27 Jul 2012

TEPUNG PELITA


Assalammualaikum
Selawat dan salam di hari Jumaat penuh barakah. Syukur alhamdulillah hari ni dah hari ke-8 kami berpuasa di bumi Finland ni. Terasa cepat sangat masa berjalan dan tak sedar nanti ramadhan akan tinggalkan kita. Terasa rugi pulak kalau kita tidak merebut peluang untuk beribadat sepenuhnya dibulan yang mulia ini kerana ganjaran pahalanya terlalu banyak. Bukan setakat berpuasa untuk menahan diri dari lapar dan dahaga tapi adalah untuk menunaikan ibadah yang yang lain juga.

Terima kasih pada yang sudi singgah ke sini..mohon maaf saya belum berkesempatan nak berkunjung balas lagi. Semalam satu hari saya kesibukan memasak tempahan makanan untuk jamuan lunch di rumah TYT Duta. Dari jam seawal 2pagi selepas subuh saya dah mulakan operasi memasak sehinggalah jam 5pagi baru selesai. Tido sekejap dan jam 9pagi dah kerumah duta untuk sambung bantu memasak dan hidangkan makanan disana pula sehinggala selesai lunch jam 3ptng tu baru saya balik. Lunch tu dibuat hanya untuk yang bukan muslim saja. Bila balik memang keletihan sgt tapi sayang pula nak tinggal solat terawih berjemaah saya pergi jugalah.

Oklah berbalik pada n3 hari ni nak sharekan kuih yang saya buat 2 hari lepas. Baru berkesempatan nak sharekan kat sini. Ramai juga yang buat kuih tepung pelita ni. Resepi ni intai kat daput Izah Daut. Saya buat 1/2 adunan saja tu pun dah banyak untuk 2 orang mkn. Tak nak la membazir buat banyak-banyak.. tu sebab kalau masak kena buat utk 1/2 adunan saja. Kalau ada jiran muslim bolehla bagikan tapi masing-masing dok jauh pula. Kuih versi org merantau gini jer la bubuh dalam bekas sebab tak ada daun pandan. Kalau bubuh dalam daun pandan lagi sedap la kan harum jer baunya. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi ni. Saya kongsikan disini pula.


Resepi Kuih Tepung Pelita
sumber resepi: kak Yani @myRIzah Daut
Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan
NOTA dari Izah: ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. 

21 comments:

  1. Nieza. . Buh dl bekas pun tetap sedap jg. Hr tu tgk kat berita ttg negara2 yg waktu siangnya pjg. Bagaimana mereka mengharungi bulan ramadhan.Teringat nieza kat sana yg berpuasa pjg. Besar dugaannya tu kan.

    ReplyDelete
  2. sedap tuh tepung pelita...=)
    kalau letak dalam peti ais..lg sedap..makan sejuk2

    ReplyDelete
  3. Slmt berpuasa Nieza. bulan puasa ada xtvt masak juga, akk ingatkan utk berbuka...rupanya lunch utk non muslim.kuih pelita antara favorit buat berbuka...sedapp.nampak cendol kat bawah tu...nyamannya...

    ReplyDelete
  4. Salam nieza....sedapnya akak tgk tepung pelita nieza, letak dlm fridge lg sedap....nie antara kegemaran akak...hari2 abg akak beli, nk masak x sempat.....akak doakan nieza banyak bersabar dengan masa berpuasa yg panjang di sana...SELAMAT BERPUASA

    ReplyDelete
  5. salam Nieza
    kalau Nieza buat dlm bekas pun nampak cantik je
    selamat berpuasa Nieza ya walaupun skrg ni siang yg amat panjang,terpaksa diharungi jugak,anak akak yg sulung masih ada sorang lagi kt UK belum balik kesian jugak dengar ia ckp kdg sampai lesu menunggu utk berbuka

    ReplyDelete
  6. Assalam nieza, sedapnya tepung pelita tu bekas pun cantik

    ReplyDelete
  7. Salam ramadhan almubarak Nieza sedapnya akak tak pernah buat lagi kuih tepung pelita ni

    ReplyDelete
  8. Assalam Nieza.
    Selamat berpuasa.
    Kuih tepung pelita ni mmg fav sis...setiap kali puasa mmg selalu beli kuih ni.Tahun ni belum lg beli ingat nak buat sendiri...tapi tak buat2 lg.hehehe

    ReplyDelete
  9. Selamat pagi Nieza,
    tepung pelita memang kuih kegemaran kakak! Ramadhan ini memang cadang nak buat, tapi belum terlaksana... sedapkan Nieza!

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan nieza. Insyaallah harini bundo nak buat tepung pelita ni. Dah sana sini buat macam taksah kalau tak cuba hehe..

    ReplyDelete
  11. Salam Nieza,
    sedap nampak...nnt boleh cuba..

    ReplyDelete
  12. selamat berpuasa nieza..cantiknya tepung pelita nieza...mieza pun bercadang nak wat kuih ni..tp asek tertangguhhhh je...semalam nampak kak ita masam manis uat...tak tahan sungguhhhh!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Nieza,
    mmng kalau berbuka puasa mmng wajib ada tepung pelita ni.nyaman je lalu kat tekak masa berbuka...mcm biasalah kegemaran Hamka kaler ijau...yg putih tu dia takmo makan....kih3..

    ReplyDelete
  14. nk kena buat kuih ni nnt masa iftar ramai2 sbb ada request... thanx 4 the tips kak nieza

    ReplyDelete
  15. nasib baik dh rasa kalau idak mau terliur yg nieza puya ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nieza...kak Zai belum buat lagi cuma beli kat bazar Ramadhan.

      Delete
  16. kalau nak buat yang tradisional, agak-agak ada tak daun pisang kat Finland tu kak?

    ReplyDelete
  17. akak selalu beli je nieza..
    akak suka sangat kuih ni

    ReplyDelete
  18. suker2 hat ni dah buat 2 kali
    sejuk anak tekak gituew

    p/s::kaka nk blk for gud biler ekkk?

    ReplyDelete
  19. As salam Nieza,

    Como estas? eh tetiba nak speaking spanish...hahaha! :))

    Sibuknye kat sana... Ish, kalau kita tak tahulah nak buat mcmana kalau kena ke tmpt Nieza... mau fengsan! dahlah tak reti masak! hehehe... Take care...

    Balik raya tak??

    ReplyDelete
  20. Salam.. Cantiknya Nieza.. Kuih pelita sangat unik dan lain dari yg lain..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers