1 Aug 2012

Lepat Cendol


Assalammualaikum semua
Alhamdulillah...hari ni berkongsi lagi juadah ramadhan yang ke-12 saya disini semalam. Hari ni dah masuk ramadhan ke-13 dah kami di Finland ni.  Memang bulan puasa ni saya kerap buat kuih muih sebab memang saya dan suami gemar berbuka dengan kuih saja. Nanti bersahur baru kami makan nasi atau makanan yang berat sikit.

 Bila buat kuih ni teringatla kat mak kat kampung sebab dulu-dulu setiap hari di bulan puasa mak saya akan buat 1 hari 1 jenis kuih..so..kalau ada 30hari dapatlah merasa 30 jenis kuih yg mak buat. Memang seronok sgt masa tu sebab tiap hari ada jer juadah kuih dan juga dari jiran-jiran yang berbalas piring bila kami hantar kuih. Terasa meriah bila berpuasa mcm tu. Semua tu hanya tinggal kenangan saya dizaman kecil jer la..sekadar berkongsi cerita saja.

Oklah berbalik pada cerita kuih lepat ni pula...saya memang nak abiskan stok cendol tu sama tu sebab tercari-cari kuih apa nak dibuat dgn cendol tu. Nampak daun pisang yg dah lama dlm freezer tu barulah teringat nak buat kuih lepat ni. So..google jer la cari resepinya dan alhamdulillah sedap juga rasanya. Nak buat pun senang sangat dan bagi sesiapa nak mencuba bolehla mencuba.


Sumber : MakLong
Bahan-bahannya
1 bungkus besar cendol
3 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 cawan gula
secubit garam
3/4 cawan tepung ubi
2 helai daun pandan
daun pisang secukup nya..di layur dulu (Nieza kukus jer sekejap)


Cara memasak
1. Semua bahan-bahan di atas dicampurkan dalam periuk
2. Kemudian dimasak diatas dapur sekejap sehingga semua bahan masak dan pekat
3. Bila semua dan masak dan kelihatan pekat barulah dimasukkan cendol.  kemudian,
angkat dan buang daun pandannya.


cara-cara membuatnya
1. Ambil daun pisang kemudian sudukan 2 sudu adunan yang dimasak tadi.
2. Lipat daun pisang di kedua-dua hujungnya. Caranya sama seperti membuat lepat yg lain tu juga.
3. Bila siap membungkus bolehlah dikukus lepat cendol dlm masa 15-20 minit. Selamat mencuba.




24 comments:

  1. Assalam nieza, bila teringat puasa zaman kecil2 sungguh indahkan...semua manis belaka.

    Tak sangka ada juga lepat cendol, memang banyak idea utk menghabiskan cendol tu. nampak sedap n lembut je tu

    ReplyDelete
  2. As salam,
    ish3...menarik juga nie...sedap ye? x penah jumpa lgi lepat cendol mcm nie...tp nmpk menarik juga...:)

    ReplyDelete
  3. Asslmkum nieza.
    Rajin betul nieza ni. X terfikir nak bwt lepat cendol. Hehehe. .dah agak,kompem nak abiskan stok. Kan nieza kan, teringat zaman dl. Dulu2 mmg kuih muih tuk berbuka semua mak bwt sendiri. Bahagiannya hidup klu hari2 dpt mkn masakan mak. Huhuhuuuu

    ReplyDelete
  4. Rajinnya Nieza buat kuih... menariklah lepat cendol ni...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  5. Salam Nieza... senang ke daun pisang kat sana?? Macam kat Malaysia jer gaya nya.. esok mesti ada menu cendol lagi kan..hehhehe

    ReplyDelete
  6. assalam nieza..tak pernah tau pun cendol boleh dibuat lepat.
    pertama kali tengok ni..terima kasih nieza.

    ReplyDelete
  7. akak takpernah rasa lepat cendol..mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  8. Salam kak nieza! sedapnyerrr! boleh buat lah nanti sbb cendol kita ada lagiii! daun pisang kita pun bykkk lagi :D

    ReplyDelete
  9. Semalam 1st time tgk kuih jongkong, harini 1st time nampak lepat cendol. Bertambah pengetahuan kak zefa setiap kali dtg sini.. :D

    ReplyDelete
  10. Kakak tak pernah terfikir dan makan lepat cendol nie Nieza. Kreatif betul kan yg mereka-cipta ieda ini. Kakak dah teringin dah.

    Daun pisang beli ke Nieza kat sana?

    ReplyDelete
  11. salam selamat bepuasa yeee menarik...betul tu bulan posa mcm2 kuih kita jumpa..salah satu bg ank skrg tahu kuih lama ni...nak juga try lepat cendol...biasa mkn nagasari cendol je....

    ReplyDelete
  12. Salam, Nieza. Rupanya boleh juga ye cendol dijadikan lepat, mesti sedap tu, nampak pun dah tahu sedapnyaaaaaaa..

    ReplyDelete
  13. 1st time tengok... macam sedap je (^___^)

    ReplyDelete
  14. nampak menarik ...sesuatu yg baru bg akak.nnt aklu dtg kerajinan ,boleh cuha hehehe..

    ReplyDelete
  15. Salam Nieza.suka masuk dapur Nieza bulan Ramadan ni sbb mcm2 kuih ada....akk puasa thn ni baru 1 kali buat kuih...malas betul sbb akk sorang je yg suka kuih. dari cendol mcm2 kuih dpt buat...lepat cendol nipun nampak sedap...

    ReplyDelete
  16. memang tunggu nieza kuarkan resepi ni..hehehe..dari maklong rupanya..tengok dari bahan cam rasa tepung bungkus ye badan dia...nak cuba lah...:) eh sana ada juga jual daun pisang ek..:)

    ReplyDelete
  17. aslmkum nieza.. dah lama berangan nk buat.. tpi tak pernah menjadi.. hihihi..nmpk sedap sungguh!!

    ReplyDelete
  18. akak x pernah mkn ni nieza
    nampak sangat sedap sekali.
    daun pisang tu sure mahal kan :)

    ReplyDelete
  19. Aslmkm Nieza..dah buka lom? nak tumpangbuka leh x? dah bersil adahni..ehheh

    ReplyDelete
  20. wahhh....xpenah taw pon ade kuih ni..cam sedap..

    ReplyDelete
  21. nieza cygg..akk pun x pernah mkn lepat cendol tue..dh di show mcm tue..bertambah2 selera tgok..:)

    ReplyDelete
  22. satu resipi baru ni.Insyallah boleh cuba.

    ReplyDelete
  23. hai Nieza rajin nyer..orang mesia bnyak daun pisang pun tak daya nak lepat melepat nih..nekcik lah tu!!!

    ReplyDelete
  24. 1st time tgk lepat cendol..nnt bleh cuba..mst sedap ^^

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers