14 Jun 2012

Summer Trip 2012 (Rome, Italy) Part 2

Assalammualaikum semua
Bersambung pada cerita cuti-cuti Rome lagi. Hari ke dua kami melawat coloseum pula. Selepas sarapan pagi kami terus bergerak dengan menaiki metro dan berjalan kaki saja. Ada juga kawan mr.hubby nak datang ambil tapi mr.hubby cakap tak apalah pagi tu kami jalan sendiri dulu dengan berpandukan map sampai jugalah kami ke sini. Pada jam 2.30petang tu, barulah kami jumpa diorang.

Cuaca di Rome ketika ini memang sangat panas...dah rasa macam dok kat Malaysia pula. Maklumla lama tak kena cuaca panas mcm tu kan sebab kat Finland ni masih lagi terasa dingin walaupun winter dah lama berlalu. Memang masa balik ni terasa juga la sun burn dan gelap kulit ni tapi tak apa lah nak jalan punya pasal kan..:D

Oklah layan jer la gambar kat bawah ni yer... maaflah banyak gambar yang diambil sebab saya memang suka ambil gambar..:D Semuanya sekadar untuk simpanan kenangan saja dan dalam masa yang sama sekadar nak berkongsi pengalaman bersama juga. Mana tau berguna pula pada mereka yang nak merancang untuk melawat ke Rome ni pula nanti. Kalau nak plan trip jalan sendiri mcm kami ni memang perlukan info jugalah sebab bukanlah mudah untuk berjalan gitu saja. Kalau pergi dengan group tourist senangla semua telah siap cuma kita follow saja kan. Walaupun 2 hari saja kami di Rome ni, dapat jugalah serba sedikit pengalaman .... walaupun tak semua tempat dapat kami singgah tapi syukur alhamdulillah diatas peluang yang diberikan ini.

Ramai betul orang berbaris nak masuk dalam colosseum ni...dah la panas kena berbaris panjang pula ingatkan kami tak dapatla nak masuk..lastly dapat jugalah melepaskan diri. Tertunailah hajat dihati. Bayaran nak masuk sini berapa dah lupa pula saya... sebab semua mr.hubby yang bayarkan saya tunggu tepi pintu masuk jer..:D 


Colosseum  adalah merupakan tarikan utama di Rome. Jika tidak kemari tidak dikira ke Italy sebenarnya. So....hari ke dua kami disana kami pun pergilah tengok colosseum ni. Sebelum ni hanya tengok gambar saja bila dah nampak depan mata terasa amat kagum sangat dan rasa sangat hebat orang-orang masa dulu ni membuat bangunan yang besar tanpa menggunakan teknologi moden mcm sekarang ni pun.

Binaan luar biasa sejak berkurun lamanya tanpa menggunakan peralatan moden. Memang tak dapat nak saya fikirkan masa pertama kali melihat colosseum ini...soalan yg timbul ketika itu mcm mana dapat dibina bangunan yang besar dan semegah itu. 




Permandangan didalam colosseum ni. Menurut sejarahnya, bangunan berbentuk seperti stadium ni merupakan tempat pertarungan gladiator dan binatang buas. Beribu-ribu manusia dan binatang telah terkorban semasa pertarungan itu berlangsung. Kebanyakkan bangunan dalam colosseum ini telah roboh sebab sudah berusia beribu tahun yang lepas lagi.
 .



mengikut cerita asalnya terdapat satu lantai dibahagian atas tu pada bilik-bilik bawah tu.....yg dapat dilihat sekarang ni hanya bilik bahagian dibawah tanahnya saja. bahagian atasnya telah diroboh mungkin utk tatapan pelancong untuk melihat pandangan dibawah tanah tu. 
ramai betul pelancong ketika ini...














permandangan didalam kawasan colosseum 













pandai betul diorang ni cari duit...hanya dengan bergambar dengan pelancong saja mereka dapat duit...:D











Bergambar kenangan bersama sahabat yang mengikut suami bertugas di Rome ketika ini. Bila kami dah abis pusing didalam colosseum ni, Lina dan suami pun datang menjemput kami dan bawa kami pergi makan lunch..alhamdulillah memang memudahkan perjalanan kami pada hari tu sebab kami disana tak lama cuma 2 hari saja..memang agak sukar nak cari sesuatu tempat tu kalau sendiri. Kena baca map sajalah. Bila ada bantuan mcm ni memang terasa mudah jer la bila berjalan tu. Terima kasih buat sahabat disana..semoga Allah saja yang membalas jasa baik kalian berdua..InsyaAllah..panjang umur kita bertemu lagi nanti.

mr.hubby bersama rakan setugasnya di Rome.








Gerbang Utama Roma berhampiran Colosseum - menjadi lambang kemegahan kerajaan Rome Kuno yang berkembang hingga ke Tanah Mesir serta serata Eropah.

sekian sajalah cerita cuti-cuti kami selama 3 hari 2 malam di Rome ni...memang tak cukup masa sebab banyak lagi tempat menarik yang belum kami singgah walaupun 5hari kami luangkan masa di Italy tapi hanya sempat 2hari sajalah di Rome ni selebihnya kami ke Pisa,venice dan Milan. InsyaAllah bersambung pada n3 seterusnya kami ke Pisa pula nanti:D

19 comments:

  1. Salam nieza..wuhh!coloseum..suka2x. salah satu tmpt wajib nk pergi kalo ke rome italy... penah tgk dlm citer tv jer..huhuuu.. cantik la gmbr2 nieza amik.. seronok kn dpt jalan2 kat tmpt org.teringinnyaaa nak pergi..mudah2an satu hari nanti kalau ada rezeki..thanks for sharing ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nieza,
    menariknya gambar tempat2 ni, tentu lagi seronok bila menjejaki diri ke sana..akak tumpang seronok..sekurang2nya dah dpt tngk betul2 ni...kira akak sampai dlm angan2lah..he3..

    ReplyDelete
  3. salam Nieza..
    tak tau nak ckp dah memang cantik dan kagum sangat dengan keindahan Rome tu ya,suatu hari kalau di izinkan Allah pasti nk pergi jugak,gambar2 yg Nieza ambil pun buat hati jadi tertarik nk kesana,thanks kongsi gambar pun jadi seolah akak berjalan kesana jugak ni heee angan2 je

    ReplyDelete
  4. ntah biler nak jejak kaki kat sana
    IA ada rezeki nanti
    ai suka tudung C kaka tue
    sure mahai @.@

    ReplyDelete
  5. Kalau sebut Itali memang tak lari dari bangunan Colosseum dia. Gah, cantik dan gambar yg Nieza ambil pun menarik. Kakak tumpang seronok ajelah..

    ReplyDelete
  6. Nieza..
    Sementara dah ada disana tu, baiklah gunakan peluang yang ada untuk berjalan-jalan, betul dak?..nanti bila dah balik Malaysia dan sambung kerja balik, mesti dah tak ada banyak masa...lagipun semua tempat tu dekat aja kan dengan tempat tinggal Nieza.....Bila Nieza kongsikan gambar-gambar ni, dapatlah gambaran sedikit pasal Rome ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Salam K.Nieza,
    seronokya ke tempat orng ye....
    sy nie ntah bila la nak smpi tmpt2 cenggini...nengok gambar akak jela.....

    ReplyDelete
  8. syoknye gie jalan2 kat rome..
    tq tuk gambao2 yg best tue..
    terasa melancong bersama2 plak rasanye.. ;)

    ReplyDelete
  9. ohh ini rupanya colosseum dari dekat.. terasa macam kami sama2 pi pulak.. close up yang mantap..

    tqs for sharing nieza... nanti kalo ada rezeki pi sana, nak mintak tips dari nieza ya..

    ReplyDelete
  10. bestnye dpt tengok benda ni di depan mata..hihi..
    kalau js dpt ambik gambar kt luar pun dh ok tp nk pi tu tah bila la gamaknya..byk benor benda nk buat...hihi..

    apa pun nieza mmg cantik gambar tu cam js pun duk sana gak..hehe

    ReplyDelete
  11. Salam kak Nieza...harap2 dapat FnF menjejakkan kaki ke sana nnt...Amin ;)

    ReplyDelete
  12. cantiknya gambar akak ambik. puas hati tengok! saya pergi dulu tak masuk pun, hihi.. betul tu nak masuk je beratur lebih sejam last2 terus cancel sbb takut x smpt nk gerak tmpt lain. tengok dr gmbr akk ni pun jadilah. hehe.. tq share kak!

    ReplyDelete
  13. Colloseum rome ni mmg tempat wajib dilawati kalu ke sana kan sis..

    cantik2 shot nye..i like :)

    ReplyDelete
  14. Tengok colleseum ni tingat kat cite Clash of The Titans!
    My latest Entry :)
    Finally- Baiti Jannati siap sudah!

    ReplyDelete
  15. seronoknya! ni antara tempat2 idaman jugak ni. best ada kawan blogger yang rajin berjalan ni. boleh dapat info sikit.

    ReplyDelete
  16. time bulan 6 ni mmg cuaca panas kan? huhuhu...tp time summer ni la trip ke itali murah..haha..btw memang seronok xplore sendiri tanpa tourist guide, baru challenging..ekekeke

    ReplyDelete
  17. Salam Nieza,TK kerana berkongsi cerita n pengalamanmu..

    ReplyDelete
  18. Salam.

    Saya dan suami insyaAllah akan ke Rome bulan depan. Tadi google makanan halal di Rome and dlm search saya came across this blog. Ingin sangat nak tahu tentang tempat makanan halal di Rom.

    Linda

    ReplyDelete
  19. salam, puan kalau kita transit 12 jam di rome dpt kluar tak, tak perlu visa kan. sempat tak nak pusing pusing. tq

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers