Assalammualaikum semua
Nak sharekan kuih yang saya buat hari sabtu lepas ni. Baru berkesempatan nak sharekan kat sini. Kuih talam ni buat untuk dibawa ke majlis berbuka puasa di pejabat kedutaan Indonesia kat sini. Kebetulan setiap hari sabtu di pejabat kedutaan Indonesia ada buat ceramah agama, majlis berbuka dan sambung dengan solat terawih.
Alhamdulillah seronok dapat berkumpul bersama saudara Islam disini. Malaysian kat sini tak ramai sangat orang Islam so...tak dapatlah nak buat solat terawih bersama Malaysian disini selalu. Cuma boleh diadakan sekali jer la nanti. Hari biasa kami solat di masjid yang berdekatan dengan rumah masing-masing saja.
Oklah ceter n3 hari ni pula, resepi kuih talam pisang ni saya ambil kat dapur kak Yatie. Saja saya lebihkan sikit adunan pisang tu sebab nak abiskan stok pisang yang dah masak tu. Walaupun agak lembik sikit tapi kuih ni sangat sedap...terima kasih pada kak Yatie kerana berkongsi resepi kuih ni...saya sharekan kat sini pula yer:D
Sumber: Kak Yatie

Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang bulat 9 inci
- 3 1/2 cawan santan cair
- 1 1/4 cawan tepung beras.
- 1/2 cawan tepung gandum.
- 1/2 cawan gula pasir.
- Secubit garam.
- 1 cawan pisang lenyek. (Nieza lebihkan 1/2cawan lagi)
- sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:
- Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
- Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
- Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
- Bahan Utk Lapisan Atas:
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan)
- 3/4 cawan tepung gandum.
- 1/4 cawan tepung jagung.
- 1/4 cawan gula pasir.
- secubit garam.
- Sedikit pewarna hijau
Cara-caranya:
- Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
- Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
- Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.
- kuih talam pisang yang dipotong ni la yang saya bawakan ke majlis berbuka puasa hari tu.
alahai kak nieza...cantiknya kuih talam pisang ni... hari tu sy buat lapisan atas tu putih...kalo buat hijau camni lagi cun... potongan kuih ni kemas je kak... bab potong kuih talam ni saya memang fail...kena practice lagi... selalu sememeh je bila dipotong.
ReplyDeletesalam kak nieza..selamat berbuka..rajin tul buat kuih talam hehe
ReplyDeleteassalam nieza..sedapnya talam pisang..Dah ramai kawan2 blogger wat talam ni, cuma kak lina jer lom sampai seru..cam tak konpiden jerrr
ReplyDeletealahaiii.. dah lah cantik paras rupa..pasti rasanya pun begitu... cantik je you potong dia nieza.
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeleteCantik lapisannya...rasanya pasti sedap...
salam
ReplyDeletetak pernah makan lagi talam pisang mcm ni..harus dicuba..!!
Warna yg cntik, rupe yg menarik n tekak ni plak yg tetarik....alahai,...dugaan pose :-)
ReplyDeleteAs salam. Salam kenal dari Azie Kitchen. Saya pun suka buat kuih Talam di bulan puasa ni. Senang penyediaannya.
ReplyDeleteAs'salam Nieza
ReplyDeletek.ct dah berapa kali ke pasar tani cari buah pisang berangan tak ada. tulah ingat nak juga buat pengat pisang atau kuih2 yang ada pisang semua tak ada..yang ada pisang nipah aje. lama juga tak menalam ni, pulak anak2 bulan puasa suka puding atau agar2 aje berbanding kuih ni.
salam syg nieza,
ReplyDeleteakk pun sama n fnf..klu tang potong tu yg x menjadi jew..haru btl..he hhee x tau camner nk gayakanya..x leh kemas..tu yg akk suka buh dlm acu..he hhee x yah potong..cantik kombinasi color tue nieza..suka tgk:)
Assalam nieza, sedapnya talam pisang tu, ada juga ek pisang kat situ heheh
ReplyDeletesalam nieza..mesti sedap tu kan..acik suka aklau kuih ke talam ke yang ada pisang
ReplyDeletekuih talam pisang sangat2 menggamit selera.. akak memang peminat pisang..
ReplyDelete