2 Aug 2012

Strawberry Smoothie


Assalammualaikum semua
Hari ni nak sharekan air minuman yang saya buat untuk berbuka semalam. Semalam nak share tapi badan rasa lemah sangat. Seram sejuk dan sakit kepala mcm nak demam jer rasa masa petang semalam tu. Juadah berbuka pun Mr.hubby yang sediakan saya cuma buatkan air ni jer. Bila lepas berbuka baru rasa ok sikit. Alhamdulillah tak berlarutan sebab risau juga kalau demam masa ni...maybe badan kurang air sama. Berpuasa panjang sini memang kurang minum air pun.

Smoothie ni dah banyak kali juga saya buat dan masih menggunakan resepi yang sama...simple dan mudah sangat nak sediakannya. Nak abiskan stok stroberi tu sama tu yang buat ni. Oklah resepi boleh semak dibawah yer.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
Buah strawberry secukupnya (kuantiti terpulang nak bubuh byk mana)
Ice cream vanilla
gula
ais ketul (crushed ice)


Cara-cara
1. Cuci bersih buah strawberri yang digunakan dan masukkan ke dalam blender.
2. Masukkan pula bahan-bahan lain seperti ais ketul, ice cream dan gula. Mesinkan sebentar. Apabila semuanya sebati bolehlah dituangkan didalam gelas dan sedia untuk dinikmati. Selamat Mencuba!

10 comments:

  1. Sedapnya.... asam-asam manis....

    ReplyDelete
  2. Rasanya bukan stroberi jer bleh buat camtuh, kan? Kalu mangga pun sedap.. heeeee teringin!

    ReplyDelete
  3. alahai akak,tak jumpa strawberry kat Sintok nie.

    muak tak kalo minum>ke macam ala2 yogurt?

    ReplyDelete
  4. anak2 akak mmg suka segala jenis smoothie ni nieza
    diaorg dah pandai buat sendiri dah

    ReplyDelete
  5. aduyaiiii sedapnye...terasa2 dh kt tekak ni...hihi

    ReplyDelete
  6. kat umah ni selalunya strawberry lassi.. almost every week buat.. jadi lassi je sbb takde sempat nk simpan eskrem.. asyik habis dulu je.. hehee... tapi best kan esp time panas2 ni...

    ReplyDelete
  7. Nieza, benar2 menggoda.. Meleleh air liur Nur melihat gambar ni..

    ReplyDelete
  8. bestnye kalo ade kebun stobery kat umah..huhuhucam sedap je smoothie ni..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers