Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bersiaran di subuh hari lagi ...sekarang jam menunjukkan 2.10 pagi waktu Finland. Orang lain dah diulit mimpi dah pun tapi saya lum tido lagi. Biasa lepas subuh jam 2pagi lbh baru nak tido. Orang kat Malaysia lak dah bangun tido siap nak pi keja dah yer.
Oklah ceter n3 hari ni...mood terajin sikit buat choc kek ni...kebetulan bahan pun ada kan so buat jer lah bukan susah pun ...kejap jer nk buatnya ni. Adunan ni pun ok sesuai utk family yg tak ramai. Actually dah ramai dah blogger yang mencubanya tapi saya jer yg lambat tertinggal train..hehe btw tqvm pada Kak DJ dan kak Nor yang telah berkongsi resepi kek yang sedap dan moist ni...sesiapa yang belum cuba memang kena cuba ni..btw ..izinkan saya berkongsi disini pula.
Oklah ceter n3 hari ni...mood terajin sikit buat choc kek ni...kebetulan bahan pun ada kan so buat jer lah bukan susah pun ...kejap jer nk buatnya ni. Adunan ni pun ok sesuai utk family yg tak ramai. Actually dah ramai dah blogger yang mencubanya tapi saya jer yg lambat tertinggal train..hehe btw tqvm pada Kak DJ dan kak Nor yang telah berkongsi resepi kek yang sedap dan moist ni...sesiapa yang belum cuba memang kena cuba ni..btw ..izinkan saya berkongsi disini pula.
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
note: nieza menggunakan topping cream cheese frosting jer..kalau tak nak bubuh pun tak apa.P/s: Buat semua pengunjung kesini jutaan terima kasih diucapkan...buat masa ni tuan rumah bercuti masak-masak maybe 2-3hari atau lebih kerana akan berada diluar kawasan Finland. Akan bertolak pada jam 8am nanti. Bukanlah pergi cuti mkn angin tapi cuti ikut mr.hubby outstation jer coz ada tugas rasmi diluar tak jauh pun negara jiran sini jer... InsyaAllah akan kembali bersiaran bila ada masa free nanti. Salam sayang buat semua..:D
akak...
ReplyDeleterajinnya mengekek dan mendeko..
cantikkkkk.....
Selamat Outstation Nieza..tapi kek tu memang marvelous..
ReplyDeleteSalam kak! alaaaaaa...sume org dah buat kek ni kita jer belum buat lagi ntah bila nak sampai seru padahal bhn2nyer tak de lah ssh mana tak de telur laks tuuu haish! ank kita lerr paling suke kek2 mcm nii :D
ReplyDeletesalam nieza..mmg nmpk sangat moist kek mu itwew..ada lagi ke tu?
ReplyDeletebtw..selamat berangkat ya
rajinnyer semua org buat cake bagai...ayu ni dah start natsu/summer jadik pemalas semacam la..nk mkn pow x der selera...uwaaaa....
ReplyDeletesini subuh 2.56a.m...klu rasa dah lmbt tdo tu mmg tunggu subuh baru tido kan...klu tido jwbnya terus je x bersubuh...nak 1 kek tu!!! selamat berholiday dr masak2...;-)
ReplyDeletekek cantik.. gambar cantik... dan selamat dalam perjalanan yeee
ReplyDeletemengancam betul la.. isk !sedapp je nampak
ReplyDeleteMasa Nieza tunggu subuh masa itulah kakak lena sungguh dibuai mimpi.
ReplyDeleteKek tanpa telur pun ok juga ye. Kakak belum pernah buat lagi...
awat cun bebenor kekmu itu nieza....selamat tdo yer..hehe
ReplyDeleteSalam Nieza,
ReplyDeleteakak pun dah cuba buat kek ni, memang moist sangat dan sedap kan
wahh dgn topping bc tu.. nak seketul pls :)
ReplyDeleteSalam nieza...
ReplyDeleterajinnya dia.. dok deco2 cake yg comel2 tu...
selamat bercuti ye Nieza..
Assalam kak nieza,uwaa dah la kek cekelat,da cream cis lagi,fuhh lagi lah bertambah sedap kan..Btw,moga selamat perjalanan pergi n balik akak suami isteri ya..Jgn lupa ole2 utk org pg,hikhik..
ReplyDeleteAs'salam Nieza
ReplyDeletekak ct tak pasti kek ni dah pernah buat ker belom..hihihi. maklum ler dah hampir 'kertu' tu yang lupa semua.. hahaha.
rajin lah nieza siap ada topping lagi :D berselera kak ct tengok nak ngapppp! seketul :D
omey nyer cupcake... tun mmg suka eggless choc cake nih ^^
ReplyDeleteselamat berjalan2 ye kak.. sementara husband akak kerja blh laa meround2 =)
salam nieza cayang.
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA CALL AKAK MALAM TADI TAK SANGKA SUNGGUH..MOHON AMPUN TERKASAR BUNYI NADA BAHASA SEMASA MEYAMBUT CALL DARI MU CYG...HUHUUU...semoga selamat pergi dan kembali dari bercuti/outstation...
Cake looks delish dear! I loved this cake too, dah byk kali buat..mmg bes kan :)
ReplyDeletesalam nieza, lama x ke sini. apa khabar? nieza pon dh buat kek ni ye.
ReplyDeleteSelamat bermusafir.. semoga selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan urusan.. amin!
ReplyDeleteNieza dear.....looks moist bangat ni. Ayu minta copy n simpan recipe ni k...dah byk kali wat tp lom cuba yg ni.....:)
ReplyDeletekek ni memang best
ReplyDeleteakak pun dah pernah try
anak2 suka :)
yang menggoda tu ...topping dia.
comel je bunga2 kat atas topping cheese tu :)
Kiut..
ReplyDeleteTak sampai hati nak makan.. :P
Salam Kak Nieza..bestnyaa kek comel niii..:-)
ReplyDeletesyoknya nak jalan nieza.. selamat berjalan2 ye lawa nak kek awak tu.. sedapkan kek ni..
ReplyDeletesis..nak seketul...looks superyummy (sambil lap air liur)...hihi
ReplyDeletebestnya niezaaaaaaa,
ReplyDeletetak tahan tengok..cantik deco tu..
nieza ni mmg jari special lah..muda lagi tapi masakan sgt mengoda rasa akak
ReplyDeleteKek yg gebu dan cantik dekonya.....
ReplyDeleteWoW!....cupcake...fav kak cek...kak cek suka buat cupcake...tapi kurang makan...enjoy buat deco cake ...he he...seronok bila tgk org lain teruja makan...:)
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletecantik & simpel,sedapnyeee..tang coklat2 ni bikin hati luluh tau..febret kita..hihi,nak buat jugaklah..izin C&P ya..
Salam Nieza,
ReplyDeleteComelnya cupcake Nieza, nampak tersangatlah moist, sedap gitu, akak nak satu.....nak nak nakkkkkkk
nmpak sedap sgt2 la nieza..siap topping lagi tuh..tiba2 sy lapar! :)
ReplyDeleteslmt bercuti rasmi :))))
cantiknyaaa kek dia. Terliur dh ni :))
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeletecomelnya kek coklat tu..siap topping lagi..terliur je tngk..slmt bercuti Nieza..
kalo bab chocolate memang tak leh tahan... nanti balik rumah kena buat jugak rasanya ni.. takot termimpi2...
ReplyDeleteAssalamualaikum nieza...
ReplyDeleteterlepas plak entri nie.. huhuuu.. akak tertinggal kapal lagi nmpknya.. Alahai...
wah cantiknya kek tu nieza... kek nie mmg best kan nieza.. sedap
Salam Nieza,
ReplyDeleteWaktu summer ni waktu2 solatnye memang la mencabar sikit kan, especially subuh tu.lagi sebulan dah nak puasa, lagi mencabar tu. hehe :)
lama tk buat muffin ni, mintak cikit :)
Psst, terliur tengok laksa tu la. Nieza guna sardin in oil tu ek? best sangat nampak.
wah laling..topping dia yg mahal tuh..rajinnye..eina tengah kumpul kekuatan utk msk ni..hehehe
ReplyDeletesalam kak..cantikler gambo ceklat kek nih.. err.. cupcake.. mmg best nih..tgk pun da terliur..eheh
ReplyDeletecomey nye kek ni kak. :)
ReplyDelete