28 Aug 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H


Assalammualaikum dan salam kerinduan buat semua teman-teman blogger dan semua yang sudi bertandang ke sini. Sudah hampir sebulan lebih lamanya saya tak update blog dgn n3 baru tapi apakan daya masa tak mengizinkan....walaupun hati terasa rindu sgt nak menulis disini. Saya hanya sempat update status kat fb jer. Mungkin ramai rakan-rakan dah bercuti dan telah  balik ke kampung  halaman untuk sambut lebaran sekarang ni kan dan mungkin juga tgh sibuk dgn persiapan membuat kuih raya dan sebagainya. Bagi saya hanya ada sambutan yang sederhana saja tahun ni kerana tak terasa kemeriahan sgt sebab bonda masih belum sihat lagi. 


Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang mendoakan kesihatan yg baik buat bonda tersayang. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Saya amatlah menghargainya. Alhamdulillah bonda dah pun keluar wad 2 hari lepas dan keadaannya nampak stabil walaupun belum baik lagi sepenuhnya. Rawatan seterusnya akan dilakukan dirumah saja. Sejak saya balik hari tu bonda dan tak boleh bercakap dan berjalan lagi....memang sedih tgk keadaan bonda tapi apakan daya saya hanya mampu membantu yang terdaya saja.


Syukur alhamdulillah dengan ilmu yg ada dlm bidang kejururawatan saya cuba sedaya upaya utk memberikan rawatan yg terbaik buat bonda. Syukur dengan kesempatan dan peluang yang diberikan suami utk berbakti pada bonda walaupun hanya sementara. Terima kasih banyak juga buat suami tersayang yg memahami diri dan membenarkan saya balik seorang dulu untuk menjaga bonda. 


 Akibat serangan stroke tempoh hari keadaan bonda tak ubah seperti kanak-kanak kecil yg masih memerlukan perhatian dan bantuan sepenuhnya kerana tak mampu lagi utk uruskan diri sendiri. Masih belum dapat makan dan hanya minum susu saja melalui tiub. Apapun doa dan harapan saya agar bonda akan kembali sihat hendaknya..insyaAllah..amin.


Sempena hari baik dan bulan ramadhan baik ni saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam aidilfitri buat semua teman-teman blogger yang saya sayangi, teman-teman fb, rakan-rakan sekolah, kolej, silent reader yang sudi singgah ke blog saya yg tak seberapa ni dan juga ucapan buat semua sedara mara, sahabat handai yang tak kira dimana saja anda berada. Semoga sentiasa ceria dan berbahagia disamping keluarga tersayang. Jutaan kemaafan juga saya pohonkan sekiranya ada salah dan silap tulisan saya yang tersentuh hati sepanjang saya berblogging ni. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya sendiri. Terimalah ecard raya ni sbg tanda kenangan di hari lebaran tahun ini. Semoga bertemu lagi di hari lebaran yang akan datang pula...InsyaAllah...salam sayang buat semua.

29 Jul 2011

Salam Ramadhan & Berehat seketika...



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan  blogger, fb dan semua pengunjung kesini yang saya sayangi. Sempena kedatangan bulan ramadhan yang mulia ni saya juga ingin  mengambil kesempatan untuk  mengucapkan selamat berpuasa buat semua teman-teman blogger dan semua muslimin dan muslimat tak kira dimana saja berada. 


Jutaan kemaafan saya pohonkan pada semua kerana tidak dapat membuat kunjungan balas dan berbalas komen anda. Lately ni memang saya jarang online dan bw. Diatas sebab-sebab tertentu juga saya terpaksa mengambil keputusan untuk..........
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Mohon maaf juga kerana terpaksa berehat seketika untuk menulis disini. Sejak 2-3 menjak ni fikiran saya amat sedih dan tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya utk berblogging. Saya sangat risau memikirkan keadaan ibu yang sakit akibat serangan stroke pada 21 Julai yang lepas. Keadaan ibu saya semakin lemah  sekarang ni...dan ketika anda membaca n3 ini mungkin saya sudah dalam perjalanan pulang ke Malaysia kerana seawal  jam 6 pagi waktu Finland saya dah berada di airport sini. 


gambar ehsan drp pakcik google


 Semoga perjalanan  saya dari Helsinki - Frankfurt - KLIA - Penang, Malaysia akan dipermudahkan Allah dan selamat sampai dengan selamat pada hari sabtu ni. Doa dan harapan saya juga semoga ibu saya kembali sihat...InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan updatekan cerita disini ....salam sayang buat semua.

25 Jul 2011

Moist Orange Mocha Brownies


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hujung minggu lepas yang membusykan saya ..mcm-mcm aktiviti ada. N3 hari ni nak share brownies yang saya buat pada hari sabtu dan dibawa semasa aktiviti piknik dan pertandingan memancing bersama Malaysian kat sini. Hari ahad pula busy dgn  jemputan makan-makan umah kawan.


Oklah ceter pasal  resepi brownies ni, saya ambil dr dapur Kak Yatie. Actually senang jer nak buat brownies ni...tak perlu guna mixer pun...tapi hasilnya memang sedap. Kawan-kawan kat sini yang makan pun ckp sedap dengan gabungan nescafe, coklat dan sunquick oren memang mabeles dan tak rugi kalau nak mencubanya. Btw..tqvm pada kak Yatie kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula yer..:D


Source: Kak Yatie
Bahan A :
  • 1 cawan butter cair / minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang(guna gula putih je pun takpe)
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
  • 2 - 3 sudu besar sunquick orange (nieza bubuh lebih)
Bahan B : (kacau rata) - guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C : ( ayakkan )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara - cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  2. Kacau bahan A supaya sebati.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
  4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  6. Bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat. Yatie salutkan dngn coklat putih dan selang selikan dngn campuran coklat putih yg di letak perisa oren. Mmng sedap...
Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping :
  1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
  2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
*** untuk topping tu nieza gunakan coklat masakan putih yang dicampurkan dengan butter, susu cair dan sunquick oren***



Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers