19 Jul 2012

Summer Trip 2012 (Venice, Italy) Part 2

Assalammualaikum
Sambungan dari cuti summer trip Venice part 1 yang lepas...iaitu semasa cuti-cuti europe pada bulan Jun 2012 baru ni jer. Baru berkesempatan nak nak sharekan kat sini. Bila ada masa terluang ni bolehlah n3 kan dulu untuk simpanan kenangan dan rujukan pada mereka yang tercari-cari info untuk bercuti ke Venice, Italy nanti. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapatlah membantu.


Kota Venice yang terletak di timur laut negara Itali. Kota yang dikenali dgn nama ‘The City of Water’ ini adalah antara yang tercantik di seluruh dunia dan terkenal kerana keunikkannya kerana dikelilingi air dan senibina bangunan yang klasik. Keindahan lagun dan suasana romantis adalah tarikan utama pelancong untuk datang melawat kota ini


Kota Venice juga adalah tempat asalnya seorang tokoh pelayaran Itali yang terkenal iaitu Marco Polo. Marco Polo adalah seorang pedagang yang telah mengembara ke sejumlah besar negara di rantau Asia. Nama beliau banyak disebut di dalam buku-buku ilmiah sebagai orang yang telah menghubungkan Eropah dan Asia Tengah dan China.

menariknya bila sampai ke Italy ni adalah shopping handbag kulit la...memang menarik dengan pelbagai aneka corak dan warna. memang rambang mata juga dibuatnya.

sempat jugalah beli buah tgn untuk ibu mertua dan kakak ipar sebagai tanda kenangan dari Venice.


disini juga, terdapat banyak gerai-gerai yang menjual topeng masqurade di sini. Ia sangat popular. Terdapat pelbagai corak dan rupa topeng-topeng ini.
seafood spaghetti




cuaca dah semakin mendung nak hujan...





























Suasana trafik di perairan Kota Venice ini memang sibuk kerana disini banyak menggunakan pengangkutan air. Inilah yang membuatkan kota Venice nampak semakin unik dan istimewa.




 Setelah 5jam berapa di kota Venice ni kami terpaksa melangkah keluar untuk meneruskan destinasi percutian kami yang seterusnya pula iaitu ke Milan. Kota Venice ini adalah sebuah Kota yang sangat cantik. Dapat dibayangkan bahawa satu masa dahulu ia merupakan satu kota yang sangat penting yang sibuk dengan aktiviti perniagaan.


sekian dulu cerita di Kota Venice...bersambung pada cerita diMilan pula nanti:D

20 comments:

  1. Cantiknya gambar2 akak.. Lain rupa Venice di musim panas ye. Memang cantik. Dulu pergi waktu winter 2009 memang tak cantik langsung. Gelap, gloomy & baru lepas banjir :P

    ReplyDelete
  2. puas cuci mata, tgk gambar pun jadilah

    kalau saya, sawan dah kat kedai beg tu hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Yong Nieza, cantik2 handbeg tu, warna menawan. Tapi menawan lagi spegeti dgn lobster tuh.

    Malaysia pun banyak sungai tp jarang digunakan utk pengangkutan sbb kalau sungai dlm bandar kita, kecik dan cetek.

    By the way, akak ada hutang hadiah utk Nieza kan? Satu ke 2 hadiah cendera hati?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nieza..

    Waa.. seronoknya dapat jalan-jalan dan melihat keindahan tempat orang..
    Seronok pula akak menatap setiap gambar yang Nieza kongsikan.. terasa macam berada di sana pulak!

    Akak mengambil kesempatan utk mengucapkan salam Ramadhan buat Nieza dan suami yang berada di perantauan..
    Semoga kedatangan bulan Ramadhan kali ini memberikan kerberkatan buat Nieza sekeluarga. Selamat Berpuasa ^_^

    ReplyDelete
  5. Cantiknya kota venice. Panas ke kat sana masa summer ni kak?

    ReplyDelete
  6. Murano glass! harus beli buat koleksi, saya punya simpan elok je kat msia tu. harap elok la lagi dlm kotak. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah...cantiknya pemandangan dan kotanya.Bilalah agaknya kak Zai dapat menjejakkan kaki ke sana. Lagi tergoda dengan handbags yang berbagai warna huhu...

      Selamat menyambut Ramadhan buat Nieza dan suami.

      Delete
  7. salam nieza cyggg..wahhh rindu dgn kamu nie..bestnya klu akk pun join skali..pestime tgk hubby nieza nie..x pernah tgk sblum nie..h ehehe ..

    ReplyDelete
  8. teringin nak naik gondola di venice..

    cantiknya handbag.. colorful! suka

    ReplyDelete
  9. huhu...rambang mata plak tengok beg...comei2 smuanya...hihi

    ***salam ramadan ...

    ReplyDelete
  10. dulu2 akak selalu confused antara venice dan vienna...
    venice dan vienna jauh x nieza :)
    harap sgt dpt sampai thn ni...InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. adduii geram tengok beg tangan tu nieza...semua warna cantik2 belaka..lepas tu design simple2 je..kita suka..:)

    sedapnya tengok spageti tu...mesti sedap dpt makan yg asli :)

    dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat nieza sekeluarga...:)

    ReplyDelete
  12. As salam Nieza,

    Baru sempat nak mejenguk ke sini... Cantik nye... Teringin nak ke sana... Moga2 adalah rezeki dpt menjejakkan kaki ke situ...insya'ALLAH... Doakan ye Nieza, ni amik aura awak ni..hehehe...

    Selamat berpuasa juga! Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua... Jom collect pahala byk2 di bumi org ni :))

    ReplyDelete
  13. Cantiknya Venice. saya tak penah ke sana. Selamat berpuasa ye.

    ReplyDelete
  14. gmbr yg cun n mabeles...handbag tu lawa2 la

    ReplyDelete
  15. 1st time smp blog ni....gambr cun n mabeles...beg2 tu sgtla menarik hati

    ReplyDelete
  16. meant cantik handbag...mereka..Buat Hati tertawan.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum...nieza...sy aiza...nk.minta jasa baik n ptolongan nieza...kami akan ke Milan...venice n Rome...awal oktober ini..sebenarnya kami tercari2 hotel venice ni...bleh x nieza reply msg aiza ini melalui email atau wasup?..thankssss...019 2209828

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...nieza...sy aiza...nk.minta jasa baik n ptolongan nieza...kami akan ke Milan...venice n Rome...awal oktober ini..sebenarnya kami tercari2 hotel venice ni...bleh x nieza reply msg aiza ini melalui email atau wasup?..thankssss...019 2209828

    ReplyDelete
  19. Macam sedap jer makanan dia... huhu...

    Tak sabar-sabar nak pergi Italy November akan datang ni....

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers