13 Jan 2012

Bingka Susu


Assalammualaikum dan salam dihari jumaat buat semua.
Buat kuih bingka ni utk berbuka puasa semalam. Memang saya suka berbuka dengan kuih muih dan terfikir-fikir juga nak buat kuih apa. Bila nampak Mas n3 pagi tadi terus rasa nak buat. Buat kuih bingka ni tak la susah sgt...godek-godek sekejap terus boleh bakar. Memang mengejar masa juga bila berpuasa masa sekarang ni coz waktu berbuka kat sini hari ni 3.47ptng. Setiap hari masa akan berganjak 1-2 minit ke atas. Kekadang lum sempat saya abis masak dah masuk waktu dah. Cepat betul masa berlalu.


Oklah ceter pasal kuih bingka ni memang sedap sangat.. sampai tak sedar berapa ketul dah yg saya makan. Saya buat guna acuan silicon (SM) memang best bila dapat mkn kerak-kerak kuih tu. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal kak Fida dan Mas yang sudi berkongsi resepi bingka yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula:D


Bingka Susu Kak Fida
Resepi : Kak Fida @myR
 Sumber: Mas@Duniaku
Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6
1 cawan susu cair 
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir 
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.


65 comments:

  1. Selamat pagi Nieza,
    cantiklah pula rupa paras bingka susu tu, warnanya menawan....kuning keemasan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi kak Amie,
      tq kak.. ya warna asli tu kak tanpa ada bubuh pewarna lain:)

      Delete
  2. selamap pagi kak nieza,bestnya bingka.favourite nie.kalau nonie panggil bengkang hahaha.nanti nak buat lah.semua bahan dah ada.cuma SM jer xder hehehehe.mcm best jer tgk kerak tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi nonie, bengkang pun sama gak la...silakan buat yer nanti.tak ada SM pun ok jer..:)

      Delete
  3. selamat pagi penghulu hari buat nieza..

    aduhhhhhhhhhh
    meleleq air liur ayu.
    nieza.. ayu nie bab talam,bingka, atau kuih muih yang lembut2 mmg suka

    ayu nak bahagian kerak ya.....!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi jumaat juga buat ayu,
      samalah nieza pun suka ayu..kerak tu yg sedap tu kan:)

      Delete
  4. insyaAllah.. ingat nak buat jugak hari ni. kejap2 lagi merajin kan tangan nih. cantik betul la kerak nyer tu. fuhh bestnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat jgn tak buat izah.memang sedap tul bingka ni:)

      Delete
  5. Asssalamualaikum Nieza..sedap tgk bingka, ada kerak2, tu yg akak suka..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam salam kak sofea. memang sedap kak..cubalah nanti:)

      Delete
  6. pernah buat sekali dulu.. tapi x letak kat blog... lupa ambil gambar. sedapkan nieza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapla kak...akak kena buat lagila nanti letak kat blog pula..:)

      Delete
  7. Assalamualaikum nieza cayang..
    sedapnya tgk bingka susu tu nieza..cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Diana cyng,
      ya memang sedap kak..nanti akak buat yer:)

      Delete
  8. Wah bestnta Bingka ni dah sampai Helsnki...Ipoh belum mali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbang sini dulu kak..hehe akak dok ipoh ke?

      Delete
  9. Amboi ramai yang berbingka sekarang ni. Akak berangan je nak puasa isnin khamis tapi tak jalan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrng tgh marathon puasa ganti ni kak sam:)

      Delete
  10. wahhh...cantikk la kerak tu kak nieza...
    terbayang dah kesedapannya macam mana..
    maceh kak sudi mencuba...
    perhh..enjin turbo ni..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mas cayang...memang sedap sgt.akak suka kalau ada tepung kastard tu.pinjam enjin turbo mas la jadi laju ni..hehe

      Delete
  11. sedap mata memandang nieza...
    rajin nieza berpuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya puasa ganti kak..takut lak nak tangguhx2 kan.

      Delete
  12. nieza... sedapnya bingka ni... akak suker kuih bingka...tp akak sorang jer yg mkn.. minta kat nieza jer lahhhhh... hukhukhuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai siannya nk kasi pun dah abisla kak nanti yer buat lagi pos kat akak tau..hehe

      Delete
  13. mmg sedap kalau ada kerak tebal2.. balik kg nnti nk borong SM byk2 jugak lah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulx3 akak pun suka yg berkerak tu..kat tempat tun tak ada SM ke?

      Delete
  14. As'salam Nieza

    mesti tengah diulit mimpi time k.ct datang ni erk..hihi

    k.ct pun suka kiuh bingka susu ni. Tapiiii... kuih yang Nieza buat ni buat k.ct geram nak mengecek sebab tengok kerak2 tu, geram nak makan dulu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak CT,
      yup kak masa akak singgah ni tgh dok mimpila kot..hehe nanti kalau akak buat bakar lama-lama sure bykla kerak tu:)

      Delete
  15. sedap tu, lama tak makan bingka, tapi tak penah buat sendiri pun, selalu beli je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini tak ada jual kena buat jugalah kalau nk mkn. cubalah buat sendiri Tina...memang sedap bingka ni:)

      Delete
  16. wahhhh dah sampai findland daa kuih nie,,,mengoda tul...

    ReplyDelete
  17. Salam Yong,

    Hmmm buleh dibayangkan rasa dia, lemak2 manisss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam hjh Yong,
      ya memang terasa lemak manisnya tu:)

      Delete
  18. Selamat pagi Nieza,
    tergodanya tengok bingka susu itew...siap buat dalam mould kecik lagi..tentu sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi rahel,
      kalau tergoda kena buatla nanti..saya suka letak dlm sm kecikx2 sebab lagi byk keraknya..:)

      Delete
  19. bingka roti pun sedap kan kak.. ;DD

    ReplyDelete
  20. Assalam nieza, sedapnya bingka susu, nampak lembut je, akk suka tang kerak2 tu, lagi keras lagi best hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak, ya bingka ni memang lembut dan lemakx2 manis gitu.sedap sgt..mkn kerakx2 tu yg best tu kan:)

      Delete
  21. isssyyy rajinnnyer akan baking mcm2...awat la kiter x berjiran ek ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu pun rajin gak msk makanan jepun tu..akak jer x pandai. jomx2 mai kita berjiran:)

      Delete
  22. Assalamualaikum Nieza,
    akak pun dah pernah buat bingka susu ni, mmng sedapkan...geram je tngk kerak2 tu....best yg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Yatie,
      ya betul kan sedap sgt bingka ni..rasa nk buat lagi jer nanti.

      Delete
  23. Kak Zai suka makan kuih bingka,nampak senang nak membuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kak zai..memang senang sgt buat bingka ni kak.

      Delete
  24. salam k nieza..smlm nmpak kt umah mas..arini umah akak..jaaauuhhh bingka ni berjalan ye..sy pon x terbuat lg..nmpak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam noorsha, ya cepat jer bingka ni terbang sini akak seru dr jauh jer..hehe nanti tunggu sampai ke dapur sha pula yer:)

      Delete
  25. salam nieza. sedapnya.. mintak sepotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam ibundo..memang sedap..kalau ada lagi byk potong pun leh kasi bundo tapi dh abisla.kena buat sendirila ibundo:)

      Delete
  26. sedap tgok kerak2nya tu nieza.. akk kalau kuih bakar tak pernah menolak.. tk pernh cuba kuih ni.. nk try jugak la nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak kerak tu memang kesukaan ramai...nanti akak cuba yer memang sedap sgt:)

      Delete
  27. Salam,
    Macam duduk kat Malaysia je ....kuih sini ada kat sana .. mungkin kuih sana yang tak ada kat sini. Berapa jam puasa kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam dato,
      ya dato rasa mcm dok malaysia juga bila mkn kuih gini. kalau teringin nk mkn kuih malaysia kena buat sendirila dato..kat sini tak ada jual.puasa sini masa musim sejuk pendek jer dlm 7-8jam saja.

      Delete
  28. kalau bersembang dengan kak fida trough myresepi, ini antara kuih yang kak fida recommend suruh buat..tapi sampai sekarang nani belom buat lagi... kalau kuih bingka, nani suka makan yg hitam2 sikit ala2 berkerak mcm yang kak nieza buat tu..lagi garing, lagi suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani, memang sedapla kuih ni.akak suka sgt...yg kerak tu memang kesukaan ramai la nani.sedapkan:)

      Delete
  29. Menarik pulak bingka nieza ni, especially bila tak guna santan banyak sangat. Sekali sekala makan kuih creamy2 gini memang best.

    ReplyDelete
  30. memang best ijan layan kuih bingka ni...tak rugi mencuba sebab sedap sgt. nanti ijan cubalah buat pula..sure mr.faiz dan mikael pun suka:)

    ReplyDelete
  31. kalau mak lady.. die buat bingka ubi.. ubi kayu..

    ReplyDelete
  32. Aslmkum Nieza.awal waktu Maghrib di sana...kat tempat akak dah mula lambat skrg 5.15 baru maghrib.kalau bingka suka part atas yg kerak tu...

    ReplyDelete
  33. salam nieza....mmg nampak sedapp...ooowhhh...susu digantikn dgn santan yerr...
    vahh..musti lemak² berkrim nih..nk try lerrr.....

    ReplyDelete
  34. woowww... feveret.. feveret... bila la saya nak start belajar buat kuih2 ni.. malas betol sbb terkadang kat sini bahan takde [alasan sokmo].. hehehe...

    ReplyDelete
  35. Salam dihjung mngu za...wadusss bingka yg mewah nga kerak tu zaa..xthn kmaz tgkkk...bila la kmaz rjin nk membngka jgk ni...

    ReplyDelete
  36. salam kak..wah ada bingka kat sini...terlambat sampaila..mesti dah habis..heheh..saya duk salin resepi bingka ni dah lama..tapi tak jugak buat2 lagi..hehhehe

    ReplyDelete
  37. Nak rasa sikit bingka ni... Rajin betul Niezza .

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers