11 Jan 2012

Mushroom Soup With Garlic Rolls


Assalammualaikum
Roti pun dah abis tapi baru nak tayang supnya ya..lambat pun nak sharekan jugalah mushroom soup yang saya makan bersama roti garlic roll. Memang sedap homemade sup cendawan ni..makan pulak time cuaca sejuk-sejuk kat sini memang bestla. Sebelum ni dah pernah buat sup cendawan ni boleh tgk disini.

Gambar yang diambil ni waktu ptng tapi dah gelap mcm mlm pula. Terpaksa la snap dengan menggunakan lampu syiling jerla  tapi apa nak buat masa winter ni kul 10 pagi baru nk cerah pastu kul 3ptng dah gelap..memang susah nk jumpa matahari. Syukurlah negara kita Malaysia cerah dan kaya dgn sinar cahaya matahari kan...:D

Masih menggunakan resepi yang sama iaitu dari dapur CMG. Memang best resepi sup ni. Terima kasih pada CMG kerana berkongsi resepi sup ni dan izinkan sekali lagi saya berkongsi disini ya. Untuk resepi roti garlic roll ni boleh rujuk  disini


Sumber: CMG @ DTS
Bahan-bahan mushroom soup:

250 g cendawan butang jenis segar (boleh lihat contoh disini....)
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam

Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan

Cara Membuat
  1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. (nieza blenderkan separuh cendawan tu)
  2. Panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
  3. Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
  4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta garlic bread tadi.

19 comments:

  1. Salam nieza,, sup cendawan ngan garlic bread mmg faveret k1 ada masa nti akn cuba thanks...;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nieza cayaang...
    sedapnya tgk sup cendawan tu nieza.. terliur akak tgk tau

    ReplyDelete
  3. hadooooiii...Nieza! di tempat Nieza sejuk, tempat kak Amie pun dingin... apa kata santai-santai kita celup roti dengan sup tu...yummy!Jangan lupa minuman panas secawan ye Nieza.

    ReplyDelete
  4. yum..yum...mushroom soup...garlic rolls lagi...sedapnya sesi cecah mencecah roti...celup dalam mushroom soup...letak lak dalam mangkuk hati yang cantik...betambah selera makan...:)

    ReplyDelete
  5. kita baru dok skodeng resepi, nieza dah siapa makan dah ya... :)

    ReplyDelete
  6. uwaaa dah keluar resepi mushroom soup, akak pun wat gak tapi resepi lain sikit..lenkali nak cuba resepi ni plk..mmng sedapkan makan time panas2...garlic rolls tu akak guna resepi yg sama..mmng best..

    ReplyDelete
  7. ni menu fav akak juga ni nieza..sesuai sgt utk diet kan?..

    ReplyDelete
  8. kak nieza..saya pun suka makan garlic bread tu dgn soup..sedapnya..:)

    ReplyDelete
  9. Aslmkum Nieza
    sibuk sikit bbrapa hari ni...beberapa entry Nieza dah terlepas...nantilah dtg lagi jamu mata. mushroom soup ..sedapnya cicah dgn roti.

    ReplyDelete
  10. kat hemisphere selatan ni dah masuk summer, panas terik. tgh pikir nk buat cendol mcm mane ni.

    ReplyDelete
  11. cantikkkk nya bekas love shape k.nieza tu...hehe, lyn suka mushroom soup,, nnti nak try la:P

    ReplyDelete
  12. mmg mushroom soup pizza hut pun kalah ni kak nieza.. tun biasa guna resepi yg kat myresepi tu. lebih kurang mcm ni laa.. mmg sedap sgt!

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum Nieza..
    Wahhhh...cantiknya bekas sup tu.. Tertawan akak. Beli di sana ke tu Nieza? Hahaha..org dok komen pasal sup dgn roti, akak gi komen pasal mangkuk nieza tu..huhuhuhuu... tp serious! Berkenan akak tgk mangkuk tu.. Cantik arr..

    ReplyDelete
  14. Lama dah nak try buat ms ni tapi tapi malas je. tensen betul

    ReplyDelete
  15. pekat likat nengok sup tu kak...
    sukaaaaaaaaaaaa la.....

    ReplyDelete
  16. macam terbau-bau je kewangian sup tu nieza
    -terima kasih atas nasihat yg diberikan...akak hargainya

    ReplyDelete
  17. perhhhh terangkat ni akak
    ayu suka cicah ngan garlic bread

    ReplyDelete
  18. Sup kegemaran... nanti bolehlah kak Zai C&P.

    ReplyDelete
  19. Zaaaaaaaaaa..muahhhh..kmaz dh timbul ni..sibaik tngelamnya xlama..hehee..bru hbis jet lag..brtukar time tdur..huhuu..kmaz pun dh lama duk nk buat mshroon sup ni..tpi tu la..asik duk mkn kat pza hut jee..bila za nk blik cti2 msia..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers