28 Jun 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bersiaran di subuh hari lagi ...sekarang jam menunjukkan 2.10 pagi waktu Finland. Orang lain dah diulit mimpi dah pun tapi saya lum tido lagi. Biasa lepas subuh jam 2pagi lbh baru nak tido. Orang kat Malaysia lak dah bangun tido siap nak pi keja dah yer. 


Oklah ceter n3 hari ni...mood terajin sikit buat choc kek ni...kebetulan bahan pun ada kan so buat jer lah bukan susah pun ...kejap jer nk buatnya ni. Adunan ni pun ok sesuai utk family yg tak ramai. Actually dah ramai dah blogger yang mencubanya tapi saya jer yg lambat tertinggal train..hehe btw tqvm pada Kak DJ dan kak Nor yang telah berkongsi resepi kek yang sedap dan moist ni...sesiapa yang belum cuba memang kena cuba ni..btw ..izinkan saya berkongsi disini pula.




Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
note: nieza menggunakan topping cream cheese frosting jer..kalau tak nak bubuh pun tak apa.


P/s: Buat semua pengunjung kesini jutaan terima kasih diucapkan...buat masa ni tuan rumah  bercuti masak-masak maybe 2-3hari atau lebih kerana akan berada diluar kawasan Finland. Akan bertolak pada jam 8am nanti. Bukanlah pergi cuti mkn angin tapi cuti ikut mr.hubby outstation jer coz ada tugas rasmi diluar tak jauh pun negara jiran sini jer... InsyaAllah akan kembali bersiaran bila ada masa free nanti. Salam sayang buat semua..:D

27 Jun 2011

Seri Muka Pisang


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. N3 hari ni ceter pasal kuih seri muka pisang yang macam kuih talam pula yer tapi dah tuan punya resepi letak nama seri muka kita ikut jer lah kan. Kuih ni buat pagi tadi bawa ke rumah kawan kat sini yang buat jamuan sempena birthday anaknya petang tadi. Kebetulan ada pisang yang masak ranum ni so...saya buatlah kuih ni. Tapi kuih ni agak kelihatan pucat sikit kerana saya tak letak pewarna sebab pewarna dah abis.

Rasanya ramai dah blogger yang pernah mencuba buat kuih ni kan dan bagi yang suka makan pisang memang tak rugi kalau nak mencuba kuih yang sedap ni. Btw...terima kasih pada tuan empunya resepi Kak Hasiah63 yang sudi berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Source: Hasiah63 MyResepi
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan gula
2 sudu kastad

Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
2. kukus selama 20 minit atau sehingga masak


Bahan Lapisan Atas
60gm tepung gandum
100gm gula
250gm santan
50gm jus pandan
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam dan pewarna hijau

Cara Membuatnya:
1. Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
2. Kacau sebati, tapiskan.
3. Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak. Sejukkan dahulu barulah dipotong.
( Untuk bahagian bawah, boleh masukkan sedikit pewarna kuning supaya warnanya tidak kelihatan pucat.) Nieza tak bubuh pewarna

kuih yang siap dipotong dan dibawa kerumah kawan tadi..dah abis dah pun..:D

26 Jun 2011

Laksa Penang


Assalammualaikum dan salam dihari minggu buat semua. Semoga hari minggu ini dimanfaatkan sepenuhnya bersama family tersayang. Menu laksa Penang/ Asam laksa ni buat dinner semlm....siang tadi agak busy sikit...dah malam baru teringat nak snap photo ni....so layan jer lah yer.


Actually dah banyak kali dah saya buat laksa ni sejak dok Finland ni....kira menu ulang tayang tu pasal malas nak snap photo tapi tak pe la share jugalah. Kalau dok Malaysia tak pernah buat laksa pun tapi bila dok merantau ni teringin nak mkn kena buat sendirila jawabnya.. mana nak carikan...kalau kat Malaysia tu senang cari jer kat kedai ataupun pasar mlm kan....hmmm...rindu lak nak pi pasar malam..:D 


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan :
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
10 ekor ikan sardin....resepi ni saya gunakan ikan sardin kalau nak gunakan ikan kembung pun boleh
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua
secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
1-2sb otak udang

Bahan-bahan hiasan
Timun
Bawang besar
Daun selom
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis
nenas 


Cara-cara :
1. Ikan sardin/ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers