9 Apr 2012

Trip To Keukenhof, Holland (Part 2)

Assalammualaikum
Bertemu kembali diminggu baru...semoga minggu dan hari-hari yang kita lalui akan terus ceria seperti mana cerianya warna bunga-bunga ni. Sambungan daripada cerita holiday saya ke Holland lagi. Harap tak ada yang mabuk yer tengok bunga ni...apa nak buat tuan umah ni memang peminat bunga...especially bunga tulip memang saya suka sangat. Kalau di Finland ni dulu masa musim bunga pantang nampak bunga saya akan ambil gambar. Pernah sekali tu mr.hubby tgh drive kereta saya suruh dia stop tepi jalan sebab saya nak turun ambil gambar bunga...memang pening mr.hubby dgn kerenah saya bila nampak bunga..:D

Oklah ceter pasal bunga ni semua memang fresh dibawa dari taman bunga terbesar didunia iaitu di Keukenhof, Holland. Kawasan ni ditanam dengan 7 juta bunga yang hanya ditanam dengan menggunakan tangan saja. Kalau ada yang berminat nak visit ke Keukenhof ni, bolehlah tgk infonya disini. Taman bunga ni hanya dibuka untuk 2 bulan saja pada musim bunga. Subhanallah...memang tak jemu mata memandang kalau tengok semua bunga disini..saya rasa macam tak nak balik jer bila sampai sini...:D 

Syukur alhamdulillah diatas peluang dan kesempatan yang diberikan untuk melihat keindahan ciptaan Allah yang menghidupkan bunga yang cantik dan indah di muka bumi ni. Sama-samalah kita berkongsi pengalaman yang indah ni bersama. Semua gambar ni sekadar untuk simpanan kenangan saya  juga. Ok layan jer lah gambar kat bawah ni.


















































Sekian dulu cerita buat kali ni, bersambung lagi pada n3 yang seterusnya pula nanti...InsyaAllah:D

21 comments:

  1. Salam kak nieza! aduhhhh naik juling betul mata tgk munga2 yg cantek tu! bestttttt! suke tgk munga2 sejuk jerr mata :D kt sini munga apa yg byk ya? orkid jer kot :D

    ReplyDelete
  2. Assalam nieza...
    subhanallah... terpegun, terpesona & mcm2 ter lagi haaa bila tengok koleksi bunga2 dari Holland ni... rasa nak nangis pun ada ni sebab tak terkata akak dgn kecantikan bunga ciptaanNYA ni... akak pun peminat bunga juga nieza.. tp tak kesempatan nak tanam bunga.. takde masa plus keadaan rumah yg tak memungkinkan akak menanam bunga.. terima kasih berkongsi bunga2 yg cantik lagi menawan ni.. haii.. rasanya kalau akak pegi sana pun rasa taknak balik jugak.. hehe.. seronok kan...

    ReplyDelete
  3. Terpegun gue tengok pic bunga tu..cantek sangat...tak terkata..

    ReplyDelete
  4. macam gambar dlm kelender
    cantikk

    ReplyDelete
  5. Subhanallah walhamdulillahwalailahaillahuallahuakbar.. KKaakkk Nieza.. hanya itulah yang mampu erma ucapkan.. kak cam tgk kartoonn.. sangat cantik.. kalau ermapun sanggup suh SK berenti nak snap gambo yang indah tu... bertuah akak dapat mengecapi kecantikan ciptaan Allah.. erma yang tgk gambar jek 1jutax terujanyer.. best nyer...

    ReplyDelete
  6. Banyak sungguh gambar bunga2 ni.
    Boleh buat poskad ni.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya Nieza... dapat menikmati live lagi. Entah bilalah kakak nak dapat menikmati live macam yg nieza rasa....

    ReplyDelete
  8. Mmg terbaik gmbrnya...mmg boleh buat poskad.cantikk..

    ReplyDelete
  9. Cantik...mmg boleh buat poskad.

    ReplyDelete
  10. niezaaaa cyg.. mabuk lah kak ilah tengok mungeeee3 ni...adoiii kalu kak dpt p sana pasti kak bawa canon kak ni..jenuh tembakkk hehehehe

    ReplyDelete
  11. Salam Nieza.kalau akak dpt peluang tengok bunga gini....confirm harus ambil gambar byk sbb cantik2 bunganya.kat sini masuk musim bunga tp susah nak jumpa tempat yg ada byk bunga...mungkin sbb cuaca sini yg agak kering...

    ReplyDelete
  12. subhanallah.. terpegun dgn kecantikan ciptaan tuhan ni.. bermacam warna, semua cantik2 tulip ni.. ishh.. post sini 2 doz :)

    ReplyDelete
  13. salam nieza... apa kabar? lama akak tak jln2.... niezaaaas cantik nya bunga2 tu... mcm bunga plastik pulak... seronoknya...
    oh ya nieza... happy 2nd blog annversary yer...moga2 perkenalan kita takkan berakhir dan semoga blog ini akan terus bersama berkongsi seadanya sampai bila bila... muahhhhh... akak nak amik kad2 yg cantik tu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subahanallah...cantiknya,tak dapat kak Zai nak bayangkan bila tengok dengan mata sendiri macamana keindahan bunga yang berbagai warna dan rupa.

      Delete
  14. Salam Niezza.....lama juga kak rus tak tulis sini....tergoda tengok bunga-bunga yang indah dari Holland dan terus singgah.....cantik yang teramat....terpegun kak rus.

    ReplyDelete
  15. Subhanallah..cantiknya bunga2 ni Nieza...terpegun akak melihatnya..kalau dpt tngk sendiri mmng tak abes2 agaknya tangkap gambar..mcm2 gaya jadinya...he3...

    ReplyDelete
  16. wah bestnya..cantik2 semua bunga2 tu...QH mmg suka bunga hidup cmni..

    ReplyDelete
  17. salam nieza
    cantiknyaaaa...mcm nk petikkk jew..geramm tgok..:)

    ReplyDelete
  18. Salam kak nieza..
    terpegun asz tgk bunga2 tue...mcm nak terbang juga ke sana...:))

    ReplyDelete
  19. Subhanallah....bestnya dikelilingi bunga. Mesti perasaan pun berbunga2 gitew. Ye kan? hehehe

    ReplyDelete
  20. Subhanallah cantiknya... macam mana Nur boleh termiss entri ni... Beruntung Nieza dapat melawat ke sana..
    Nanti kongsi lagi ye gambar2 bunga dengan kami...

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers