27 Jun 2011

Seri Muka Pisang


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. N3 hari ni ceter pasal kuih seri muka pisang yang macam kuih talam pula yer tapi dah tuan punya resepi letak nama seri muka kita ikut jer lah kan. Kuih ni buat pagi tadi bawa ke rumah kawan kat sini yang buat jamuan sempena birthday anaknya petang tadi. Kebetulan ada pisang yang masak ranum ni so...saya buatlah kuih ni. Tapi kuih ni agak kelihatan pucat sikit kerana saya tak letak pewarna sebab pewarna dah abis.

Rasanya ramai dah blogger yang pernah mencuba buat kuih ni kan dan bagi yang suka makan pisang memang tak rugi kalau nak mencuba kuih yang sedap ni. Btw...terima kasih pada tuan empunya resepi Kak Hasiah63 yang sudi berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Source: Hasiah63 MyResepi
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan gula
2 sudu kastad

Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
2. kukus selama 20 minit atau sehingga masak


Bahan Lapisan Atas
60gm tepung gandum
100gm gula
250gm santan
50gm jus pandan
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam dan pewarna hijau

Cara Membuatnya:
1. Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
2. Kacau sebati, tapiskan.
3. Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak. Sejukkan dahulu barulah dipotong.
( Untuk bahagian bawah, boleh masukkan sedikit pewarna kuning supaya warnanya tidak kelihatan pucat.) Nieza tak bubuh pewarna

kuih yang siap dipotong dan dibawa kerumah kawan tadi..dah abis dah pun..:D

34 comments:

  1. salam nieza...cantik kejadiannya.. kak beli durian semalam ingt nak buat talam durian..jadik er tak..nak buat. hehe posa sunat hari ni..

    ReplyDelete
  2. mmg cantik trsusun dan yg pasti... sedap!

    ReplyDelete
  3. Salam kak nieza!!! salam winduuuuuu di kejauhan hihihi..... baru nak jalan2 ni kak, nak panaskan enjin jap :D waaaahhhhhhhh! serimuka pisang! nmpk sedap ni kak, kita suke benda2 yg berpisang nii, ada lagi 2 ketul pisang montel tak tahu dah nak dikerjakan apa dgn pisang tuu nak buat serimuka ni mcm tak cukup lah pulak! tumpang tgk jerr dulu :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nieza,
    bnyk menu akak terlepas..busy memanjang je..laksa kat bawah dan puding tu mmng menyelerakan betul...serimuka pisang ni lagilah sedapkan..kuih kegemaran akak tu...cantik dan kemas je potongannya..suka tngk..

    ReplyDelete
  5. Salam Nieza

    ni one of my fav kuih coz reeally sedap :)

    ReplyDelete
  6. kak nieza....
    memang best serimuka pisang ni...
    mas pun dah try..
    memang terbaikkk.....

    ReplyDelete
  7. cantik je potong tu..mcam nak nak jual jer..sepotong berapa sen tu???

    ReplyDelete
  8. assalam nieza..sukanya akak tengok kuih nieza ni..cantik je..
    akak banyak jugak ikut resepi..tapi tak berani nak tepek gambar..tak cantik..rasa sedap..rupa tak dak..he he.akak ambik resepi ye.
    dirumah akak tu semua peminat pisang.

    ReplyDelete
  9. As'salam Nieza

    sedap tuuuu..kak ct memang suka kuih2 talam ni. tak kisah kuih talam apa semuanya masukkkk..hihihi

    rajin eh, ada lagi tak ni, nak sikitttt.. :D

    ReplyDelete
  10. salam Nieza. cantik sangat nieza potong dan susun kuih tu, nampak exclusive mcm hidangan kat hotel pula! mmg ada bakat jadi chef la Nieza!

    ReplyDelete
  11. alahai comei sungguh kejadian kuih ni...eina dua tiga menjak ni tenggelam timbul je masak..sabau je laa..bile penyakit M tu datang..x leh buat apa...hehehe

    ReplyDelete
  12. salam kak nieza.. nk kuih serimuka pisang sepinggan utk bukak pose nntii.... ^^

    ReplyDelete
  13. kak nieze...saya dah lama dok bookmark kuih ni, cuba je belum he he he

    ReplyDelete
  14. Bila susun cantik buat yg melihat pun terliur. Kakak dah jangaka mestilah habis sebab birthday mesti ramai yg dtg...

    ReplyDelete
  15. canteknya rupa paras seri muka nih..
    kite pon baru bercita-cita nak buat.. nanti2 lah.. heheh

    ReplyDelete
  16. Nieza,

    berderet2 serimuka pisang tu...salah satu tu mesti kak nur punya kan??? Hehe..cantik dan kemas aje potongan serimuka tu...bertambah berseri.

    ReplyDelete
  17. assalam nieza,
    walaupun asalnya pisang ni makanan tradisi org kg, tapi kegunaannya sgt pelbagai, tak boleh dinafikan lagi....mmg patut pun dgn mcm2 nama dan keistimewaan pisang...ada yg bertanduk, ada yg berangan, ada yg semahal emas....dan yng ini pula sungguh berseri2.... heheh heeeh, marilah sama2 memartabatkan 'pisang' dalam dunia masakan!

    ReplyDelete
  18. OMG!!Fuiyooo...x tahan akak tgk kuih serimuka nieza ni wehh!! pos klinik akak sepiring leh wat minum petang nih..hehe!!

    ReplyDelete
  19. as-salam kak
    banyaknye seri muka pisang tu..kasilah ady sikit seri muka pisang tu..npk sedap..masuk list dulu..

    ReplyDelete
  20. Nieza...
    Cantiknya kuih tu Nieza...suka akak tengok...Nieza kalau bab menalam ni serah kat dia...he..he..tak ada cacat cela langsung....nanti akak nak cuba le..nampak macam senang aje..sebab akak kalau yg senang bolehlah...:D

    ReplyDelete
  21. Nieza...Nak...sedap ni..buat sekali dulu... Eh pakai pisang nangka boleh tak?

    ReplyDelete
  22. Salam Nieza,
    Akak suka sangat tengok kueh mueh hasil kerjatangan Nieza, cantik cantik belaka, nampak pun sedap sangat...

    ReplyDelete
  23. nenoo..nenooo..nenooo...dah habis? balik aaa..

    ReplyDelete
  24. cantiknya nieza potong..
    kalau akak potong sure dah kusut masai dah tu...hihi

    ReplyDelete
  25. grrr..rse lapa plak ble lepak3 kt blog ni..hohoh..

    nyum nyum..

    ReplyDelete
  26. nieza.. cantiknya serimuka awak tu.. tak lembik pun pandainya buat.. geram tgk rasa nak rasa je sat uapa rasanya ye.. tentu sedap..:)

    ReplyDelete
  27. Assalam nieza, cantiknay talam pisang tu, potongan pun kemas je, kat umah akk baru td pisang habis, teringin nak cuba tapi belum dpt seruuu lagi heheh

    ReplyDelete
  28. Salam nieza..

    aiseh!tgk tetengah mlm ni..buat perut lapo la plak...hehe

    ReplyDelete
  29. Wahhh cantik! Mestilah enak tu. Kak Azie tak berapa gemar pisang (yg dimasak-masak, makan pisang ori jer), tapi kalu dah gini punya cantik, terbuka selera nih...

    Gambar Merapu Seorang Menantu...

    ReplyDelete
  30. salam nieza..terliur tgk talam pisang yg tersusun tu..akak xnah lg wat kuih ni..bila nk wat ye..
    puding kt bwh pun ngancam mata dan tekak...cantik acuan berbiku2..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum nieza...
    wah rajin sungguh nieza buat seri muka yer... akak x perna lg makan seri muka pisang nie.. menarik sungguh... sedap yer nieza.. nmpk sedap tuu

    ReplyDelete
  32. Kak Nieza,
    Kadang segan nak letak pic2
    makanan kat blog saya..
    sebab tak lama macam pic Kak Nieza.

    Tetiba rasa berselera..
    Rasa nak makan je...
    Errrrrrrrrrr...hehehe

    ReplyDelete
  33. Salam Nieza. Wah menyelerakan ler. Baru nampak entri ni. Masuk list dulu, insyaallah nak cuba nanti.

    ReplyDelete
  34. warh...cantik nyew... sedapnyerrr... bebila senang nk gak try lah.. :-)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers