31 Jul 2012

Kuih Jongkong Mangkuk


Assalammualaikum semua
Alhamdulillah dah 11 hari dah berpuasa...hari ni masuk hari ke 12. Sekejap jer masa berjalan sekarang ni. Juadah berbuka hari ke 11 puasa semalam saya buat kuih Jongkong. Agak lain dari yang lain sikit kuih ni dan jarang-jarang kita jumpa. Saya suka mencuba kuih yang belum pernah dicuba lagi. So..bila nampak Mas sharekan resepinya, hati memang rasa mcm nak mencuba jer. 

Nampak dari jauh mcm tepung pelita tapi ada gula melaka di lapisan bawahnya..agak menarik dan rasanya sangat sedap.Kalau bubuh dalam daun pisang lagi sedap lagi rasanya ni. Tapi buat versi org merantau ni guna mangkuk jer la yer.

Oklah bagi sesiapa nak mencuba buat bolehlah mencuba. Terima kasih Pada tuan empunya resepi asal kak Fida, Mashitah Mas dan semua yang telah berkongsi resepi. Izinkan saya sharekan disini pula.


Kuih Jongkong Mangkuk

Bahan :
 24 mangkuk plastik 100ml 

Untuk Lapisan Bawah :
 gula melaka secukupnya dihiris2 halus atau gula merah

Adunan Hijau :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - Mas guna tepung jagung (nieza pun guna tepung jagung)
5 cawan santan cair = ( 100 ml KARA + air )
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur

Adunan Kuning :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - Mas guna tepung jagung (nieza pun guna tepung jagung)
5 cawan santan pekat = ( 400ml KARA + air )
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning


Cara membuat :
 1. Letakkan 1/2 sudu besar hirisan gula melaka @ gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan.
2. Campur kesemua bahan hijau,kacau sebati, tapis, kemudian masukkan kedalam periuk dan masak hingga hampir pekat dengan api yg kecil..sentiasa kacau hingga adunan pekat dan likat serta licin atau berkilat dan boleh tutup api. Memang agak letih sikit nak mengacau sebab mengambil masa lama.
3. Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk yang berisi hirisan gula melaka dan kukus hingga gula mencair dalam 8 minit.
4. Sementara itu, campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat, sama seperti adunan hijau tadi dan matikan api.
5. Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15 min.
Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.


16 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza,

    wah kuih jongkong modern dn terkini...biasa dlm daun pisang...hahaha cantiknya warna tu Nieza...pagi2 kak Nur dh lihat kuih yg cantik dari blog Nieza nie...hehehe.Leceh tk nk membuatnya??

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nieza..wah.. nampak cantik n menyelerakan.. laju2 erma datang bila tgk kat tingkap kuih jongkong.. ha ha ha memang tak pernah jumpa apa lagi membuatnyer.. tgk bahan ala2 tepung pelita.. dapatlah bayangkan.. sedapnyer makan sejuk2 nyaman lalu kat tekak.. kalau dekat nak erma join sama he he he

    ReplyDelete
  3. Asslmkum Nieza..
    Letak dalam mangkuk pun cantik jg..Nampak la colourfulnya tu..Heeee

    Nieza pasan tak...Kebanyakan menu puasa nieza colour hijau..Heheheee...Bleh buat Tema ramdhan + tema raya nih..(^_^)

    ReplyDelete
  4. Assalam Nieza..
    akak baru je nak komen kuih hijau kuning dari pisang kat bawah tu... sekali masuk2 nampak plak kuih hijau kuning ni pula... hehehe.. menarik warnanya... akak pun ada gak simpan resepi kuih jongkong tp yg versi daun pisang tu.. tak terbuat2 lagi nampaknya sebab utama malas nak beli daun pisang.. hehe.. slmt berpuasa ye Nieza... kat Malaysia ni baru masuk hari ke 11 puasa hari ni...

    ReplyDelete
  5. As salam Nieza,

    First time dgr nama kuih ni! Nampak pun sedap lagi2 org yg kreatif mcm Nieza yg buat! :))

    ReplyDelete
  6. Buat dua lapis ni nampak cantik. Tapi itulah kena rajin kalau kakak memang tak rajin..

    ReplyDelete
  7. terlior sudah... sabawwww....

    ReplyDelete
  8. bahan dia mcm bhn tepung pelita tp mesti lg best rasa dia sbb mkn ngan gula mlaka..

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum Nieza,

    Kak nita pon suka kuih ni tapi tak penah buat sendiri lg ...nnt nak cuba gak la...

    ReplyDelete
  10. assalam nieza..acik tak pernah makan kuih jongkong ni..insyaallah nanti nak cuba buat ikut resepi yang nieza kongsikan

    ReplyDelete
  11. Salam kak nieza!! sedapnyerrrrrrrrr!! kuih ni lagi sedap dr som som kan kak :D nanti nak buat jugaklah, hari2 menu kita ada kuih hihihi...

    ReplyDelete
  12. Sedapnya kuih jongkong....Nieza! Memang membuka selera ni... lagilah yang sejuk...buat buka puasa! 2 mangkuk rasa tak cukup ni.

    ReplyDelete
  13. salam Nieza..kat mesia ni pun susah nak dapat kuih jongkong tradisional tu..yg berbungkus daun pisang ..dulu dulu arwah mak Nekcik slalu buat..lagi satu makanan feberet puasa..kuih nagasari..mcm jongkong tapi kita bubuh pisang yang ranum ..bungkus daun pisang da kukus..sedaaap

    ReplyDelete
  14. 1st time tau dan nampak kuih jongkong ni.. Nampak sedap.. :-)

    ReplyDelete
  15. kak nieza...
    tima kasih sudi mencuba..
    sedapkan kuih nie..
    cantikk kuih akak..
    berseri2 jerk warnanya...

    ReplyDelete
  16. nieza pun dah cuba ye..kita ni yo yo oo je nyalin resepi tapi tak cuba pun lagi..ingat nak buat hari ni...tapi malas lak..hehehe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers