29 Jul 2012

PUDING CENDOL GULA MELAKA


Assalammualaikum dan salam ramadhan
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke10 kami berpuasa disini. Semakin hari masa semakin berganjak. Setiap hari masa berbuka akan berkurang 2-3minit awal dari masa kami berbuka diawal waktu puasa hari tu. So..waktu berpuasa selama 20jam juga akan menurun sedikit tapi sama jer la rasanya masib di waktu yang panjang lagi.

Ada yang bertanya mcm mana solat terawih pada waktu yang singkat ni. Jawapannya.. kami kat sini solat mcm biasa berjemaah di masjid juga tapi hanya dibuat 8rakaat dan campur witir saja. Solat pun kena cepat. Memang saya agak hairan juga bila pertama kali join solat terawih kat sini bila Imam membaca dengan cepat dlm solatnya. Biasanya abis solat terawih dan saya sampai umah dekat 12.45mlm dah. Manakala subuh pula dekat jam 3pagi dah sekrng ni so..sempatlah prepare msk bersahur pula. gitulah cabarannya.

Oklah sebelum beradu nak sharekan puding cendol yang saya buat juadah berbuka pada hari ke8 yang lepas. Agak kurang jelas sikit warna cendol tu sebab saya simpan dlm air dan maybelah sebabkan tu la pudar sikit. Nak abiskan stok cendol hari tu yang buat puding ni. Resepi ambil kat fb tapi saya buat 1/2 adunan saja dr resepi asal. Terima ksih pada penyumbang resepinya juga. izinkan saya berkongsi disini pula.


PUDING CENDOL GULA MELAKA
sumber: fb Maamon hj mohamad
Bahan untuk lapisan bawah:
120 gm agar-agar yang telah di rendam 
Seliter air
200 gm gula Melaka
Bahan-bahan lapisan cendol:
120 gm agar-agar yang telah di rendam
750 ml air
250 ml santan
120 gm cendol
Sesudu teh garam halus



 Cara-cara memasaknya:
Untuk membuat lapisan bawah: masak agar-agar bersama air dan gula Melaka sehingga larut.
Setelah larut tuang kedalam bekas atau acuan pilihan dan sejukkan.
Untuk membuat lapisan cendol: didihkan air bersama agar-agar sehingga larut.
Kemudian masukkan santan, gara dan cendol, kacau rata.
Setelah siap dikacau rata, tuangkan di atas lapisan bawah yang telah disejukkan tadi.
Sedia untuk dinikmati setelah disimpan didalam peti sejuk.


17 comments:

  1. Salam Nieza...
    Cantikkkk..dan sudah semestinya sedappp...lemak2 manis + sejuk = mmmmm....

    ReplyDelete
  2. Cabaran nya berpuasa selama 20 jam... waktu yang tak berpuasa cuma 4 jam je...
    kami di Chiba pun subuh masuk pukul 3 pagi tapi wktu berbuka sma di Msia jam 7 gitu. Bestnye menikmati puding waktu berbuka... cendol tu akak buat sendiri ke?

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa...cantik betul rupe bentuk puding tu, geram plak rasanya mcm nak kunyah2 je hihihi dugaan pose :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nieza

    wah panas2 nie sedap dimkn waktu berbuka...kat sini panas aja...

    ReplyDelete
  5. nampak sedap.

    tapi,syafa cuma suka masak lauk pauk,kalo puding2 kurang sket nak buat.selalu x jadik..haha..

    nak tanya,raya sana ke?

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap gila, ni ala-ala Nagasari Cendol kan cik?

    ReplyDelete
  7. menarik sungguh bunga2 puding tu...

    ReplyDelete
  8. Cantiknya puding!
    Thanks berkongsi resepi... dan thanks juga sbb follow blog kite.
    Duduk overseas eh?. Area mana tu?? ;)
    Ok take care..

    ReplyDelete
  9. cantiknya...sayang pula nak makan hehe

    ReplyDelete
  10. memang cantik dan ku tertarik kejadiannya..

    ReplyDelete
  11. Assalam Nieza, salam ramadahn dari singapore buat nieza & hubby..
    cantik puding cendol nieza ni..terasa nak ambil aje seketul pakkalah puasa ya..hehe

    ReplyDelete
  12. Salam Nieza...kat sini cuaca sangat panas memang sedap kalau dapat makan puding,sejuk kat tekak.

    ReplyDelete
  13. As salam Nieza,

    Rajinnya! Marya sgt2 kagum dgn Nieza tau! Bilalah agaknye kite boleh bersua ye :))

    ReplyDelete
  14. salam nieza cyggg..
    mmg mencabar btl waktu berpusa kt sana kan..mcm spanjg hari berpusa ..rest 4 jam jew..x per lpasnie mesti cute n tomeiii lg adik akk nie..he hhe akk jew pose x turun2 berat badan..he hhe cantik puding tue..mcm nk amik seketui..wahh ckp penang lg tue.:) he hheee slamat berbuka dan slamat berpuasa nieza.

    ReplyDelete
  15. Salam.. Cantik hasil puding ni.. Nieza boleh tak Nur nak tengok acuan puding ni.. Teringin nak beli sendiri. Cantik sangat.. :)

    ReplyDelete
  16. Salam Nieza. puasa 20 jam mmg cabaran tambah cuaca panas skrg....wpun mencabar moga Nieza dpt menjalani Ramadan dgn sebaiknya.
    cantik puding cendol tu....bunga ros....menawan..

    ReplyDelete
  17. assalam nieza..berbaloi buat cendol...siap boleh buat talam sekali

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers