24 Apr 2012

Tiramisu Biscotti



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Hari ni nak sharekan resepi tiramisu yang dah lama saya buat...sampai terlupa dah bila yang buat ni. Bila tgk kat folder belum publish lagi rupanya...:D


Tak kisahla lambat pun.. gambar tak basi kan apa yang penting saya dapat berkongsi resepi ni dengan semua orang dalam masa yang sama apa saja resepi yang saya cuba disini akan saya simpan utk kenang-kenangan saya di rantauan orang ni. 


Sebelum datang Finland ni, saya pernah ikut suami bertugas ke Dhaka, Bangladesh tapi  masa tu tak ada buat blog lagi banyak juga saya cuba resepi masak-masak ni. Kalau nak buat blog pun susah sebab penggunaan elektrik yang agak terbatas kat sana. Memang jauh beza sgt dengan sini. Tapi apa nak buat kat mana saja org suruh bertugas kita menurut perintah la kan. Masa disana banyak resepi yang saya cuba dan saya belajar dengan rakan-rakan luar dari Malaysia pun ada tapi  hanya simpan dalam buku sajalah susah juga nak buat rujukan sebab kalau dah banyak sgt buku tak tau mana satu nak dicari tapi bila ada blog ni senang dan mudah hanya click dan google saja resepi apa yang kita nak dah boleh dapat. Itulah bagusnya teknologi sekarang ni. Yang mana baik kita ikutlah kalau yang tak baik tu pandai-pandai la kita tolak tepi kan.


Sekadar selingan jer tu. Oklah berbalik pada n3 saya hari ni pula, tiramisu ni memang sedap dan mudah jer nak membuatnya. Rasanya 2-3 kali juga saya buat guna resepi yang sama ni. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dari My resepi dan Kak Zai yang berkongsi resepi. Saya ambil dari dapur kak Zai jer ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.




Sumber 1: K.E@Myr

  • Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe dan baki cream cheese tadi.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya
Nota:
Adunan ini memang agak moist dan lembut..so kena makan secara scooping...tapi memang sedap.


40 comments:

  1. pagi2 sudah disajikan hidngan nih...! Mmg leleh air liur ler.......bekpes pun blom lgi nie.......
    1 hari nak try ler pkai biksut nie....sbb sy slalu buat pakai kek je....x tau rasa bskut mcm mna pulak......so bole cuba nie.....thx kongsi resepinya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai biskut tiramisu ni sedap juga asyifa...nanti cuba yer.

      Delete
  2. Salam kak nieza! oh tiramisu kesukaankuuuuuu :D sedap makan sejuk2 :D kita pun suke guna resepi kak e, senang n sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam ika, sedapppp.. kan..akak pun suka resepi ni:)

      Delete
  3. akak pun suka
    kalau x de biskut lady finger
    akak guna biskut marie je...derhaka sikit...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini cuaca dah mula panas kalau dapat tiramisu ni sedapnya.

      Delete
    2. Kak Kasih, lum pernah guna biskut marrie lagi..menarik juga tu kak nanti boleh cuba..hehe

      Delete
    3. Kak Zai, betul kak kat sini pun sama memang best sgt kalau dpt layan tiramisu ni:)

      Delete
  4. salam Nieza, sedap nya tiramisu sampai setakat akak baru buat 2x tiramisu memang lazat anak2 suka makan mama suka buat heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Noor, betul kak kalau budakx2 suka memang berbaloi akak buat ni sebab sedap sgt.

      Delete
  5. hmmm..mengeliurkan betoi nengok tiramitsu tu kak...
    sedappnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas..memang sedap.kalau mas yg buat sure lagi sedap ni:)

      Delete
  6. menjeritttttttt datang sini
    oishii sou
    biler la ayu nk rajin buat tisamisu ni uwaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah dgr ayu jerit dr jauh tadi..hehe buat jer ayu simple dan senang sgt nk buat ni:)

      Delete
  7. opocot! tersama lak hidangan kita ari ni...heheeee, tiramisu mmg terbaik!

    ReplyDelete
  8. salam nieza..tak pernah makan apalagi buat nieza..yang ni acik ketinggalan..

    ReplyDelete
  9. salam kak nieza.. wah... pakat2 ngan kak chah ye nk tayang tiramisu arini.. terliur tun nengok.

    ReplyDelete
  10. sedapnye...pepgi dh tgk ni kecur jadinya...hihihi

    ReplyDelete
  11. Pagi Nieza...tiramisu adalah kesukaan gue...aduhh tak tahan tengok lama..tergoda nanti..hihi..

    ReplyDelete
  12. Salam Kak nieza,
    mmg yummy kek ni..pernah buat, tapi mcm tak puas makan lagi..

    ReplyDelete
  13. Salam nieza..cantik sgt2 tiramisu ni..lamanya tak buat..anak akak cukup suka dengan tiramisu...cantik sgt bila diletak dalam cawan macam ni..i likeeeee..mesti sedap sgt2...

    Dan lontong kat bawah tu..suka sgt! cantik bekas bentuk love tu...mana nieza beli? nak beli gakkkk

    ReplyDelete
  14. wah niza .. nampak mabeles.. resepi pun senang & mudah x banyak bahan pun .. harus di cuba ni ...

    ReplyDelete
  15. As'salam Nieza

    Ada request dari insan dirumah, tapi tak terbuat2..opsss! malas nak buat hehehe. Nampak mudah aje kan, bolehlah simpan dulu resipi ni, kot2 ada beli biskut tu bolehlah selesaikan permintaan tu kan..hehehe

    ReplyDelete
  16. memang seharusnya cuba... wah.... mang nampak terliur (^___^)

    ReplyDelete
  17. Salam Nieza....akak blum pernah buat,selalu beli je...Ni dapat resepi yg senang,boleh buat leee..Mengancam letak dalam cawan tu..cantik.

    ReplyDelete
  18. tiramisu lagiii... drooling2 depan lappy

    ReplyDelete
  19. Sedap makan sejuk masa musim panas ni.

    Ada dlm list tapi terbuat2 pun lagi huhu

    ReplyDelete
  20. Alahaiii .. terliurnya. dah la puasa ni dik. hehehe.

    ReplyDelete
  21. salam neiza cayang
    amboi..wat akk kecur jew kan..melampauuu..he hehee akk x pernah lg cuba tiramisu nie..mmg nk sgt cuba buat..masa jew lom sampai lg nie..sedap x dik??

    ReplyDelete
  22. Salam Nieza,

    Kak Ani tengok jerlah. Tak pernah merasanya.

    ReplyDelete
  23. Salam Kak..Nasib baik CikWan dah buat 2 3 hari lepas...hehe =)hilang terliur tu...

    ReplyDelete
  24. wahhh tengok gambar pon dah terliur nehh..belum makan lagikk...nyummm

    ReplyDelete
  25. huhu sana sini tayang tiramisu .. kesian saya tak pernah makan tau.. nieza simpan sikit tuk saya boleh. sedapanye dapat makans egelas tuuu huhuu

    ReplyDelete
  26. Salam Nieza. tiramisu....yummmy....tambah mcm skrg musim panas...sedapnya makan.akakpun dah lama tak buat.ohh kat Dhaka penggunaan letrik terhad....mmg susah nak berblog kalau gitukan.

    ReplyDelete
  27. boleh boncit klu tgk mende sedap memalam nih taw! huh! mencik!

    ReplyDelete
  28. tiramisu sedap la kak nieza, saya pernah buat sekali je. hikhik.. harus nak buat lebih cantik satu hari nnti. :D

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers