2 Aug 2012

Tepung Bungkus

Assalammualakum semua
Hari ni buat kuih tepung bungkus pula..kuih lama-lama ni memang menjadi pilihan hati. Sebelum ni, saya tak pernah buat sendiri pun kuih ni. Bila dok jauh tak ada jual ni la yang berpeluang membuat kuih muih sendiri dan mencuba buat kuih yang belum pernah dibuat lagi. Itulah pengalaman bila dok merantau ni. Kuih ni saya buat 1/2 adunan saja.

Ada yang bertanya ada jual tak daun pisang kat Finland ni? Ya...ada jual dikedai aseanic kat sini. Kebanyakan barang di kedai aseanic tu diimport dari Thailand, Vietnam,Indonesia dan Malaysia pun ada juga. Kira semua barangan asia ada jual kat sana cuma harganya mahal sikitla sebab semua import mari. So...daun pisang ni pun saya beli yang frozen. Adalah juga kalau nak guna tu kan.

Resepi kuih ni ambil kat dapur Izah Daut dan Kak Sheila pun dah buat. Resepi asalnya dari Bdaria. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi ...saya kongsikan disini pula bagi sesiapa yang nak mencuba bolehlah cuba.


TEPUNG BUNGKUS
Sumber Resepi: Bdaria
(anggaran dalam 20 biji)
Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)
1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam
Cara memasak bahan A
Potong gula merah menjadi ketulan kecil
Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Tutup api dan sejukkan inti anda
Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.


Langkah 2
Bahan B
200gm tepung pulut
150ml air (+/-)
Cara membancuh bahan B
Masukkan tepung pulut dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
Buat sampai habis dan ketepikan.
Langkah 3
Bahan C
2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.
Langkah 4
Bahan D
200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air
Cara-cara memasak bahan D
Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.

CARA-CARA MEMBUNGKUS
Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.

23 comments:

  1. kuih tepung bungkus ni klau kat kelatan senang jer nk dapat,tp kat Penang ni cam xpernah jumpa org jual.Nak buat sendiri malas la pulak sbb anak2 kureng mkn kuih tradisonal..mama ngan abah jugaklah kn perabih

    Rajinnya niez dok jauh2 pun usaha cari daun pisang bagai utk balut kuih ni...nmpk sedap tu.Klina suka tekstur yg lembik2 camni kena lak inti banyak kaler gelap2 tu fuh lagilah sedap

    ReplyDelete
  2. kuih kegemaran akak ni, teringat masa kat oberC, mmng daun pisang frozenlah jawabnya kalau nak guna..tapi tak kisah, yg penting ada gak..kan.

    ReplyDelete
  3. kak nieza...
    mas dari kecik sampai sekarang gemarrr sangat kuih tepung bungkus nie....
    penuh ngan nostalgia kan kuih2 gini...

    ReplyDelete
  4. sedapnye...slalu gak beli kalau time blk kg kt tgg...^^

    ReplyDelete
  5. Salam ksk nieza! Nak buat lah kuih ni arini hihihi... Maceh bg idea! Inti kelapa kita byk betul takut terbuang jerr nanti baik guna dr skrg :D

    ReplyDelete
  6. Salam kak, eh? Komen kita td terhantar tak eak? Ehehe... Kita guna ipon ni leceh ler nk kena log in dulu klu tak komen jadik cik anon :D

    ReplyDelete
  7. Assalam nieza, tepung bunkus ni akk memang suka mkn , tapi tak pernah buat, memang rajin la nieza ni, sedap tu nmpklembut je

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan pehhh kuih tepung bungkus kala x puasa ni sure dah buat sarapan..amacam sdp kan...mcm nak buat lg jeee...jiran2 sy pun tanya bila nak buat lg heeee..

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Nieza..rajin tul akak..siap bt kuih tepung bungkus lg haaa..yana punyer la males nk membungkus..rajin mkn jer hihiii

    ReplyDelete
  10. mieza suka kuih ni nieza..pernah buat sekali..pastu belum lagi la try utk kali kedua..kalau beli selalu tak puas ati sebab badan putihnya tu keras sangat dan inti kelapanya tengik...menci! kena buat sendiri baru la rasa puas hati...sedapnya...nak kenen seketoi heheheh

    ReplyDelete
  11. oooo..... kalau camtu kita nak eksport daun pisang la..hehehhehe... jeles tengok rajin betul Nieza hari hari wat kuih

    ReplyDelete
  12. salam kak nieza cayang.... sedapnyerrrrrr tepung bungkus. tun suka makan, tp surrender awal kalau nk wat sendiri. bab2 kuih dlm daun pisang ni tun fail sket. makck tun ada sorg yg jual kuih, mmg selalu la dia buat kuih ni, n selalu jugak kalau anak2 sedara ada kat kg, anak2 sedara ni laa yg tukang perabih x sempat dia nk jual. ;p

    ReplyDelete
  13. As salam Nieza,

    Untungnye kat sana ade jugaklah aseanic market, kat sini ade jgk kat China Town tp xsemua ade... tepung sini pun xsama mcm kat Msia, so bg sy yg newbies ni mmg xretilah nak masak guna tepung tu semua... rindunya nak makan kuih msia...huk3

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Nieza,

    mcm2 kuih yg dihidangkan Nieza...semuanya sedap2 belaka kak Nur tengok...rajin Nieza nie..cuba tiup sikit angin rajin tu kat akak sini...hehehe.

    ReplyDelete
  15. Salam Nieza...walaupun guna daun pisang frozen tapi kuih tu jadi juga,tentu sedap rasanya.Kuih ini salah satu kuih kegemaran kak Zai.

    ReplyDelete
  16. Assalam nieza, baru akak nak tanya mana dapat daun pisang kat Finland,rupanya ada jual juga ya..nasib baiklah ada jualkan taklah rasa rindu sanagt dengan kuih2 traditional mcam ni yang senang nak dapat kalau dinegeri sendiri, tapi susah bila diperantauan....

    ReplyDelete
  17. Assalam kak nieza,kuih nih mmg feberet sgt2..tapi sejak posa nih xnah lagi wat sendri..skng nih klo yg beli dah xde letak tepung pulut balut inti yuh,sy suka yg versi balut inti ngan tpng pulut gini pastu baru letak adunan tpng beras tuh..sedapnyer nmpk kuih akak tuh,nmpk lmbik2 jer..sy suka yg versi lmbik gini..nnti leh try rcp nih lak..

    ReplyDelete
  18. Sukanya Kak Amie masuk dapur Nieza.... ada saja hidangan pembuka selera yang Nieza sediakan. Orang kata, di mana kemahuan, di situ ada jalan ye Nieza.... iyelah kalau di negara sendiri ada pokok pisang, ada daun pisang tapi malas nak buat (kakak Amielah tu he he heh), tapi Nieza memang rajin sungguh....

    ReplyDelete
  19. kalau kat msia beli saja kat kedai. tapi di tempat org terpaksa buat sendiri.Itukah hikmah bila merantau. Semua boleh cuba dan dpt asah skil di dapur.
    Salam Ramadaan

    ReplyDelete
  20. eh pandainya Nieza ni..iyalah..kuih kuih lama ni kalau nak makan kena buat sendiri baru kaw..puas hati dan tekak..nekcik pun walaupun kat sini senang beli..tapi kekadang tu mmg frust..sebab semua rasa tak kena..gula kurang, santan kurang..tepong lebih!!

    ReplyDelete
  21. boleh jgk buat tepung bungkus...cheq da walaupun tgk berkali2 mak mentua buat kuih ni...tak lepas2 lagi nak membuatnya...

    ReplyDelete
  22. boleh jgk buat tepung bungkus...cheq da walaupun dah berkali2 kali mak mentua buat p tak reti2 nak membuatnya

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers