17 Jul 2011

Heart Shape Pide with cajun


Assalammualaikum dan salam di hari minggu buat semua. Semalam agak sibuk sikit dan tak adalah n3. Biasa di hari weekend ni saya jarang dapat online coz ada jer aktiviti  luar rumah tapi hari ni mr.hubby pergi memancing saya malas nak ikut. Baik dok umah boleh golek-golek...:D Tapi ptg nanti nak keluar juga merayau-rayau kejap...mana boleh lepak umah jer kena keluar ambil  angin luar sama.


Oklah berbalik pada n3 hari ni ceter pasal roti lap u lap me bercajun pula. Tu dia virus cajun dah semakin merebak ke sini dah....kuat betul penangan cajun yer. Ni gara-gara terguda nengokkan roti yang kak Nor@ secubit garam buat hari tu lah saya pun nk juga mencubanya. tak la susah mana pun boleh rujuk step by step nk buatnya disini. Resepi doh roti ni saya menggunakan resepi doh roti mayonis Kak Yani dan intinya pula menggunakan resepi inti turkish pide. 


Gabungan daripada resepi yang berlainan maka jadilah roti ni dan hasilnya memang sedap dengan roti yg gebus lagi tu. Terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Basic dough roti mayonis (Resepi : Kak Yani)
Bahan :
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • Cara membuatnya :
    1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
    2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
    3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik dan mas masukkan inti .
    4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
    5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit
WATER ROUX : 
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.



INTI PIDE(Dari Turkish Pide)
Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

Cara:
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.


26 comments:

  1. cedapnyeee..huhu

    nak2 plak waktu panas ni..pekena dgn milo ais ke kopi ais..pergghh!!

    ReplyDelete
  2. ya Ampun..
    tergugat nafsuku..
    nieza,.

    bentuk hati tu, mmg cantik, elok hasil tangan kamu

    agak2 post sini boleh?

    ReplyDelete
  3. Cute little pides, looks very yummy!

    ReplyDelete
  4. cantik heart shape pide nieza! ada lg? nak 2 ketul jer.. tak banyak hehe

    ReplyDelete
  5. Ermmm bestnya. Teringin nak meroti tapi malas je. hehehe alasan..

    ReplyDelete
  6. comel nya pide nieza.... saya buat giant pide last week..!!! hahaha, byk sgt phone calls sampai tak nyempat nak buat kecik2...

    ReplyDelete
  7. wahhhh dah 2 umah menu ada cajun nie...mmg wajib ayu kena terjah beli nanty...comey heart shape itew...ayu suka love love ni...hikhikhik

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Nieza

    Nampak Mengiurkan! Kak Lin Mmg Tak Minat Nak Meroti...Tapi Bila Tgk Kawan2 Meroti Mcm Teringin Nak Mencuba...

    ReplyDelete
  9. wahhh...cantiknya roti love kak nieza tu...
    menawan hati la....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Nieza,

    waduh cantik gebu roti itew..nampak sedap nie...kalau dekat mmg kak nur minta sepotong roti tu...hehe...

    ReplyDelete
  11. u lap me? i lap u..harus u bg i roti lap2 tuh..hehe

    ReplyDelete
  12. nak nak
    nak pide bentuk love
    sure makan pun dgn perasaan penuh cinta :)

    ReplyDelete
  13. assalam nieza..sana sini tayang pide ni..pide tu apa?kalau tgk fizikal cam roti..kih3 jakun tul..maklumlah tekak kampung, tau mknan mesia jer

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Nieza

    nyam nyam
    terliuk....

    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Salam kak nieza!! kita dtg malam2 niii kat sana akak tgh makan tgh hari ke kak? hihihi.. malam2 ni lah baru free, wahaaaaaa!! sgt jelesssss sini pun dah buat lap lap jugak, dgn pinggan2 sekali lap yer kak hihihi cantek!!! mcm perasan lah pinggan kaler maler tu kat sini, tak tahu apa brand tp dia mmg kalerpul n byk shape gituuu, dr sudu ke senduk pinggan mangkuk sume warna warni, harga pun boleh tahan dia bukan kaca atau ceramik dan dia jugak bukan melamin tp berat sikit, haish! ssh nak terangkan :D

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum nieza...
    wah buat roti lagi yer... memang rajin ler nieza nie... suka tgk... cantik plak tu... semamangnya sgt sedap kan... terliur akak tgk gambar2 tu tau..

    ReplyDelete
  17. Salam Nieza...
    terliur akak tengok roti Nieza buat...kalau dekat..akak dah temaph dah ni....:).jangan tak tau..akak ni malas nak meroti..he..he...

    ReplyDelete
  18. wah.. roti dia lap lap you laaa...
    nk mkn jugak! eh.. tp x mkn daging.. wat kn pide ayam kat tun pliss. hihi

    ReplyDelete
  19. Kak Zai selalu terliur tengok Nieza buat roti nampak sedap dan gebu sangat.

    Belum punya BM,sedang mencari2.

    ReplyDelete
  20. alahai comeinyer roti heart ni...kreative la nieza ni

    ReplyDelete
  21. Nieza....Assalamualaikumwbh....makin rajin meroti dan mencajunkan diri ni...:)...

    Ayu x jumpa2 la nieza cajun kat tanah pak arab ni....mmmmm tumpang tengok yang nieza wat je la yer.....

    Minggu ni mcm minggu cajun sedunia bloggers jer...;)

    ReplyDelete
  22. Kak Nieza,
    Bulih nengok tak bulih makan..
    Sadis..sadis..sadis :P

    ReplyDelete
  23. hamboi2 lap lap ye hihihi...:D

    ReplyDelete
  24. Roti love..kreatif Nieza, roti ni kalau dpt minum ptg sedapnya...
    re; Nieza, akak singgah semlm Dubai tp sempatlah pusing tempat yg menarik

    ReplyDelete
  25. Salam K.nieza..

    waaa tergugat selera tgk semua roti nii..nk luv 2 biji hehee

    ReplyDelete
  26. nieza, mmg nmpk sedap roti lap u lap me tu, jauh jalan cajun tu

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers