Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Cerita menu tertunggak lagi...apa nak buat lately mood nak menulis semakin menurun. Bila dah rajin masak malas pula nak n3 kat blog gitulah sebaliknya.
Sekarang ni dah masuk musim bunga kat sini dan tak lama lagi masuk musim panas. Biasanya..memang jarang nak main masak-masak sebab cuaca panas ni lah masa yang sesuai untuk keluar jalan-jalan dan dan pergi holiday. Kalau dapat suhu 15-20 degree C masa musim panas nanti tu kira dah panas dah la kalau dok Finland ni sebab cuaca kat sini memang kuat sejuk dan waktu sejuknya pula lebih panjang dari musim panas hanya 2-3bln saja tu pun tak la panas sangat. Apapun syukurlah dapat merasakan pengalaman hidup dirantauan org ni..walaupun banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh.
Oklah berbalik pada n3 hari ni nak sharekan puding roti yang dah lama saya buat ni. Rasanya lepas buat roti bun hokaido hari tu lagi. roti yang tak abis tu saya trylah buat puding ni. Pelbagai cara untuk buat puding roti ni kan tapi kali ni saja saya buat kelainan dengan sapukan roti tu dengan peanut butter dan saya cuba kaedah memasak dengan cara kukus dan bakar. Kalau nak kukus saja boleh atau nak bakar saja pun boleh terpulangla pada kesukaan masing-masing. Biasanya saya buat satu cara juga tapi hari tu saja terlebih rajin saya buat dua-dua cara sekali..haha ok juga sedap jugalah bagi tekak saya...:D
puding roti ni saya buat secara berlapis iaitu satu lapis dengan bun susu dan satu dengan bun coklat itulah yang nampak lapisannya. kalau guna roti biasa boleh juga cuma tak nampakla lapisan tu.
Resepi Puding Roti Peanut |Butter Kismis (Kukus dan Bakar)
Sumber: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
8-10 keping roti (Nieza guna lebihan chocolate milky bun yang dibuat hari tu boleh rujuk n3 roti disini)
2 biji telur
500ml susu segar atau boleh gantikan dengan susu cair
2 sudu besar gula
1/2 cawan kismis
1 sudu kecil esen vanilla
Mentega dan Peanut butter secukupnya
Bahan Untuk membuat sos kastard
500ml susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2-3 sudu gula
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat puding roti
1. Sediakan loyang yang disapukan butter sekelilingnya. Nieza guna loyang SM tak perlu sapu butter pun.
2. Pukul telur dan gula sebentar kemudian campurkan susu dan esen vanilla. Ketepikan.
3. Sapukan mentega dan peanut butter pada roti iaitu satu bahagian disapu dengan mentega dan satu bahagian lagi disapu dengan peanut butter.
4. Susunkan roti yang disapu mentega dan peanut butter tadi didalam loyang yang telah disediakan.
5.Taburkan kismis sama rata. Kemudian tutup dengan lapisan roti yang disapukan dengan mentega dan peanut butter lagi. Curahkan adunan susu. Ulang proses ini sehingga habis dan semua lapisan roti tenggelam dengan adunan susu.
6. Setelah selesai proses ini biarkan sebentar dalam 10 minit kemudian barulah dikukus.
7. Kukus puding roti ini selama 30 minit sehingga masak.
8. Sementara menunggu puding yg dikukus masak panaskan oven dengan suhu 180 C
9. Setelah puding yang dikukus tadi masak bolehlah dibakar dalam oven sebentar selama 20minit atau kelihatan bahagian atas puding tu sedikit berkerak.
nota: Kalau tak nak bakar bolehlah dikukus saja ataupun boleh juga dibakar saja..Nieza saja mencuba kedua-dua kaedah ini. Selamat mencuba:D
Cara membuat sos kastard
Campurkan semua bahan dan kacau sehingga adunan tidak berketul. Masak diatas api yang perlahan sehingga adunan masak dan pekat. Pastikan dikacau selalu dan setelah masak bolehlah dihidangkan dengan puding roti.
nieza guna lebihan bun hokaido ini untuk membuat puding roti...boleh gantikan dengan apa-apa jenis roti lain juga.
Cantik pulak kejadian lapisannya tu... walaupun tekak ni sedang sakit & terasa pahit aje.. tetap teringin nak pekena puding roti tu..
ReplyDeletetq ogyep, siannya..harap cepat baik yer tekak tu..nanti dah baik bolehla makan puding ni:)
Deletewaduh2 sedap nya pagi2 tengok benda tu dngn sos nya lagi teruja lah nk mkaan ni sabar je akak ni hehe
ReplyDeletesabar-sabar yer kak nanti akak buat boleh makan.saya lak tumpang mkn.hehe
DeleteAslmkum Nieza.
ReplyDeletePeh!..Lama tak makan puding tau. Teringin pulak bila tengok puding Nieza ni. Lepas tu nampak mcm ala2 garing pulak tu..lg la sue suka..(^_^)
w.salam sue, cubalah sue pula buat nanti.sure lagi sedap..:)
DeleteSangat-sangat membuka selera puding dan bun yang Nieza buat tu. :)
ReplyDeletetq kakcik...:)
DeleteAslmkm..rajinnya ko buat lapis2 gitu..bak sikitt..nak sos lebih
ReplyDeletew.salam anna, tu la kalau time rajin tu memang rajin sgt tapi time malas tu malas sgt pula..hehe sorry, dah abisla tak dapatla nk kasi..hehe
DeleteSalam pagi Nieza...
ReplyDeletecantik jer tgk puding roti Nieza nie..
mama suka kukus jer ... mcm best g2 :P
w.salam mama, tq..ya boleh jer nk kukus saja ataupun bakar saja tapi saya suka buat kaedah kukus dan bakas sekali..hehe
Deleteasslm kak Nieza...mesti sedap puding peanut butter tu...xtahan tgknye...perut pon ikut sma berbunyi...sgt2 mbangkitkan selera...
ReplyDeletew.salam QH, alahai siannya kalau perut berbunyi tu tak dptlah akak nk tolong kena cepat pi mkn ler jawabnya..hehe
Deletefnf pun kalau ada byk kulit2 roti(anak2 tak suka makan)... buat puding berasaskan roti kan... sayang nak buang
ReplyDeletebetul tu fnf memang sayang kalau buang gitu jer roti tk abis dimkn tu.bagus buat puding kan..boleh juga dimkn:)
DeleteSalam Nieza cayang.. wahhhh awal pagi jengah dapur sini.. terus terjojol biji mata... akak memang sukakan peanut.. terus ler mata yang kecik ni tergolek2 macam peanut.. mesti sedap.. tapi nak membikin tu wahh memang ler malas heehhee...
ReplyDeletesedap laa... selamat hari guru dan selamat bercuti bersama keluarga tersayang.. wahh bestnya tak lama lagi musim bunga... kampung akak sekarang musim buah2an hehhehehe
w.salam kak Sha cayang,alahai jgn ler sampai terjojol biji mata tu kak..hehe
Deletelambat lagi nk cutinya tu kak tapi mood nk bercuti tu yg sampai dulu..hehe musim buah lagi best boleh mkn buah mcmx2..nanti poskan saya sikit yer..:)
sedapnye makan puding roti dengan air teh... heavennn...
ReplyDeleteyer kak mayang memang best dan sedap kalau makan puding ni dengan air teh tu:)
Deletewow !!
ReplyDeletelelehan kastard yg mengancam la kak...!
nmpk sedap belaka...
tq Asyifa, cubalah buat nanti:)
DeleteSalam Kak Nieza..Sedapnya puding roti..dh lama xmkn..tambah pulak dgn sos yg menyiraminya tuu..tergoda tgknya hihii ^_^
ReplyDeletew.salam yana, itulah akak pun lama tak mkn tu yg buat tu..memang best kena dgn sos kastard tu yana.nanti yana cubalah buat pula:)
DeleteSedap...sedap..sedap.... Lama dh x buat sbb sy sorang je yg suka, incik hubby kurang sikit tu yg x rajin nak buat hihihi
ReplyDeletesamalah saya pun mr.hubby kurang sikit tapi kena paksa mkn juga..hehe
Deletewahh nampak sedapppp sangat puding roti tu. ohh nak kena try kaedah kukus dan bakar ni. tq niezza for sharing marvelous recipe!
ReplyDeletetq kak, ya cubalah nanti sekali sekala kita tukar cara memasak dgn kaedah yg berbeza pula..:)
Deletesalam kak nieza, moga sihat2 selalu. saya suka puding roti, kalau roti dah nak expired tu mmg akan jadi puding ni la. nak try jugaklah letak peanut butter, mesti lebih sedap kan! :)
ReplyDeletew.salam As, alhamdulillah akak sihat jer.tq.harap As juga sihat yer. betul tu drp buang roti yg tak abis tu baik buat puding kan:)
Deletesalam kak nieza.. dh lama x memuding roti.. skrg jarang2 wat roti kosong, asyik wat roti sosej dan roti yg ada filling. xpenah x habis. hihi.. tun suka makan peanut butter, so dpt imagine kesedapan bread pudding nih ^^
ReplyDeletew.salam tun, akak pun suka roti sosej..kalau buat samalah tak pernahnya tak abis kan laku jer kalau roti gitu tapi bila buat roti kosong mcm ni yg tak lakunya..hehe
DeleteAssalamualaikum Nieza sayanggg...
ReplyDeletekak Amie kalau makan puding roti memang terasa kenyangnya! Tapi selalu tak sedar berapa banyak masuk ke perut! Kena mengadap lama sikit di sini nak jamu mata dengan PRPBSK.
Kak Amie ambil kad di bawah ye, terima kasih banyak Nieza....mmmuahhhh!
w.salam kak Amie Cayang, betul la kak memang kenyang dan tak nampak nasi dah..hehe
Deleteok kak tq yer sudi ambil kad hari guru tu..selamat hari guru buat akak mmhuahhhx3:)
Salam Kak Nieza.. wah nampak meriah pusing roti akak.. pernah wat puding roti pakai roti gardiner putih jek.. nampak puding akak terliur siap kastard rajinnyer.. he he he erma kalau wat puding roti cam tu jek ha ha ha.. join puding kat sini lah he eh he boleh ke?
ReplyDeletew.salam erma, kalau buat kuah kastard sedap sikit erma..nanti cubalah:)
DeleteSalam Nieza..wah dah boleh jalan2 makan angin sekarang ni... lama gak akak tak memuding roti sebab roti abis je kat rumah ni (nak buat sendiri malas weiii)
ReplyDeletew.salam kak Naz, yer kak cuaca sekrng dah tak sejuk memang best kalau dpt jlnx2 kalau winter asyik nk tarik selimut jer malas nk keluar umah pun..hehe
Deletecantik pulak cikWan tengok puding tu kak Nieza..berlapis lapis ;)tambah ada peanut butter tu...Yummy! ;))
ReplyDeletetq cik wan...kalau cikwan buat pun nanti cantik juga...:)
Deleteouucchhh.... geramnya tengok puding roti ni sbb saya sangat suka semua jenis puding roti..!!
ReplyDeletememang best kak kalau peminat puding roti ni akak kena cubalah nanti:)
DeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeletewaduhhhhh nampak sungguh sedap puding roti, ditambah lagi ada peanut butter..mmng bestkan..betul2 wat akak terliur ni...
w.salam kak Yatie, tq kak...cubalah akak buat pula sure lagi ler sedap:)
Deletesedappnya tengok....
ReplyDeletemasuk list puding nie..
nanti nak try gak..
yer mas..kena cuba dulu baru tau..selamat mencuba yer:)
Deletesedapnya!! akak suka puding roti!!
ReplyDeletetq kak..samalah saya pun suka:)
Deleteassalm niea..tak tahan tengok puding roti niea ni..sedap sangat nampaknya
ReplyDeletew.salam acik, cubalah acik buat pula nanti..mesti lagi sedap:)
DeleteMemang sangat menyelerakan.. Nur save resepi ye.. Senang2 boleh cuba. :)
ReplyDeletetq Nur, silakan..selamat mencuba yer:)
Delete