1 May 2010

Mee Udang

Bahan-bahannya:
1. Mee 300g
2. Udang 100g
3. Kulit dan kepala udang  1 mangkuk
4. Bawang putih 2 ulas
5. Bawang besar 1 labu
6. Serai 2 batang
7. Tauhu 1 keping
8. Taugeh 100g
9. Sawi 1 ikat
10. Daun bawang sedikit
11. Daun sup sedikit
12. Pes cili 2 sudu besar
13. Sos tomato 2 sudu besar
14. Limau kasturi - dibelah dua 2 biji
15. Cili merah - dihiris nipis 1 biji
16. 1 biji Tomato
17. Bawang goreng sedikit
18. Garam sedikit
19. Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Rebus kulit dan kepala udang bersama 4 cawan air.
2. Sementara itu, potong bulat setengah labu bawang besar dan tumbuk bawang putih hingga lumat.
3. Apabila air rebusan tadi telah mendidih dan bertukar merah, tutup api, tapis dan ambil airnya. Kalau nak lebih rasa udang, boleh juga dikisar kepala dan kulit udang yang telah direbus dan dimasukkan ke dalam kuah.
4. Kemudian, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Asingkan dan toskan minyaknya.
5. Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan udang.
6. Apabila udang masak sedikit, masukkan garam, kacau sedikit dan masukkan bawang besar diikuti dengan sos tomato.
7. Kacau hingga sebati dan masukkan serai, diikuti dengan air rebusan tadi.Kacau dan biarkan hingga mendidih.
8. Kemudian, dalam periuk yang berlainan, panaskan air hingga mendidih dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan.
9. Selepas itu, celur pula taugeh, asingkan dan toskan juga. Akhir sekali celur mee sebentar, angkat dan toskan juga airnya.
10.Hidanglah mee udang bersama sawi dan taugeh yang sudah dicelur, daun bawang, daun sup, tauhu yang digoreng tadi dan cili merah.
11. Tabur bawang goreng jika suka. Untuk penyedap rasa, tambahkan perahan limau kasturi.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers