Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Alhamdulillah dah selamat dah cuci gigi ptng tadi... bila baca pengalaman kawan-kawan di kotak komen spaghetti tu buatkan saya tersenyum sorang-sorang pula kat sini. Actually memang saya takut nak jumpa doctor gigi sejak dulu lagi tapi kena pergi juga walaupun tak la setiap thn. Cuma kat Finland ni pengalaman pertama la sejak dok sini. Last year dah nk buat tapi tertangguh jer.
Sejak mr.hubby buat appoinment hari tu..banyak kali ckp kat mr.hubby minta dia postponed kan dulu tapi dia ckp tak boleh dah nanti kena bayar sendiri...alahai sabar jer la kecut perut juga memikirkannya...haha tapi jangan ingat saya sorang jer yg takut tau..ada ramai lagi diluar sana yg takut juga tu...hehe tak ada apa la cuma ngilu jer tapi bila tgk alatan yg tajam tu jer yg takut.
Cuma nak berkongsi pengalaman jer ni...cuci gigi kat Finland ni memangla mahal sekali pergi jer dah kena euro140..kalau RM brapa kira lah yer. Nasib baik we all tak kena bayar sendiri....sebab semua ditanggung kerajaan. Tapi kalau dok Malaysia pun free juga kalau pi klinik goverment kan.
Oklah berbalik pada n3 ni pula yer...Menu makan malam tadi layan lamb stew ni jer la..kalau makan ngan roti lagi sedap ni. Terima kasih pada kak Maz kerana berkongsi resepi stew yang sedap ni..izinkan saya berkongsi disini pula yer:D
Irish Lamb Stew
Bahan-bahan
- 500g daging kambingg tanpa tulang (segar) - potong kiub saiz sederhana
- ½ labu bawang besar – didadu
- 1 ulas bawang putih – dicincang
- 1 batang lobak merah – kerat saiz sederhana
- 5-6 biji cendawan butang segar – belah dua (optional)
- 1 biji ubi kentang – potong saiz sederhana
- 1 kuib stok daging
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar mentega
- 1/4 sudu kecil serbuk paprika
- 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
- sedikit kicap manis - nak bagi warna kuah gelap sikit
- minyak zaitun secukupnya
- air secukupnya (dlm 2-3 cawan)
- sedikit daun thyme (optional)
- sedikit garam jika perlu
- sedikit parsly (optional)
Cara
1. Panaskan oven suhu 170 C.
2. Gaulkan daging dengan sedikit garam, thyme dan 1 sudu besar minyak zaitun. Ketepikan.
3. Panaskan periuk (periuk yang boleh masuk oven terus). Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun dan biar minyak panas betul. Kemudian masukkan daging, biar seketika dalam 2-3 minit sehingga daging sedikit perang/garing kemudian balik sebelah lagi. Angkat dan masak sampai habis.
4. Dengan periuk yang sama (goreng daging), paanskan 2 sudu besar minyak zaitun, masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga bawang sedikit layu. Kemudian masukkan mentega dan bila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati guna senduk kayu agar tidak berketul.
5. Masukkan air (agak2 la ye), stok daging, sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, serbuk paprika dan serbuk jintan putih. Kacau sebati, kemudian masukkan lobak merah, ubi kentang dan cendawan. Masukkan daging dan padamkan api.
6. Tutup periuk dan masukkan dlm oven dan masak selama 1 1/2 jam atau sehingga daging lembuk/empuk. Setelah 1 jam dalam oven, balik-balikkan daging, kacau sikit dan boleh la tambah sedikit air jika perlu. Perasa secukup rasa dan biarkan daging masak sepenuhnya.
7. Tabur dengan sedikit parsly dan boleh la dihidang dengan nasi atau roti.































Helsinki Time
Georgetown Time