Assalammualaikum
Bertemu kembali dengan n3 masak-masak pula. Nantila sambung balik cerita cuti-cuti hari tu. Beri laluan pada n3 masak-masak pulala. Lama sangat tak n3 masak-masak ni..bukannya tak masak cuma malas nak ambik gambar jer. So..hari ni merajinkan diri jugalah ambil gambar ni. Cuaca sini agak mendung bila salji turun dari semalam lagi. Sekarang ni pun tengah turun lagi. Biasanya bulan april salji dah kurang dan ais mula cair tapi masih ada lagi tu la kelebihan Finland ni banyak salji kalau nak dibandingkan dengan negara europe lain dah spring dah musim bunga dah pun. Apapun redha jer lah kan.
Oklah ceter pasal menu yang simple ni..layan ikan siakap kukus pula. Saya memang suka sangat ikan masak style kukus ni..suka ratah gitu jer. Kali ni cuba resepi dari kak Dayang yang baru jer kak Dayang tayang kat fb pagi tadi. Memang kebetulan pagi tadi saya keluarkan ikan siakap ni tapi tak tau nak masak apa. Bila tgk kak Dayang tayang tu terus terasa nak buat kukus jugalah ikan ni. Terima kasih pada kak Dayang kerana berkongsi resepi ikan kukus yang sedap ni. Maaflah, ada derhaka sikit pada resepi ni..Izinkan saya sharekan kat sini pula ya.
Siakap Kukus Halia
bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 labu bawang besar di mayang halus (Resepi asal tak bubuh tapi Nieza tambah)
3 inci halia (dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan / sos tiram
tomato ceri secukupnya (dibelah 2) (Nieza guna tomato besar)
sedikit gula
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk) (Tak ada stok gantikan dengan cili merah)
1 sudu makan kicap cair ( resepi asal tak ada tapi Nieza tambah)
1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 labu bawang besar di mayang halus (Resepi asal tak bubuh tapi Nieza tambah)
3 inci halia (dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan / sos tiram
tomato ceri secukupnya (dibelah 2) (Nieza guna tomato besar)
sedikit gula
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk) (Tak ada stok gantikan dengan cili merah)
1 sudu makan kicap cair ( resepi asal tak ada tapi Nieza tambah)
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
- Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
- Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
- Setelah itu, masukkan sos ikan/sos tiram, kicap cair,sedikit air, sedikit gula, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
- Setelah masak, taburkan tomato, daun sup dan biarkan ia merenih sebentar sebelum dikeluarkan dari pengukus.
- Hidangkan bersama nasi putih.
alaaa... malam2 nak tido ni rasa meleleh la pulak... mesti sedap..
ReplyDeletesabar-sabar yer..pergi masuk tido dulu ..hehe
Deletek.niezaaaa...da lama xsinggah sini, bla klik je mesti ada lauk best2.. hehe, lama lak xmkn ikan, dok beli ikan salamonn itue je, sedapp la, hirup kuah tu lg sedap!
ReplyDeletelauk ni simple jer lyn tapi bila mkn dgn nasi putih panasx2 memang best.salmon kat sini pun byk juga sampai dah tak lalu nk mkn ikan salmon tu..jemu la.
DeleteSalam kak dtg mlm2 naik tepon jerrr ehehe... Lappy dah tutup :D lamaaaaaaaaaaaa sgt tk buat ikan kukus, nsnti nk carik ikan siaaaaakap kap, bestnyer klu duk dekat ngan laut dpt ikan fresh, masa tu lerr klu nk kukus mmg sesuwai sbb daginggggnya yg segarrrr, sambil berangan angan ddk ditepi pantai hihihi...,
ReplyDeletew.salam Ika, naik tepon pun sampai oklah tu kan. wah bestla kalau dapat ikan fresh memang sedap tu akak kat sini dapat ikan frozen jer la yg ada pun.
DeleteNieza..feveret zz kalau menu kukus2 ni...cuma nak buat kadang2 tak rajin..he he..
ReplyDeletesama lah saya pun suka msk kukus gini..nk buat senang jer ni..cepat dan mudah sgt..cubalah nanti:)
Deletesalam nieza
ReplyDeletewahhh sedapnya..sy pun suka ikan masak cmnie..suka ratah-ratah jer..terliuurr sudaa..:)
w.salam, bestkan.. kalau meratah ikan saya pun suka..:)
Deletesalam kak niezaa wahh memalam ni masuk umah akak ni yg buat kite dgn baby in the tummy meleleh air liur ni....kt sane senang ehh nk dpt cili? xmcm kt jepon dulu..tp kat dubai ni...sonang..cili die pon leh tahan pedas hhheehe
ReplyDeletew.salam saba, sabarx2 jgn kasi meleleh air liur kesian baby tu..nanti akak poskan kat dubai yer..hehe ya kat sini ada jual cili api/cili merah hijau semua ada la. cili pedas la best :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeletelamanya tak makan ikan siakap kukus...sedap betul dapat hisap2 kepalanya, pipinya...adeeehhh!
adoyai... dh lama k.gee mkn ikan cenggini...terliornyaaaa....
ReplyDeletesalam kak nieza..
ReplyDeleteamboiiii..cepatnya buat siakap kukus nie..
mengeliurkan betoiii...
as-salam kak Nieza
ReplyDeleteAdy suka sangat ikan masak macam ni..tak payah mkn dgn nasi ratah2 aje ikan tu pun sedap kak Nieza..
comel betul pinggan nieza tu. geram laaa... hehe.. rasa nak bersila sekali nak hadap ikan tu. ratah je sedap ni ;-)
ReplyDeleteDah start memasak ye Nieza.. Abis dah ker sesi jalan2...hehehe... Suka ikan ni tak kiralah masak stim ker, 3 rasa ker atau apa2 lah..sedapnya...
ReplyDeleteada ikan siakap...tapi sos ikan lak takdooo..kena derhaka laa kat resipi nie nampaknyerkan..hihihi
ReplyDeletesuka & sedap ni
ReplyDeletemenu orang thai
dah lama x makan siakap la kak :((
sedapnya ikan kukus siakap ni...kalau mkn ngn hubby ni xcukup sekor...skali hadap aje ni...buat ratah...hihihi...
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza cayang ^__^ .. Amboiii balik jalan2 dah terus ke dapur..mcm baru caj tenaga jer eks, mood terus rajin yea...bagus bagus.. alangkah sedapnya kalau ikan tu makan camtu jer....healthy cooking!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeleteSEdapnya nampak siakap kukus tuuuuu, rampai2 kat atasnya pun meriah sangat, akak sukerrrr.......nak tumpang makan boleh