19 Jul 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433H


Assalammualaikum wbt
Selawat dan salam ...Syukur alhamdulillah kerana diberikan kesempatan lagi bertemu bulan Ramadhan yang mulia ini. Kami di Finland ni, akan mula berpuasa pada esok hari 20hb Julai 2012 bersamaan dengan hari Jumaat yang mana tarikhnya awal sehari dari Malaysia. 

Bersempena di bulan yang baik penuh barakah ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua rakan-rakan blogger dan semua pengunjung blog our journey begins ni.  Mohon maaf sebab kebelakangan ini saya jarang dapat bw dan singgah ke blog kawan-kawan semua tapi ingatan mesra tetap berkekalan selamanya.

Tahun ni, kami sambut kedatangan ramadhan dengan masa berpuasa yang agak panjang yang mana waktu imsak disini pada 1 Ramadhan jam 2.24pagi dan waktu maghrib pula pada jam 10.23malam. Walaupun puasa pada tahun ni merupakan tahun yang agak mencabar untuk kami disini  berpuasa kerana bulan ramadhan tahun ini jatuh pada musim panas tapi ini bukanlah menjadi halangannya. Semoga  sentiasa diberikan kesabaran dan ketabahan dalam melalui cabaran dan dugaan untuk menjalani ibadah puasa disini..InsyaAllah.

Jika ada kesalahan dan khilaf  baik yang sengaja ataupun tidak sengaja saya mohon maaf. semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dariNya...amin.

19 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza sayangggg...
    selamat menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini... sudah semestinya ada perbezaan suasana berpuasa di rantau orang dengan di tanahair sendiri kan Nieza...moga Ramadhan 1433H kali ini lebih bererti buat Nieza & suami.

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum Nieza,

    selamat berpuasa dan beribadah dibulan Ramadhan yg mulia ini... panjang sungguh waktu berpuasa disana ya... cabaran berpuasa dirantau, muga Nieza tabah menhadapinya.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Nieza.

    Selamat menjalani ibadah puasa ya. :)

    ReplyDelete
  4. Asslmkum Nieza.
    Selamat Berpuasa juga dari sue. Semoga ramadhan kali ni kita dapat beribadat sebanyak2nya..dan semoga mendapat kerahmatan dariNya.

    ReplyDelete
  5. as-salam sis..
    salam ramadhan al-mubarak buat sis dan keluarga juga ya, semoga kita sama2 dapat mengerjakan ibadah puasa dalam kesihatan yang baik..insyaallah..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Nieza yang jauh dimata dekat dihati... Selamat menyambut ramadhan dan menjalani Ibdat Puasa.. kami di malaysia akan mula berpuasa pada 21 Julai 12 hari Sabtu bersamaan esok.. Alhamdulillah akak dah awal memulakannyer.. Semoga dengan kehadiran ramadhan tahun ini akan lebih bermakna .. akak jemput datang umah n ambil kad he he he

    ReplyDelete
  7. salam kak nieza.. selamat berpuasa buat kak nieza dan family di sana ya ... panjangnya masa puasa sana.. semoga mendapat keberkatan di bulan ramadan yang mulia ini.. :))

    ReplyDelete
  8. seronoknyaa berpuasa di perantauan kan ;)

    salam ramadhan al mubarak dik ..
    semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan tahun ini .. insyaallahh ;)

    ReplyDelete
  9. Hi Nieza, drop by to wish you Selamat berpuasa. Take care and have a nice day.

    ReplyDelete
  10. Selamat Berpuasa Niezza...

    ReplyDelete
  11. Salam ramadhan dan selamat berpuasa pada Nieza sekeluarga, semoga diberi kekuatan fizikal dan mental dalam menyempurnakan ibadah puasa disana.. lama tu 20 jam.. kesian dengan anak2 jer kan... :D

    ReplyDelete
  12. Salam Nieza,
    Salam Ramadan jugak buat Nieza sekelaurga, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan insyaAllah!.

    ReplyDelete
  13. Assalam Nieza..Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..

    ReplyDelete
  14. salam Ramadhan buat Nieza sekeluarga..selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Nieza

    Selamat berpuasa dan salam Ramadhan dari kak ita buat Nieza dan keluarga.
    Semoga kedatangan Ramadhan pada tahun ini memberikan keberkatan, di berikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani nya dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran..

    Selamat menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete
  16. slmt mnymbt rmdhn al-mubarak.. ldy mhn keampunan dr hujung rmbt ke hujung kuku kaki.. smg rmdhn kli ini jauh lbh baik dr sblm2nyer.. ameeenn..

    ReplyDelete
  17. Slm ramadhan dan slmt bpuasa :-)l

    ReplyDelete
  18. Salam Ramadhan juga buat Nieza. Nur juga mohon maaf andai ada silap dan salah.. Tak mengapa, kami faham. Nanti bila ada masa terluang, jenguklah blog kami ye..

    Take care dan selamat menjalani ibadah puasa di perantauan.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers