½ labu bawang besar - didadu
5 sudu besar daging kisar
6 batang sosej - potong nipis
1 batang carrot besar ~ didadu @ disagat memanjang
5 sudu besar sos black pepper
1 ½ sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili (ku tambah )
garam secukup rasa
minyak utk tumis
Bahan2 Topping
3 biji telur (gred A)
1½ sudu besar tepong kastard
125 ml air
Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kentang lecek, garam dan serbuk roti sehingga menjadi doh.
2. Lengserkan acuan pai dengan marjerin. Letakkan doh kentang di atas acuan pai dan ratakan doh sehingga memenuhi dasar & keliling tepi acuan seperti dalam gambar. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan daging cincang & biarkan seketika sambil dikacau2 sehingga kering air daging.
5. Kemudian masukkan carrot sagat, sosej bersama dgn sos2. Tambahkan ½ cawan air jika terlalu kering.
6. Perasakan dengan garam & masaklah hingga intinya kering.
7. Biarkan suam seketika sebelum dituangkan ke atas dasar quiche.
8. Untuk topping pula.. satukan semua bahan hingga rata dan bolehlah di tuang ke atas inti quiche yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi.
9. Bakar menggunakan suhu 180 @200ºC (bergantung oven masing2) sehingga masak.






































Helsinki Time
Georgetown Time