30 Oct 2010

Kuih Lipat/Kuih Tangkup

1st time saya buat kuih ni....sedap juga boleh dimkn bila2 masa....minum pagi boleh..minum ptng pun boleh...actually tak tau apa nama sebenarnya kuih ni....menurut ceta drp tuan punya resepi  ada juga digelarkan kuih tangkup atau pun apam perlis...mana2 pun bolehlah kan...ok ceta pasal kuih ni saya copy dr sini  tq pada kak madiha dan minta halalkan resepi yer..:D ok jom tgk resepinya....dan selamat  mencuba.

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit pewarna kuning

Cara2 menyediakan kulit
1. Campur kesemua bahan mesin dan tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. boleh guna kuali non stick yg bersaiz kecil..tapi saya gunakan yg sederhana kecik.
2. Setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tepung kastard
2 camb tepung  jagung 
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau
Cara2 menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat dan sejuk sebelum di masukan kedlm kuih tangkup/lipat.

29 Oct 2010

Nasi Goreng USA

menu mkn mlm tadi...masak nasi goreng USA jer...kenapa diberi nama USA tak tau la pulak....asal  sumber resepi ni dr blog  Kak Raidah.....saya C&P....tq kak.

Bahan untuk nasi goreng
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Daging masak merah
300gm daging ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 biji capsicum ~ dihiris
1 biji tomato ~ dipotong 6
1 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan daging msk merah
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.

Malam Pertama Kita...

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Semoga artikel ini dapat menginsafkan diri ini dan kita semua supaya tidak lalai mengejar duniawi....Semoga kita pulang ke pangkuan ilahi dalam keadaan sempurna amal ibadat......dan semoga tidak gentar menghadapi sakaratul maut apabila ia datang menjemput...insyaAllah.amin..

28 Oct 2010

Kuih Seri Muka

Kuih seri muka untuk minum petang....waktu sekarang ni semakin cepat pula gelap kiranya sekarang ni waktu siang yg semakin pendek dan waktu mlm yang panjang...so...apa nak buat lagi saya pun merajinkan diri saya masuk dapur membuat kuih seri muka ni..:D

Sumber Resepi:  My Resepi..tq nana.
Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak kalau gunakan santan fresh yg diparut dr kelapa tu tak perlulah letak coz dah ada minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste) dan saya letakkan sedikit pewarna hijau.

Cara-cara Untuk lapisan bawah:-
1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Cara-cara untuk lapisan atas:-
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi.
4. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus.
5. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih ... api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi   tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas.
6. Kukus la selama 45min atau 1jam.

kuih ini hendak la betul2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan.

27 Oct 2010

Sup Kepala Ikan Salmon

sejuk-sejuk sekarang ni sup juga menjadi menu pilihan hatiku.....tak kira apa saja jenis sup..semua saya suka..ni saya masak sup kepala ikan salmon....memang suka sgt part kepala ikan ni...lemak2 gitew....tapi tak boleh dimakan selalu kepala ikan ni...so kadang2 sajalah.ok resepinya simple jer spt dibawah:-

Bahan-Bahan:

2 ekor kepala  ikan salmon
2 biji tomato dibelah 4
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun sup dan daun bawang
cili padi (jika suka pedas)
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk lada putih dan Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak..tapi ni saya tak letak coz ikan salmon dah ada minyak

Bahan  dikisar:
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sm halia

Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan dikisar.
2. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Kemudian masukkan kepala ikan, serbuk lada putih, garam, bunga cengkih dan bunga lawang.
4. Apabila mendidih, masukkan tomato, serai, cili padi, daun sup dan daun bawang.
5. dah siap bolehlah dimakan.

26 Oct 2010

Daily Trip To Kotka, Finland

It's sunny and wonderful day on this weekend....so..dikesempatan inilah digunakan utk keluar jalan2 didalam negara Finland....Autumn Explorer la kiranya sebelum tiba masa winter sonata yg akan tiba tak lama lagi.....selagi ada masa dan peluang akan digunakan sepenuhnya sementara ada disini saja kan....kalau dah blk Malaysia nanti maybe tak berkesempatan nak ke sini lagi....bz keja saja.

Kali ni we plan nak jalan jauh sikit dari Helsinki tapi tak la jauh sangat pun....about 130km from Helsinki by car...dan boleh blk hari jer. Walaupun cuaca sejuk jalan tetap jalan juga....destinasi yg dituju adalah bandar Kotka...bandar lain selain drp Helsinki. Kotka yg dikenali juga city by the sea. Ni kira our 1st time trip la kesana walaupun belum biasa redah jer lah ....berpandukan map dan gps InsyaAllah tak kan sesat....dan alhamdulillah selamat juga tempat dituju.
sampai kat tempat ni dlm jam 11am terus ke taman bunga dan jalan-jalan sekejap kat tasik tu sambil tgk itik, waterfall dan snap photo..cantik sangat kawasan taman tu...tapi tak tahan dgn cuaca yg sejuk lepas snap photo terus ke kereta.

 cantik view kat tempat ni...rasa tenang dan mendamaikan


ni la taman bunga..dah nak abis autumn ni bunga-bunga pun dah tak banyak dan banyak nak layu...kena datang time spring atau summer baru nampak cantik lagi.

















waterfall more than 20 metres high.


















ok the next destination...we go to Maretarium ....tgk ikan pula...kebanyakkan ikan-ikan dlm tu ada yg tak pernah saya tgk pun....memang ikan di Finland ni lain sikit ..terdapat more than 50 different fish species.














 ni ler rupa muzium kat Kotka ni....unik betul bangunan ni...cantik.



 Lepas dah pusing tgk ikan dan museum our next destination pula adalah traditional salmon river...kat sana ada sebuah istana lama.....menurut sejarah kat sini lah...istana ataupun rumah persinggah Raja Russia Czar Alexander 111 sejak thn 1889 lagi...masa tu Finland dibawah jajahan Russia..dan masa sampai tempat ni istana tu dah close coz watu melawat sampai jam 4ptng saja...cuma dapat tgk dr luar sajalah.

dibelakang tu la istana lama

cantik kawasan ni ada air terjun...biasanya tempat orang memancing pada waktu summer...tapi kena ada lesen memancing tak boleh suka hati jer.



 Lepas abis jalan-jalan kat sana tu, mr hubby pun ckp nak try tgk sempadan Russia coz jarak dr kotka tu dah tak jauh dah....so....we continue our trip ke sempadan Russia pula....about 68km drp bandar Kotka...tak la jauh sgt...tapi disebabkan tak ada Visa tak dapat la masuk ke Russia cuma dapat sampai ke sempadan saja lah....singgah jap jer kat sana tu minum coffee dan sempat jugalah shopping di kedai bebas cukai kat sempadan tu....walaupun tak dapat masuk dapat tgk sempadan pun jadi lah...hehe...actually tak ada plan pun nak ke sana, tu pun last minutes plan juga nak ke sempadan tu...insyaAllah next time kalau ada kesempatan lagi bolehla kesana lagi....dah tak jauh dah nak ke St.Petersburg, Russia.

on the way ke sempadan Russia....at 6pm dah nampak bulan...subhanallah..cantik!

dah sampai....dah nampak dah sign board tu ...border crossing point at 1km...tapi tak boleh masuk...passport tak bawa visa pun tak ambik...emmm...kalau free visa dah lama dah masuk ke sana.

ok hari pun dah semakin gelap....saya dan suami pun bertolak lah balik semula ke Helsinki.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers