28 Aug 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H


Assalammualaikum dan salam kerinduan buat semua teman-teman blogger dan semua yang sudi bertandang ke sini. Sudah hampir sebulan lebih lamanya saya tak update blog dgn n3 baru tapi apakan daya masa tak mengizinkan....walaupun hati terasa rindu sgt nak menulis disini. Saya hanya sempat update status kat fb jer. Mungkin ramai rakan-rakan dah bercuti dan telah  balik ke kampung  halaman untuk sambut lebaran sekarang ni kan dan mungkin juga tgh sibuk dgn persiapan membuat kuih raya dan sebagainya. Bagi saya hanya ada sambutan yang sederhana saja tahun ni kerana tak terasa kemeriahan sgt sebab bonda masih belum sihat lagi. 


Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang mendoakan kesihatan yg baik buat bonda tersayang. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Saya amatlah menghargainya. Alhamdulillah bonda dah pun keluar wad 2 hari lepas dan keadaannya nampak stabil walaupun belum baik lagi sepenuhnya. Rawatan seterusnya akan dilakukan dirumah saja. Sejak saya balik hari tu bonda dan tak boleh bercakap dan berjalan lagi....memang sedih tgk keadaan bonda tapi apakan daya saya hanya mampu membantu yang terdaya saja.


Syukur alhamdulillah dengan ilmu yg ada dlm bidang kejururawatan saya cuba sedaya upaya utk memberikan rawatan yg terbaik buat bonda. Syukur dengan kesempatan dan peluang yang diberikan suami utk berbakti pada bonda walaupun hanya sementara. Terima kasih banyak juga buat suami tersayang yg memahami diri dan membenarkan saya balik seorang dulu untuk menjaga bonda. 


 Akibat serangan stroke tempoh hari keadaan bonda tak ubah seperti kanak-kanak kecil yg masih memerlukan perhatian dan bantuan sepenuhnya kerana tak mampu lagi utk uruskan diri sendiri. Masih belum dapat makan dan hanya minum susu saja melalui tiub. Apapun doa dan harapan saya agar bonda akan kembali sihat hendaknya..insyaAllah..amin.


Sempena hari baik dan bulan ramadhan baik ni saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam aidilfitri buat semua teman-teman blogger yang saya sayangi, teman-teman fb, rakan-rakan sekolah, kolej, silent reader yang sudi singgah ke blog saya yg tak seberapa ni dan juga ucapan buat semua sedara mara, sahabat handai yang tak kira dimana saja anda berada. Semoga sentiasa ceria dan berbahagia disamping keluarga tersayang. Jutaan kemaafan juga saya pohonkan sekiranya ada salah dan silap tulisan saya yang tersentuh hati sepanjang saya berblogging ni. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya sendiri. Terimalah ecard raya ni sbg tanda kenangan di hari lebaran tahun ini. Semoga bertemu lagi di hari lebaran yang akan datang pula...InsyaAllah...salam sayang buat semua.

25 comments:

  1. selamat hari raya akak
    semoga ibu akak bertambah pulih inilah masanya kiter membalas jasa ibu selama ni...semoga akak tabah ngan duagaan ini....take care yer

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya Nieza... moga gembira di samping keluarga tersayang....

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya
    mohon maaf zahir batin...
    akak doakan agar bonda nieza bertambah sihat :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nieza..
    Lama tak dengar khabar berita dari Nieza, rindu rasanya...

    Akak turut rasa simpati dan sedih dengan kesihatan bonda nieza..

    Semoga Nieza sabar dalam menempuh segala dugaan dari Allah..
    Sesungguhnya orang yg beriman akan sentiasa di uji... Dan nieza adalah salah seorang hambanya yg terpilih...

    Selamat Hari Raya buat Nieza dan keluarga...
    Kalau ade salah dan silap sepuluh jari akak pohon kan kemaafan...

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya. Semoga kuat menjaga bonda, dan semoga bondamu sembuh...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam..
    rindunya dengan entry nieza..
    namum memahami keadaan kamu, kerana tahun lepas ayu seperti kamu...
    menjaga suami yang tak dapat bergerak langsung..
    makan pakai, lampin.. semuanya perlu ayu uruskan. lagilah tinggal di hospital.. jururawat tak boleh beri perhatian..,maka berumahtanggalah ayu 3 bulan lamanya di sana

    alhamdullilah, mujur nieza ada ilmu kejururawatan.. membantu ibu kamu.. dan syukur ibu kamu sudah kembali ke rumah...
    moga ibu nieza boleh sembuh...Insyallah, mana tau ada keajaiban, (abah ayu pernah stroke tahun 2007) syukur.. skrang semakin sembuh dan bekerja memandu bas seperti sediakala

    PS: untuk kamu juga, SALAM LEBARAN yang kian hampir.. maaf andai sepanjang persahabatan y terjalin ada kiranya ayu terkasar bahasa penulisan..
    rindu kamu sangat2!!

    ReplyDelete
  7. salam kak nieza.. selamat hari raya ye.. alhamdulillah bonda akak dah pulang kerumah .. moga bonda akak akan cepat pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum nieza... Salam Aidilfitri buat nieza sekeluarga.. akak doakan moga ibu nieza sihat seperti sediakala hendaknya... Banyakkan berdoa n bersabar yer nieza...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Nieza,
    Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mendengar khabar berita daripada Nieza setelah sekian lama menyepi, rindu rasanya pada n3 Nieza.
    Syukur alhamdullilah keadaan kesihatan ibu Nieza telah bertambah baik, semuga hari raya nanti dapat disambut dengan penuh kegembiraan di samping keluarga tersayang.

    Di kesempatan ini, akak ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri buat Nieza sekeluarga, maaf zahir dan batin. Take care dear......

    ReplyDelete
  10. SELAMAT HARI RAYA NIEZA, doa akak untuk bonda semoga cepat sembuh. Insyallah.

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya..maaf zahir dan Batin..semoga tabah ..

    ReplyDelete
  12. SALAM RAYA AIDIL FITRI..
    MOGA SEMUA DIBERKATI..
    MINTAK MAAF SE-IKHLAS HATI..
    ENJOY LA SEMUA BERAYA NANTI..

    Moga ibu cepat sembuh..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Nieza
    Selamat menyambut AidilFitri ,maaf zahir batin dikesempatan ini akak menyusun sepuluh jari sekiranya ada terkasar bahasa selamakita bergurau senda.
    Be strong Nieza insyaAllah setiap kejadian ada hikmahnya ,semoga bonda nieza sihat kemabli Aminn

    ReplyDelete
  14. Salam lebaran buat Nieza sekeluarga, salam kemaafan jua di pinta andai selama ini akak ada membuat kesilapan yg sengaja ataupun yg tidak di sengajakan...maaf zahir dan batin..moga Nieza sabar dan tabah menghadapi situasi ini, akak sentiasa mendokan moga ibu Nieza cepat sembuh spt sediakala..

    ReplyDelete
  15. Assalam nieza..salam aidilfitri..kemmafan jua dipoonkan andai ada salah silap dan terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya aifilfitri buat kaknieza sekeluarga....moga ibu akak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin jua buat NIEZZA sekeluarga. Semoga Lebaran kali ini lebih menceria dan menggembirakan...

    Aminnnn segala doa buat bonda Niezza.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Niezza,
    Semoga Niezza sabar dan tabah menempuh ujian dari Allah.. Kami semua senantiasa mendoakan agar bonda Niezza akan cepat sembuh seperti sediakala... Pengorbanan seorang anak pada ibunya tentu mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.

    Salam Aidilfitri buat Niezza.. maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  19. Ucu & keluarga mengucapkan
    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir Batin

    Izinkan ucu gantung Kad Raya disini:
    http://ucubakery.blogspot.com/2011/08/koleksi-kad-raya-2011.html

    ReplyDelete
  20. selamat hari raya..maaf zahir batin..semuga berbahagia bersama keluarga tersayang..n mg ibu nieza cepat sembuh.

    ReplyDelete
  21. selamat hari raya Nieza..doa Cm agar Nieza tabah menjaga bonda yang sakit..semoga memperolehi kekuatan mental dan fizikal..semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  22. Salam Nieza, maaf berbanyak mmg sya ketinggalan info.mudahan tabah menghadapi keadaan bonda.dulu arwah ibu saya pun begitu stroke, terpaksalah berkorban masa, keje tanpa gaji, 1/2 gaji dan bercuti menjaga bonda tersayang selama 5 thn..dah lama benor tk menziarahi kwn2, ni baru bermula pulak. salam eidul fitr buat nieza skluarga.

    ReplyDelete
  23. Salam perkenalan Nieza..Selamat hari Raya aidifitri untuk Nieza sekeluarga..Saya intai2 resepi pudding tembikai tadi :)

    ReplyDelete
  24. Assalamulaikum Nieza, apa khabar sekarang nih? Macamana kesihatan bonda Nieza? Harapan akak moga bonda Nieza cepat sembuh dan sihat semula...banyak2kan lah berdoa juga untuknya... Rindu dah lama x tengok masakan Nieza nih... apapun take care ya Nieza...muaaahhh!

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum buat semua...Terima kasih diatas doa dan ucapan selamat dari semua. Saya amatlah menghargai...semoga Allah merahmati anda semua juga selalu hendaknya..amin.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers