Assalammualaikum dan salam di hari minggu buat semua. Semalam agak sibuk sikit dan tak adalah n3. Biasa di hari weekend ni saya jarang dapat online coz ada jer aktiviti luar rumah tapi hari ni mr.hubby pergi memancing saya malas nak ikut. Baik dok umah boleh golek-golek...:D Tapi ptg nanti nak keluar juga merayau-rayau kejap...mana boleh lepak umah jer kena keluar ambil angin luar sama.
Oklah berbalik pada n3 hari ni ceter pasal roti lap u lap me bercajun pula. Tu dia virus cajun dah semakin merebak ke sini dah....kuat betul penangan cajun yer. Ni gara-gara terguda nengokkan roti yang kak Nor@ secubit garam buat hari tu lah saya pun nk juga mencubanya. tak la susah mana pun boleh rujuk step by step nk buatnya disini. Resepi doh roti ni saya menggunakan resepi doh roti mayonis Kak Yani dan intinya pula menggunakan resepi inti turkish pide.
Gabungan daripada resepi yang berlainan maka jadilah roti ni dan hasilnya memang sedap dengan roti yg gebus lagi tu. Terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.
Bahan :
- 300g tepung roti
- 110g air
- 50g water roux
- 50g mayonis
- 45g gula
- 45g marjerin/butter
- 1 sudu kecil yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar susu tepung
- Cara membuatnya :
- Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
- Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
- Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik dan mas masukkan inti .
- Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
- Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
Source: Kak Nor @ Secubit Garam
INTI PIDE(Dari Turkish Pide)
Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
Cara:
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
Cara:
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.


























Helsinki Time
Georgetown Time