15 Jul 2011

BAKED SANDWICH


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam di hari Jumaat yang mulia...semoga hari ni membawa keberkatan buat kita. Pada yang berpuasa sunat hari ni...selamat berpuasa diucapkan.


Oklah ceter pasal n3 hari ni saya buat baked sandwich ni ptng semalam lagi. Balik jer singgah dapur kak Nor terus ler buat kebetulan bahan semua ada....inti pun guna lebihan turkish pide semalam dan nak buatnya sangatlah senang. Terasa sedap dgn casing roti yg rangup tu buat kita tak jemu mkn dibuatnya. Apapun terima kasih pada kak Madiha & kak Nor kerana berkongsi resepi yang sedap ni..izinkan saya berkongsi disini pula ya.


sumber: Kak Madiha & K.Nor
Bahan Kulit/Casing 
Roti gardenia secukupnya
Bahan-bahan Inti 
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ~ k.nor guna slice cheese

*** Nieza guna inti Turkish pide resepi disini***


Kaedah penyediaan 
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. boleh rujuk step by step disini
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan




32 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza,

    sedapnya baked sandwiches nie...kalau dpt rasa seketui lagi sedap nie.Utk kak Nur ada tk?

    Terima kasih pada kak Rinnchan yg telah mengolahkan resepi ini beberapa tahun yang lalu di fotopage.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM kak nieza...
    amboii sakan na..lepas balik berjalan ni..mcm2 menu kak buat...semua menu menggiurkan...adess~ cantik gambar

    ReplyDelete
  3. Assalam kak nieza,uii cepatnya dah smp finland,sy bru nak buat ptg nih..Nmpk sedap kak,guna inti t/p lgilah sedap kan..

    ReplyDelete
  4. rasa smlm tgk kat umah k.nor hary ni k.nieza buat dah...sedapnyer nanty nak but gak la

    ReplyDelete
  5. waawaaaaaaahhh padat dgn inti tu.. dah la inti t.pide.. fuhhh syedapppppp :)

    ReplyDelete
  6. wahh.. dah berjangkit ke finland jugak ni... sedap sedapppp!

    ReplyDelete
  7. wahh.. sampai sana dah.. tun pun tgh terasa2 mcm nk wat je nii..

    ReplyDelete
  8. macam kuih aca berlauk je ☺

    ReplyDelete
  9. as-salam kak
    sedapnye sandwich..

    ReplyDelete
  10. As'salam Nieza

    Lajunya dah sampai sini. memang express betul nieza ni. ada lagi kan, nak lah sikit nak merasa..hihi

    ReplyDelete
  11. Nyum..nyum.. Nak seketul Nieza... Hehehe...

    ReplyDelete
  12. amboi nieza n hasue duduk jauh2 tapi menu sama. tak adil!!!!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum nieza...
    tergodanya akak tgk... dah berapa kali dok asyik tergoda tgk baked sandwich nie.. Tgk yg nieza buat nie lg ler buat akak ngidam nak makan nie.. sedapnya

    ReplyDelete
  14. Assalam...
    Dah berjangkit dah eh.... Jeles tul dgn orang yg ada oven ni....

    ReplyDelete
  15. alahai...stok roti slalu pinis kat rumah ni...

    ReplyDelete
  16. waaahhh..sgh tergoda tgk sandwich nii..senang nk bt and senang nak ngap!! hehee

    ReplyDelete
  17. Salam K.Nieza..

    Tergodanya tgk sandwich nii.. senang nak buat and senang nak ngap hehee..

    ReplyDelete
  18. lepas jumaat nanti nak datang balik sini.nak lunch dengan benda ni. :D

    ReplyDelete
  19. Salam kak nieza!!! aduhhhhhhhhhhh mmg sedapppppppppp guna inti turkish pide tuu! haish! ambik angin dr akak sikit kita mmg malas betulll 2 3 hari niii hihihi...

    ReplyDelete
  20. slm nieza.. huuuuu.. rajinnya... akk dtg jamu mata jer.. tgok turkish pide .. cam terasa n ngoder piza jer pulak..

    ReplyDelete
  21. dah ala2 piza segera dah! ini kalau makan masa mula2 wat kuar dr oven, dengan cheese cair lagi...sedapnye...

    ReplyDelete
  22. assalam nieza..dah buat ye..akak baru cadang nak bua esok..sebab inti tak de lagi..lagi teringin la nak buat ni.

    ReplyDelete
  23. yummy...
    akak pun suka segala jenis roti bakar macam ni...apalagi kalau ada cheese :)

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Nieza...akak baru je buat baked sandwich ni, mkn lps Maghrib td, semua dh selesai sekali hadap je..gara2 intai dapur Nieza ptg tadi la nie dh terliur..memang sgt2 sodap kan...thanks!! :)

    ReplyDelete
  25. sedap ni rangup jerr nmpk..sekali tgk cam mini pizza lak..

    ReplyDelete
  26. As-salam Nieza..

    Pagi2 ni nieza dah buat perut akak nyanyi lagu rock..hehehe

    Sedapnyee..kagum la dgn nieza dan otai2 masak yg lain..sbb benda ni semua memerlukan kerajinan..=)

    ReplyDelete
  27. nieza..dulu akak pernah wat sekali..tp sampai terentung kulitnye...pastu langsung xwat dh..rangup mkn pns2 kan

    ReplyDelete
  28. macam senang la..nak coba hehehe

    ReplyDelete
  29. Assalammualaikum Nieza....baked sandwich ni sesuai minum ptg atau bawa bekal. rangupkan kalau mkn masa panas.Turkish pie tu dah merata singgah dapur kawan2...dah sampai dapur Nieza...bilalah nak menyinggah ke dapur akak ni.......

    ReplyDelete
  30. Niezaaaaaaaaaaaaa...dah 2-3 rumah dah wat ni, dtg nak minta tapau la ni...yg ayu tu, extra cheese tau, sekali dgn turkish pide....mmm tu kalau ada lagi la...:)

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Nieza..

    Aduhai Sedapnya! Bila Kak Lin Dapat Rasa Ni...

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers