10 Apr 2012

Bingka Kentang


Assalammualaikum
Layan kuih bingka ni minum pagi dan merangkap minum petang semalam. Banyak juga adunan kuih ni. Saya dapat 1 loyang saiz sederhana dan 1 loyang saiz kecil. Kedua-dua loyang ni saya guna loyang SM. Memang senang kalau buat bingka guna sm  ni sebab tak melekat dan mudah tanggal. Oklah, Mata dah ngantuk tak leh nk ceter panjang dah.. tuan umah nak kena masuk beradu dulu..kuih ada lagi ni bolehlah mkn sorang sikit yer..:P



Resepi kuih ni ambil dari dapur kak Yatie dan nampak juga kat dapur Izah Daut dan kak Naz yang dah pun buat juga. Macam musim bingka pulak sekarang ni yer. Macam-macam versi bingka ada. Itulah yang buatkan saya nak mencuba juga ni. Memang sedapla..mr.hubby pun suka kuih bingka ni. Terima kasih pada kak Yatie, Izah dan  Kak Naz yang telah berkongsi resepi bingka kentang ni...izinkan saya kongsikan resepinya disini pula ya:D
  • Sumber: Kak Yatie
    Bahan-bahan.(loyang 8x8inci)
    • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
    • 1 1/2 cwn tepung gandum
    • 2 cwn santan (nak kisar dngn daun pandan pun boleh)
    • 1 cwn susu cair
    • 1 cwn gula
    • 2 sudu besar butter/minyak sapi
    • 4 biji telur
    • sedikit garam
    • pewarna hijau dan sedikit pes pandan
      • sedikit bijan
      • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh

Cara-cara

  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

36 comments:

  1. salam nieza..ni yang but cik tak sbar pulak nak mencuba ni..
    cantik la nieza punya acuan kuih tu..berbunga bunga..bertambah sedap la kuih ni jadinya

    ReplyDelete
  2. Salam kak nieza! alahaiiiii....akak pun dah buat jugak, giliran kita ni bilalalh ya? aduhhhhh... rasa nak cekut yg dah di potong tuuu ehehe...

    ReplyDelete
  3. Mcm dh lama x membingka rasanya..terliur lak nengok bingka kentang kat atas nih..adeh..

    ReplyDelete
  4. cantiknya bingka akak ni..suka tengok...saya pun tak tau bila nak buat kuih ni..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Salam Nieza...
    cantik betul mould2 yg Nieza gunakan!!
    bila lah agak nyer nk sampai dapur mama kuih bingka kentang!!

    ReplyDelete
  6. As'salam Nieza

    fav sangat2 kuih macam ni, bingka2 ni kalau dihidang sepinggan pun k.ct boleh dududk depan tu kasi habis, pastikan ada kopiO secawannn!..hehehe

    suka pada loyang SM macam ni, kat sini mahal tu yang nak beli pikir dua kali ni Nieza..hihi

    ReplyDelete
  7. Nampaknya akak telan air lior je la....kat rumah ni kalau buat seloyang kecik pun, 2 hari baru abis....tu pun bg jiran sikit.
    Niezza, cantik la acuan tu, mcm nak pinjam je..

    ReplyDelete
  8. Salam Nieza,

    MasyaAllah, akak tabiklah dengan Nieza ni, rajin sungguh dan ada skil membuatnya.

    Dengan cara tu tak adalah Nieza mis sangat dengan kuih muih melayu kitakan,

    ReplyDelete
  9. Aslmkm Nieza..sihat? Dah makan? Jom kita mkn bingka kentang ni sesama, kita buat kopi o yer..

    ReplyDelete
  10. salam nieza
    wahhh rajinya nieza nie..dah try erk...sedap x???,,x pernah cuba yg buh kentang nie..nampak sedapp sgt kt pic tu..loyang tu pun cantikk..:)

    ReplyDelete
  11. Kak Zai pun baru buat bingka tapi tak bubuh kentang lain kali nak cuba yang ini pula,terima kasih nieza kongsi recepi.

    ReplyDelete
  12. Assalam Nieza..
    pertamanya bunga tulip nieza, smuanya cantik-cantik. Sukanyaaa...
    kuih bingka kentang ni favourite anak bujang saya tapi siibunya tak pernah lak nak buat. pernah la buat sekali tapi terlembik dan termanis la pulak...

    ReplyDelete
  13. salam Nieza..tgk bingka kentang dgn corak yg cantik tu..mmg nambah selera tuk menikmatinya :D

    ReplyDelete
  14. Aduhh, sedapnya.. Lapar la pulak. Hehehe. Pandai betol kak nieza masak. ;)

    ReplyDelete
  15. kakak tadi beli kuih bingka kat tepi jalan nak pergi kerja... Tapi kakak rasa bukan macam yg Nieza buatlah.. ini tepung biasa aje..

    ReplyDelete
  16. nieza.. saya kan, kalau nieza membingka cantikk jek tang kerak tu. memang suke tengok.semua permukaan ada kerak. agaknya oven kot kan. oven saya tu kalau buat bingka cam tak cantik je kejadinnya. tak sekata keraknya tu. kalau buat kat kampugn elok je...haishhh..

    ReplyDelete
  17. sedapnya..tp dulu saya buat slalu lembik tak tau kenape takpe kali ni saya nak try resepi yg nieza cuba ni..

    ReplyDelete
  18. Wow cantiknyaa kuih bengkang ubi tuh..tgk jer dah tau sedap.. :)

    ReplyDelete
  19. cantiknya bingka kentang dia...
    suka kuih muih yg ada bijan nie...sedap sangat!

    ReplyDelete
  20. cantiknya nieza, tak penah lg buat bingka ni, sebab tak berapa gemar kuih lama, takat merasa, beli jelah =)

    ReplyDelete
  21. Nieza,

    wahhh...sangat cumilll!, loyang comey, kejadiannya tupun comey...hummm nk kena beli loyang mewah lah kalo gitu..:(

    ReplyDelete
  22. mmg cantik kuih bingka ni...QH suka tang kerak2 tu...hihihi...mesti sedap ni kan..QH blum cuba lg mbingka ni..lps ni la nk cuba pula...

    ReplyDelete
  23. haish.. jeles sungguh nun nengok bingka guna SM nih.. aritu tun blk kg, kedai2 yg tun pegi xde pulak jual SM cantik2. terpaksa redha je ngan loyang besi ni. huhu.. xpe la, yg penting blh baking kan.
    bingka yg byk kerak! sedap!

    ReplyDelete
  24. ohhh nieza...!!!! sedap nya bingka ni..!!

    ReplyDelete
  25. entah tahun bila la agaknya saya dapat buat kuih sehebat
    & sesedap ni agaknya... beli je la nampaknya... huhuhu

    ReplyDelete
  26. Assallamualaikum Nieza..

    Wahhhh cantiknya kuih dan juga sm dier... Mmg berbaloi guna sm ni kan nieza.. Akak tak de sm yg besar.. Yg tecik2 jer akak ada..

    Nieza, kek carrot yg akak buat tu mmg betul2 sedap! Akak pun 1st time buat kek carrot tau. Cubalah resepi newbie123 tu..Mmg tak kan keciwa..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Nieza,
    cantiknya bingka kentangnya tu... nampak gurih kulit tepi-tepinya tu!Tentu agak rangup bila mengunyahnya...

    ReplyDelete
  28. cantiknya SM tu...dah lama x shopping SM...menarik sungguh

    ReplyDelete
  29. Wah... mengancam betul bingka tu... kegaringan bingkanya terserlah... Mcm biasalah, ogyep cop tang keraknya ya...

    ReplyDelete
  30. sedap mkn masa panas2 ni
    lawa la acuan akak tue
    beli kat mesia ka

    ReplyDelete
  31. Salam Nieza..betul tu..sekarang macam-macam versi bingka yang keluar..tinggal pilih jee perasa mana yang sukeeee..kan kan kan

    ReplyDelete
  32. assalam nieza cantik kejadian bengkang tu ,geram tengok kak kalau guna sm jadi tak cantik kena menuntut ilmu dengan liza ,kak ambil kad n bunga na
    Jazakallah khoir

    ReplyDelete
  33. Cantiklah Nieza acuan bundt tu...pinjam boleh, Belum terlambat ya akak nak ucap happy blog anniversary

    ReplyDelete
  34. Sooo SoOoooo... Pretty and yummy love it!!!

    ReplyDelete
  35. Salam Nieza.cantiklah mould kuih bingka tu...nampaknya akak kena cari juga ni.kuih bingka suka part atas tu yg garing ada bijan....sedappp..
    re;tkasih Nieza...akak tak sihat maybe sbb perubahan cuaca..skrg panas.itulah nak jumpa doktor kena buat oppointment lecehkan....

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers