sejuk-sejuk sekarang ni sup juga menjadi menu pilihan hatiku.....tak kira apa saja jenis sup..semua saya suka..ni saya masak sup kepala ikan salmon....memang suka sgt part kepala ikan ni...lemak2 gitew....tapi tak boleh dimakan selalu kepala ikan ni...so kadang2 sajalah.ok resepinya simple jer spt dibawah:-
Bahan-Bahan:
2 ekor kepala ikan salmon
2 biji tomato dibelah 4
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun sup dan daun bawang
cili padi (jika suka pedas)
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk lada putih dan Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak..tapi ni saya tak letak coz ikan salmon dah ada minyak
Bahan dikisar:
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sm halia
Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan dikisar.
2. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Kemudian masukkan kepala ikan, serbuk lada putih, garam, bunga cengkih dan bunga lawang.
4. Apabila mendidih, masukkan tomato, serai, cili padi, daun sup dan daun bawang.
5. dah siap bolehlah dimakan.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)