29 Jul 2011

Salam Ramadhan & Berehat seketika...



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan  blogger, fb dan semua pengunjung kesini yang saya sayangi. Sempena kedatangan bulan ramadhan yang mulia ni saya juga ingin  mengambil kesempatan untuk  mengucapkan selamat berpuasa buat semua teman-teman blogger dan semua muslimin dan muslimat tak kira dimana saja berada. 


Jutaan kemaafan saya pohonkan pada semua kerana tidak dapat membuat kunjungan balas dan berbalas komen anda. Lately ni memang saya jarang online dan bw. Diatas sebab-sebab tertentu juga saya terpaksa mengambil keputusan untuk..........
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Mohon maaf juga kerana terpaksa berehat seketika untuk menulis disini. Sejak 2-3 menjak ni fikiran saya amat sedih dan tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya utk berblogging. Saya sangat risau memikirkan keadaan ibu yang sakit akibat serangan stroke pada 21 Julai yang lepas. Keadaan ibu saya semakin lemah  sekarang ni...dan ketika anda membaca n3 ini mungkin saya sudah dalam perjalanan pulang ke Malaysia kerana seawal  jam 6 pagi waktu Finland saya dah berada di airport sini. 


gambar ehsan drp pakcik google


 Semoga perjalanan  saya dari Helsinki - Frankfurt - KLIA - Penang, Malaysia akan dipermudahkan Allah dan selamat sampai dengan selamat pada hari sabtu ni. Doa dan harapan saya juga semoga ibu saya kembali sihat...InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan updatekan cerita disini ....salam sayang buat semua.

52 comments:

  1. Assalamualaikum nieza...
    akak doakan semoga ibu nieza akan cepat sembuh dah sihat2 hendaknya .. Amin...

    ReplyDelete
  2. salam kenal nieza.... selalu jd silent reader aje....

    semoga perjalanan nieza selamat sampai ke penang dan ibu sihat hendaknya.....

    ReplyDelete
  3. Semoga ibu kak nieza cepat sembuh.. & take care tau!

    ReplyDelete
  4. insyallah..semoga semuanya dlm keadaan ok yek..jaja doakan..

    ReplyDelete
  5. selamat menjalani ibadah puasa nieza..

    sy doakan ibu nieza akan sembuh pt sediakala..aminnn..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak nieza...
    mas tumpang sedih mendengarnya..
    moga mak kak nieza cepat sembuh dan sihat2 hendaknya seperti sedia kala.. Amin..

    ReplyDelete
  7. salam nieza.. akak pun terkejut membaca berita ni.. insyaallah akak dan abg akn menziarah makcik.. keluarga di kampung pun baru tau semalam.

    ReplyDelete
  8. semoga Allah beri kekuatan buat nieza & famili menghadapi segala ujian...

    ReplyDelete
  9. Hati siapa tak resah Nieza kalau itu terjadi pada ibu. Kakak doakan moga perjalanan nieza bertemu ibu dipermudahkan dan moga ibu kembali sembuh. Insya-Allah...

    Selamat berpuasa juga ye...

    ReplyDelete
  10. Assalam Nieza..semoga selamat balik ke malaysia dan semoga mak nieza juga sembuh dari sakitnya..banyakkan sabar ye.

    ReplyDelete
  11. akak doakan agar semuanya baik2 saja.

    selamat berrpuasa.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Nieza,
    banyakkan bersabar ye dik, insya-Allah segalanya akan berjalan dengan baik, mudah2an bonda Nieza akan segera sembuh.... amin..

    ReplyDelete
  13. Salam,kak nieza.
    saya tumpang sedih jugak. akan saya doakan moga ibu kak nieza kuat n pulih. saya juga doakan moga akak selamat sampai ke Malaysia.
    selamat menyambut ramadhan buat akak.

    ReplyDelete
  14. Salam Nieza...doa Kjee mengiringi kepulangan Nieza untuk berada di sisi Bonda tercinta. Mudah2an Allah swt melindungi Bonda tercinta. Amin

    ReplyDelete
  15. apa yg dpt kak ilah ucapkan ialah berbykkan bersabar.. kita senasib..emak kak dah sembuh 70% ..semoga emak nieza pun akan sembuh sepenuhnya.. kak ilah faham..semoga segalanya akan dipermudahkan...aminnnn

    ReplyDelete
  16. Assalam kak nieza,sy doakan mak akak sihat seperti sediakala,harap akak tabah ya hadapi ujian Allah ini,Moga perjalanan akak juga selamat hendaknya..

    ReplyDelete
  17. Selamat menyambut Ramadhan juga buat Nieza sekeluarga..semoga ibu tercinta sihat walafiat & dapat menyambut ramadha bersama..insyaAllah

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum nieza...
    semoga slmt sampai ketanah air tercinta dan moga ibu cepat semboh seperti sediakala..amin..

    ReplyDelete
  19. salam nieza.. semoga nieza sekeluarga tabah dgn ujian ni.. semogo ibu nieza kembali sembuh seperti sediakala..

    dan tak lupa semoga selamat sampai ke tempat yg dituju ya.. take care

    ReplyDelete
  20. Nieza, akak doakan ibu Nieza akan segera sembuh dan dapat sama menghayati Ramadhan yg mulia serta Aidilfitri jugak. Semoga Nieza dan ahli keluarga tabah dan bersabar dengan dugaan ini. Akak doakan Nieza selamat sampai ke pangkuan ibu dan keluarga tersayang.... Salam Ramadhan al Mubarak dr akak buat Nieza dan family...mohon maaf juga dari akak sepanjang perkenalan kita... Salam sayang...

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kak niezza...selamat menyambut Ramadhan...Semoga selamat sampai ke tanahair...tabahkan hati tatkala ditimpa dugaan..banyakkan bersabar...semoga mak akak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  22. Salam Nieza.
    Akak berdoa mudah-mudahan Nieza selamat balik ke Malaysia dengan selamatnya....dan mudah-mudahan emak Nieza akan cepat sembuh...banyakkan berdoa dan bersabar ye..semoga ramadan ini menjanjikan kebahagiaan buat Nieza..

    ReplyDelete
  23. Hmm semoga semuanya dipermudahkan..dah kesihatan mak nieza bertambah baik..

    Salam Ramadhan untuk nieza dan family..mohon maaf gak salah silap sepanjang perkenalan maya ni

    ReplyDelete
  24. Selamat menyambut puasa buat Nieza dan keluarga,kak Zai juga mohon maaf jika terdapat salah dan silap.

    Kak Zai doakan semoga mak Nieza cepat sembuh

    ReplyDelete
  25. Aslmkum nieza.. selamat pulang ke tanahair.. smga termudahkan perjalanan..n smga ibu nieza cepat sembuh.. selamat menyambut ramadhan almubarak..

    ReplyDelete
  26. Insyallah semua akan selamat k.nieza, lyn doakan supaya mak k.nieza sihat kembali & menyambut ramadan bersama k.nieza dan famili... selamat pulang ke tanah air & selamat menyambut ramadhan buat k.nieza...

    ReplyDelete
  27. Salam Nieza, Bukan mudah melalui kepayahan sebegini, semoga Allah berikan kekuatan kepada Nieza dalam mendepani dugaan ini..... Selamat Menjalani Ibadat Puasa.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Nieza..semoga Nieza selamat tiba ke pangkuan ibu tersayang, waktu sakit begini sgt penting anak2 berada disisi..Insya Allah mudah2an emak Nieza semakin pulih hendaknya..take care & Selamat Berpuasa...

    ReplyDelete
  29. selamat berpuasa nieza
    semoga ibu nieza cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  30. semoga perjalanan Nieza ke penang selamat.Cm doakan agar bonda Nieza akan kembali sihat.Insyallah.Bawa banyak banyak bersabar ya.

    ReplyDelete
  31. Kak Nieza,
    Semoga ibu kembali sihat..
    Selamat kembali ke Malaysia..
    Semoga sumanya selamat..

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum Nieza...

    Salam Ramadhan Dari Kak Lin...Maaf Zahir Dan Batin Jikalau Ada Tersalah Dan Tersilap Bicara...

    Semoga Amalan Kita Di Bulan Yg Mulia Ini Senantiasa Di Berkati Oleh Allah S.W.T...Ameen...

    ReplyDelete
  33. saalam ramadhan k niza.. sonotnye dpt blik kg... hehe... semoga akak skang ni selamat sampai ke Msia ..aminn..
    jmput amik kad kat uma ye kak :)

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum wrt. wbt.

    Pulanglah...berilah khidmat yang terbaik buat ibu yang disayangi.

    Nieza harus tabah, ujian itu susah tapi penuh hikmah.

    Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan nieza.

    Salam Ramadhan buat nieza sayang.

    ReplyDelete
  35. Salam Ramadan Nieza. hati mana tak risaukan bila berjauhan dpt berita org tersayang tak sihat...moga Nieza dipermudahkan perjalanan utk pulang ke Msia . jua akak doakan mak Nieza cepat semboh dan pulih dari sakit yg dialami . byk2 bersabar ya Nieza....

    ReplyDelete
  36. selamat menyambut Ramadhan kak :)

    ReplyDelete
  37. Salam Nieza..
    Emak Nieza ada kat hospital mana?...sebelah Penang ke..?
    Akak harap emak Nieza akan cepat sembuh ....bersabar dan berdoalah ye...

    ReplyDelete
  38. assalam nieza..byk2 bersabar..semoga mak nieza cepat sembuh dan selamat menyambut ramadhan al mubarak

    ReplyDelete
  39. insyallah, byk bersabar dan berdoa

    ReplyDelete
  40. salam nieza... moga mak cepat sembuh..

    selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikumwbh Sis…

    Nieza...
    Semoga selamat sampai penang dan Ayu doakanmoga cepat afiat mak nieza yer....rindu tol kat nieza...hmmm

    Ayu ingin mengucapakan selamat menyambut ramadhan. Semoga kita sama2 memanfaatkan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan yg dijanji dijauhkan dari neraka ini oleh NYA. Mohon maaf jika ada tersalah, terusik, terkata dan terbicara yang mungkin ada menyakiti selama ini.:)

    Have a blessed and contented Ramadhan for u and family…Amen.

    ReplyDelete
  42. Salam Nieza..
    Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah puasa..
    Semoga Ibu Nieza segera sembuh
    Akak tumpang sedih dan berharap agar Nieza banyak2 bersabar di atas segala dugaan dari Nya..
    Nieza antara insan2 yg terpilih..
    sampaikan salam akak untu ibu dan seluruh keluarga di kampung

    ReplyDelete
  43. Kak doakan semoga ibu Nieza cepat sembuh dan selamt berpuasa utk mu sekeluarga...

    ReplyDelete
  44. salam ramadan nieza n kluarga! slmt kembali ke msia..smg ibu nieza cepat sembuh.bnykkn bersabar.

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum Nieza,
    Lama tak singgah sini, lappy buat hal lagi.. Selamat menyambut ramadhan almubharak dan selamat berpuasa buat Nieza sekeluarga ya.

    Semuga perjalanan pulang Nieza dipermudahkan dan bersama2lah kita berdoa agar kesihatan ibu Nieza bertambah baik, Amin....

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum Nieza,
    Rasa cam lama sgt tak singgah sini, lappy buat hal la pulak. Selamat menyambut ramadhan almubharak dan selamat berpuasa buat Nieza sekeluarga ya.

    Semuga dipermudahkan segala urusan pulang Nieza ke tanahair dan sama samalah kita berdoa agar kesihatan ibu Nieza bertambah baik, insyaAllah...Amin.

    ReplyDelete
  47. Salam Ramadhan buat Nieza. Akak doakan ibu Nieza cepat sembuh. Semoga Nieza tabah menghadapi dugaan Allah..

    ReplyDelete
  48. banyak2 bersabar ya nieza..:(

    ReplyDelete
  49. Salam nieza..
    semoga bonda nieza cepat sembuh dan nieza n family sabar dgn dugaan ini...

    ReplyDelete
  50. Assalam Niez... ohh patut la akk tunggu n3 dari nieza tapi tak ada, rupanya berehat seketika.

    Macam mana keadaan mak nieza tu, Akk harap nieza banyak2 bersabar dengan dugaan ini.

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum Nieza,
    sedih mendengar perkhabaran ini, moga Nieza serta keluarga sabar dan tabah menghadapi ujian ini....akak tetap mendoakan moga ibu Nieza cepat sembuh spt sediakala..Aminn.

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum Nieza,
    Lama Nur tak bertandang ke blog ni. Sedihnya bila membaca perkhabaran tentang kesihatan bonda Nieza. Nur doakan semoga ibu Nieza akan cepat sembuh.. Banyak2kan bersabar dan berdoa. Semoga Nieza sekeluarga tabah dengan ujian dariNya. Jaga diri ye..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers