1 May 2010

Roti Jala


Roti Jala ni dibuat ptg semlm...dah lama nak buat tapi sekrng baru berkesempatan....so..jadi jugala menjala walaupun tak ada acuannya...actually acuannya ada bawa dulu tapi masih dlm kotak so cari pun tak jumpa lastly try la guna botol cili boh yg dah abis tu dan dicuci bersih...ni ambik idea dkt blog llham dapur @ Kak Maz....tapi cara yg sama cuma botolnya lain sikit....anyway  tqvm jadi jugalah roti jala ni dan dimakan dgn kari daging...Ok resepinya spt dibawah.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b susu cair
2 cawan air
1 biji telor
sedikit pewarna kuning
sedikit garam


Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala...tapi nieza tak guna acuan tu cuma guna botol sos cili....memang senang.
3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong.
4. Hidangkan dengan gulai daging.


Ada kwn2 yg tanya saya guna acuan apa untuk dapatkan corak yang mcm tu...so...ceter pasal acuan tu saya  pun ambik ler gambar utk tatapan kwn2 yang nak tau tu....dan cara nak tebarkan adunan tu diatas kuali...walaupun takla cantik sgt but for me...very easy ...so...tak ada acuan bkn alasan utk kita nak menjala


ni ler botol Sos Chili yg digunakan utk buat Roti Jala tu

botol ni penutupnya boleh dibuka cuma pusingkan saja utk masukkan adunan didalam botol....dan sebelah atas tu pula cuma tarik naik keatas saja dan lubangnya pun takla terlalu besar.

macam ni ler rupa jalanya diatas kuali....kalau yg berseni tu sure nampak cantik lagi kan....tapi bolehla utk dimakan.....senang jer buat line tu atas ke bwh dan kiri ke kanan ulangla balik sampai nampak corak tu.

Kek Lemon

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana/loaf tin )
185gm butter-pada suhu bilik
3/4 cawan gula
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 biji telur-pukul sket
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1/4 cawan jus lemon

Cara-cara
1. pukul butter, gula n kulit lemon hingga lembut n rata.
2. masukkan telur sket2 diselang seli ngan 1 sudu besar tepung. kemudian masukkan semua tepung sekali n kacau rata.
3. masukkan kedalam loyang/tin bergris n bakar selama 50-60min.
4. campurkan gula n jus lemon (x perlu larutkan gula) dan siram atas kek masa masih panas dan akan membentuk lapisan gula kat atas kek dan  menjadikan kek tu moist dr jus tu.

Mee Udang

Bahan-bahannya:
1. Mee 300g
2. Udang 100g
3. Kulit dan kepala udang  1 mangkuk
4. Bawang putih 2 ulas
5. Bawang besar 1 labu
6. Serai 2 batang
7. Tauhu 1 keping
8. Taugeh 100g
9. Sawi 1 ikat
10. Daun bawang sedikit
11. Daun sup sedikit
12. Pes cili 2 sudu besar
13. Sos tomato 2 sudu besar
14. Limau kasturi - dibelah dua 2 biji
15. Cili merah - dihiris nipis 1 biji
16. 1 biji Tomato
17. Bawang goreng sedikit
18. Garam sedikit
19. Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Rebus kulit dan kepala udang bersama 4 cawan air.
2. Sementara itu, potong bulat setengah labu bawang besar dan tumbuk bawang putih hingga lumat.
3. Apabila air rebusan tadi telah mendidih dan bertukar merah, tutup api, tapis dan ambil airnya. Kalau nak lebih rasa udang, boleh juga dikisar kepala dan kulit udang yang telah direbus dan dimasukkan ke dalam kuah.
4. Kemudian, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Asingkan dan toskan minyaknya.
5. Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan udang.
6. Apabila udang masak sedikit, masukkan garam, kacau sedikit dan masukkan bawang besar diikuti dengan sos tomato.
7. Kacau hingga sebati dan masukkan serai, diikuti dengan air rebusan tadi.Kacau dan biarkan hingga mendidih.
8. Kemudian, dalam periuk yang berlainan, panaskan air hingga mendidih dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan.
9. Selepas itu, celur pula taugeh, asingkan dan toskan juga. Akhir sekali celur mee sebentar, angkat dan toskan juga airnya.
10.Hidanglah mee udang bersama sawi dan taugeh yang sudah dicelur, daun bawang, daun sup, tauhu yang digoreng tadi dan cili merah.
11. Tabur bawang goreng jika suka. Untuk penyedap rasa, tambahkan perahan limau kasturi.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers