28 Oct 2010

Kuih Seri Muka

Kuih seri muka untuk minum petang....waktu sekarang ni semakin cepat pula gelap kiranya sekarang ni waktu siang yg semakin pendek dan waktu mlm yang panjang...so...apa nak buat lagi saya pun merajinkan diri saya masuk dapur membuat kuih seri muka ni..:D

Sumber Resepi:  My Resepi..tq nana.
Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak kalau gunakan santan fresh yg diparut dr kelapa tu tak perlulah letak coz dah ada minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste) dan saya letakkan sedikit pewarna hijau.

Cara-cara Untuk lapisan bawah:-
1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Cara-cara untuk lapisan atas:-
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi.
4. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus.
5. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih ... api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi   tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas.
6. Kukus la selama 45min atau 1jam.

kuih ini hendak la betul2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan.

2 comments:

  1. salam, memang menyelerakan sungguh seri muka ni....mmg berkenan benor kuih seri muka...

    ReplyDelete
  2. salam Abhamz...terima kasih..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers