Assalammualaikum..
Bertemu kembali setelah sekian lama blog ni sepi tanpa n3...terpaksa sepikan seketika sebab tuan umah pergi bercuti mkn angin sekejap...:D Terima kasih pada yang sudi singgah sini. Saya pergi bercuti selama 8 hari jer mengembara sambil cuti-cuti dibumi europe. Perjalanan kami bermula dari Helsinki - Munich (transit selama 1jam) - Rome - Ventican City - Pisa - Florence - Venice - Milan - Frankfurt - Paris - Helsinki.
Alhamdulillah selamat sampai rumah pada hari sabtu yang lepas lagi tapi agak lemau nak updatekan blog ni. Dalam masa yang sama nak merehatkan diri sepuasnya dulu sebab masa bercuti tu memang tak cukup rehat. Orang bercuti nak rehatkan diri kan tapi saya bercuti menambahkan sakit pula. Apa nak buat sekali bercuti singgah byk tempat terus tu pasal la jadi mcm terkejar-kejar jer masa tu. Memandangkan mr.hubby keja susah nak cuti lelama sebab tu la kami plan bercuti mcm tu tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada juga kesulitan yang dialami tapi semuanya dapat diatasi. Sementara ada peluang lagi disini baik digunakan untuk tengok tempat orang ni sebab semua tempat ni dekat-dekat jer dari sini naik flight 2-3jam dah boleh sampai. Tapi kalau balik Malaysia nanti tak pasti ada ke tak peluang untuk berjalan mcm ni lagi sebab kalau dah keja nanti busy dan susah pula nak plan cuti bersama.
Actually, plan nak bercuti ke tempat-tempat ni dah lama dirancang dan kalau ikut perancangan tarikh tu lebih awal lagi tapi disebabkan tugasan keja mr.hubby terpaksa ditangguhkan ke tarikh bulan Jun. Bila dah masuk Jun cuaca dah panas kira dah masuk musim panas di semua tempat yang kami melawat tu. Masa musim panas ni pelancong pun bertambah ramai kira semua tempat yang kami singgah memang ramaila orang.
Bertemu kembali setelah sekian lama blog ni sepi tanpa n3...terpaksa sepikan seketika sebab tuan umah pergi bercuti mkn angin sekejap...:D Terima kasih pada yang sudi singgah sini. Saya pergi bercuti selama 8 hari jer mengembara sambil cuti-cuti dibumi europe. Perjalanan kami bermula dari Helsinki - Munich (transit selama 1jam) - Rome - Ventican City - Pisa - Florence - Venice - Milan - Frankfurt - Paris - Helsinki.
Alhamdulillah selamat sampai rumah pada hari sabtu yang lepas lagi tapi agak lemau nak updatekan blog ni. Dalam masa yang sama nak merehatkan diri sepuasnya dulu sebab masa bercuti tu memang tak cukup rehat. Orang bercuti nak rehatkan diri kan tapi saya bercuti menambahkan sakit pula. Apa nak buat sekali bercuti singgah byk tempat terus tu pasal la jadi mcm terkejar-kejar jer masa tu. Memandangkan mr.hubby keja susah nak cuti lelama sebab tu la kami plan bercuti mcm tu tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada juga kesulitan yang dialami tapi semuanya dapat diatasi. Sementara ada peluang lagi disini baik digunakan untuk tengok tempat orang ni sebab semua tempat ni dekat-dekat jer dari sini naik flight 2-3jam dah boleh sampai. Tapi kalau balik Malaysia nanti tak pasti ada ke tak peluang untuk berjalan mcm ni lagi sebab kalau dah keja nanti busy dan susah pula nak plan cuti bersama.
Actually, plan nak bercuti ke tempat-tempat ni dah lama dirancang dan kalau ikut perancangan tarikh tu lebih awal lagi tapi disebabkan tugasan keja mr.hubby terpaksa ditangguhkan ke tarikh bulan Jun. Bila dah masuk Jun cuaca dah panas kira dah masuk musim panas di semua tempat yang kami melawat tu. Masa musim panas ni pelancong pun bertambah ramai kira semua tempat yang kami singgah memang ramaila orang.
Perjalanan kami bermula dari Helsinki pada 1 Jun 2012 dengan menaiki flight Lufthansa airlines seawal jam 6.30pagi. Memang saya tak tido pun hari tu sebab waktu subuh kat sini masa tu seawal jam 2 pagi kemudian saya siapkan bekalan makanan dan jam 4 pagi kami dah bertolak untuk ke airport. Perjalanan dari Helsinki ke Munich lebih kurang 2 jam setengah. Transit di Munich selama 1 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Rome. Kami sampai di Rome pada jam 11.30 pagi waktu Rome yang mana lewat 1 jam dari Helsinki.
Selepas selesai check in hotel dan merehatkan diri sekejap kami ke restaurant kebab berdekatan untuk mengisi perut. Memang agak mudah mencari makanan halal di Rome ni kerana ramai orang Islam disini. Setelah selesai makan kami berjalan-jalan di sekitar bandar ni. Kemudian mr.hubby mengajak naik bas city tour bagi memudahkan kami utk tgk semua tempat di bandar Rome ni.
Rome atau nama tempatannya Roma adalah merupakan ibu negara Italy. Rome merupakan bandar tertua didunia yang kaya dengan nilai sejarah dan monument sejarah lama. Merupakan pusat peradaban manusia terawal dan pusat kepada agama kristian khatolik yang terbesar didunia.
setiap bangunan mempunyai sejarahnya tersendiri
salah satu jenis bas persiaran di bandar Rome ni
white house di kota Rome
Melihat kesan-kesan sejarah dengan senibina bagunan yang besar dan unik membuktikan tamadun Rom sangat hebat. Segala kehebatan hancur musnah akibat kerakusan pemerintah yang lebih mementingkan kekuasan daripada rakyat.
Castle Sant Angelo
St Peter Basilica di Vantican city.
Vantican city adalah merupakan negara lain dan bukan dibawah pentadbiran kerajaan Italy. Vatican city adalah sebuah negara yang terkecil didunia. .
Blue Dorm atau kubah biru St Peter Basilica . Rumah ibadat ini bukan sahaja digunakan untuk tujuan keagamaan malah menjadi tarikan pelancong.
bergambar kenangan di Piazza de Spagna - atau The Spanish Step dengan rakan sekerja suami yg bertugas di Rome iaitu En. Samad dan isterinya Lina. Seronok dapat jumpa Lina sekeluarga. Terima kasih kerana bawa kami berjalan dan layanan mesra kami disana.
ramai betul pelancong ketika ini
Piazza de Spagna - atau The Spanish Step terdapat banyak anak tangga yang menuju ke gereja Trinita dei Monti
singgah ke pejabat rakan setugas mr.hubby di pejabat kedutaan Malaysia di Rome sebentar untuk solat jamak zohor dan asar sebelum kami meneruskan lawatan ketempat lain pula.
destinasi seterusnya kami dibawa ke Castel Romano yang merupakan designer outlet terkenal di Rome yang memakan masa 45 minit dengan menaiki kereta ke tempat ni.
kawasan sekitar di dalam outlet...memang best shopping kat sini dengan harga barang yang lebih murah daripada harga dibutik yang berbeza sampai 50% daripada harga kat luar.
Sebelah malam pula kami dibawa oleh sahabat disana untuk melawat air pancur atau fountain terkemuka di Rome. Fontana De Trevi yang dikatakan amat luar biasa dan menjadi tarikan utama pelancong di Rome. Setiap hari siang dan malam orang sentiasa ramai disini. Ada yang mengatakan, siapa yang melontar syiling ke dalam pancuran ini dikatakan akan kembali kesini lagi untuk kali kedua.
sekian dulu cerita Rome dan vantican city buat kali ini bersambung pula pada part 2 pula nanti..InsyaAllah:D
owh puas tengok gambar.. :)
ReplyDeletebanyak betul gambar yg diambil.. ni pun dah ditapis dah..:)
DeleteAssalamu'alaikum Nieza.
ReplyDeleteTerima kasih keran berkongsi gambar2 dan catatan. Walaupun tak mungkin dapat pergi, dapatlah juga kakcik membayangkannya. :)
w.salam kak cik, sama-sama kita berkongsi cerita kak..memang saya pun sebelum pergi tak dpt nk bayangkan tapi ada juga buat rujukan tgk gambar utk dapatkan gambaran awal tempat ni:)
Deletecantik gambar2nya! bila tengok kesan2 dan baca sejarahnya mmg kagumkan! dari empayar yg besar skrg tinggal kesan sejarah je.
ReplyDeletewah x tau ada outlet yg lg murah! sangat penat jln kaki dlm bandar dia ni, naik turun tangga, sy pernah tertinggal camera waktu berhenti rehat, tp masih ada rezeki patah balik masih ada kat tangga. hihi..
tq As, ya memang kagum tgk kesan sejarah dekat sini. Penat berjalan tu memang tak leh ckp la dah blk sini 5 hari pun terasa penat lagi..hehe saya pun kawan kat sana yg bg tau dan tolong bawakan dapatlah shopping serba sikit kat outlet tu. alhamdulillah ada rezekila As dpt jumpa blk camera tu kan kalau tak syng la gambar kenangan dlm tu:)
Deletesalam niza
ReplyDeletebestnya, puas berjalan kan, baru je baca buku ceta pasal Rome & Turin, city of fashion
banyak ke memborong kat sana hehe
w.salam Tina, berjalan memang best Tina tapi penat berjln tu yg tak bestnyer..hehe ya betul memang city of fashion pun kalau shopping memang best kat Italy ni especially brng kulit. adalah shopping sikit-sikit bag kulit buat kenangan kat sini.
Deletesalam Nieza..
ReplyDeletealahai teruja nya tengok gmbar2 tu ,jadilah tak dapat pergi ke tempat nya tengok gambar pun rasa dah berjalan jugak kesana,bestnye kan meronda2 tempat orang sbb kalau dah balik M'sia memang tak kan ada waktu lagi utk berjalan kesana,so terlanjur disana jalan je puas2 Nieza selagi masih muda belia kaki pun masih kuat berjalan,akak selalu ke UK yg tak tahan tu berjalan banyak hahaha bila balik mesti kena urut kaki dulu hee
w.salam kak Noor, betul la kak blk Msia nanti belum tentu ada peluang mcm ni kan...insyaAllah kalau ada rezeki dapatlah jln lagi nanti. org muda ni pun sakit kaki juga kak Noor...berhari-hari juga baru nk hilang sakit ni..hehe
Deletesalam kak nieza.. seronoknya jalan2 bertuah badan.. seronok tgk gambar2 akak ni.. bila la ita berpeluang ni..
ReplyDeletew.salam Ita, alhamdulillah dgn rezeki yg ada ni dapatlah berjalan tgk tempat org ni Ita..insyaAllah ada rezeki nanti sampaila Ita ke sini pula:)
Deletebestnya sis......
ReplyDeletetq dear:)
DeleteSalam Nieza..amboi seronok jalan2 tengok tempat orangkan....x dapat p,dapat nengok gambar pun jadi lah.TQ kerana berkongsi...
ReplyDeletew.salam kak Iza, ya kak alhamdulillah dgn peluang ni dptlah tgk tempat org...mana tau ada peluang akak pula nanti kan..sama-sama kita berkongsi pengalaman ya:)
Deletesalam kak nieza...hwaaaa...terpaku seketika melihat gambar2 percutian kak nieza
ReplyDeletew.salam FnF, kalau pergi tgk sendiri dari terpaku fnf..:)
DeleteWow! bestnya.. Nieza cayangggg... seronoknya... terima kasih berkongsi info.. tak pernah kesana.. masuk blogs sini terasa macam turut berada sama di Italy.. hehehhee...:))
ReplyDeletetq kak sha cayang!..miss u sis!!..ya saya nak bawa akak jln sekali tak dapat saya bawa akak tgk gambar jer la sambil akak imagine akak disana la kiranya tu...hehe sama-sama kita berkongsi pengalaman kak..ada rezeki nanti sampaila akak pula ke sana tu nanti:)
DeleteSalam Nieza..
ReplyDeleteTerima kasih kongsi gambar-gambar kat sana...bolehlah Kak azi cuci mata ..yelah nak kesana tu...tak tau bilakan...tah2 tak sampai langsung...he..he..
w.salam kak azi, sama-sama kak...ya la rezeki masing-masing hanya Allah saja dpt tentukan.saya pun tak pernah pun mimpi nak ke tempat ni tapi tu la dinamakan rezekiNya kan..alhamdulillah. mana tau satu hari nanti anak akak study atau keja sana akak pun ada juga peluang nk melawat kan..:)
Deleteassalam nieza..terima kasih..menarik..dan cantik2 gambar yang dikongsikan
ReplyDeletew.salam acik, sama-sama kasih...tq sudi baca cerita jlnx2 mkn angin saya ni:)
DeleteSalam nieze..bestnya ...dpt tengok tempat orang..tak berkedip mata nie tengok photo photo..:)
ReplyDeletew.salam kak, yer kak... best dpt peluang jln mcm ni..:)
DeleteSalam kak Nieza..seronoknya dpt jln2..bila lah agaknya yana nk smpai sana..hmm..smpai dlm mimpi je laa hihii..cantik semua gmbar..suka tgk ^_^
ReplyDeletew.salam yana, insyaAllah ada rezeki nanti sampai la Yana pula ke tempat ni..tq dear:)
DeleteSalam Nieza...lain kali nak jalan2 bawa akak sekali yea...hehehe
ReplyDeletew.salam Kak, itulah nak bawa juga tapi saya pun org yg bawakan...hehe
DeleteWahh bestnya jenjalan..
ReplyDeletePatutla lama tak dengar cerita kat sini.
Wahh...bestnya jenjalan sana..
ReplyDeletePatutla sunyi tak de cerita ;-)
tu la Cik Yong sunyi sepilah sekejap sebab tuan umah cuti mkn angin sampai kembung..hehe
DeleteHai Nieza cayanggg... walaupun Nieza kata bercuti 8 hari aje tapi tengok gambar dari atas sampai ke bawah memang berbaloi2... macam cuti berminggu2 pulak!
ReplyDeletetq kak Amie cayang, memang berbaloi pun dalam masa 8 hari tu memang jadual penuh berjalan dari pagi sampai larut malam tu pun tak semua tempat dapat singgah kak.
DeleteSalam Nieza. bestnya Nieza dpt bercuti ke sana....cantik tempatnya dan byk kesan peninggalan sejarah.betul tu Nieza dah dkt , rugi tak kesana...balik Msia susah nak jln2 gini...kospun mahal.
ReplyDeletew.salam mama, ya memang tempat ni byk tinggalan sejarahnya. betul la mama selagi ada peluang utk jalan ni baik la jln kan dpt la tgk tempat org ni kalau blk Msia memang mahal pun nak jln ke tempat mcm ni belanja RM lagi ler terasa mahalnya.
Deletewaktu ni memang panas kan itali..kami dulu balik, burn abis..hehehe...
ReplyDeletebetul la hajar, memang panas betul masa ni...kulit memang kena sun burn abis dah la kulit sedia gelap lagi ler rentung jadinya ...hehe
DeleteSalam.. Apa khabar Nieza? Wah puas menatap gambar2 yang indah dari blog Nieza ni.. No wonder lama tak update.. Sure gambar waktu percutian tempoh hari, penuh 1 folder.. :D ( ikut pengalaman sendiri.. :) )
ReplyDeleteKami tak dapat ke sana pun tak mengapa, sebab dah dapat tengok dari blog kesayangan Nieza ni.. Looking forward for your next entry!!
w.salam Nur, alhamdulillah nieza baik jer ..tq ya. lama tak update sebab merehatkan diri sepuasnya dulu...memang byk pun gambar tapi tak dptlah nak sharekan semua...:)tq sudi baca pengalaman yg dikongsikan ni:)
DeleteSalam Yong,
ReplyDeleteThe last 4 pix so nice, like paintings! Baling coins tak?
w.salam Kak yong, tq sis....tak ada baling pun..kawan jer yg tolong baling kan...hehe
Deletewah menariknya melawat ke rome nie. dulu belajar sejarah pasal tamadun rome, memang menariklah dpt melihat sendiri tinggalan tamadun rome tu. awesome!
ReplyDeleteHi Nieza,
ReplyDeleteSeronoknya tengok ur pic jenjalan Rome. You tinggal rumah siapa di Rome. I ngan my friend nak pegi Rome next month tapi kami takde kawan dekat Rome. Kalau ada Malaysian yg boleh show us around it will be great. Kitorg nih first time la nak pegi backpacking overseas. Serious rasa risau sgt. Dengar citer ramai pencopet dekat Rome. Betul ker???
salam kak suami sy nak pergi rome hujung bulan ni bole tak bg info n tips sb die tak tau pape pun n takde sape kat sana
ReplyDeleteKak ... salamm .. saya nk p rome ... saya nk tahu kt mna kita boleh shopping branded hbag yg quality n murah .
ReplyDeletesalam Puan, Terima kasih di atas perkongsian. Saya bercadang ke italy pada feb depan. Akan bawa 4 orang anak2 kecil dan mak yang agak uzur. Apa nasihat puan? Ok ke tak?
ReplyDeletePuan, jemput lawat blog saya ye. Thanks
http://souqvitamin.blogspot.com/