1 Apr 2012

Trip To Keukenhof, Holland (Part 1)

Assalammualaikum
Dah abis cerita jalan-jalan di bandar Amsterdam sambung cerita lawatan ke taman bunga tulip terbesar pula  atau dikenali dengan Keukenhof.  Keukenhof adalah taman bunga terbesar di dunia, di mana dapat dilihat sekitar 7 juta bunga yang ditanam dengan menggunakan tangan. Semua mereka memperluas total area 8 hektar. Hal ini terletak dekat kota Lisse, antara Amsterdam dan Den Haag, di Belanda dan setiap tahun menarik hampir 900 000 pelancong dari seluruh dunia. 

Taman bunga tulip ni dibuat pada tahun 1949. Maklumat lebih detail boleh rujuk di disini. Actually, dah lama dah saya berangan nak datang taman bunga terbesar ni sebab saya suka sangat bunga tulip.Kalau kat Finland ni ada tapi tak sebanyak mcm kat Holland ni. Last year ada juga plan nak datang tapi masa tu dah pergi buat umrah bila balik ladang ni dah tutup sebab diorang hanya buka selama 2 bulan jer tempat ni pada masa spring. So...thn ni alhamdulillah impian saya dah jadi kenyataan..akhirnya saya sampai juga walaupun tanpa suami disisi. Kalau pergi ngan mr.hubby pun saya pasti dia akan bosan sebab dia tak minat bunga. 


Walaupun kedatangan kami kesini pada masa ni agak terlalu awal sebab tak banyak sangat bunga berkembang tapi syukur ada juga bunga yg berkembang walaupun tak banyak. Kalau ikutkan masa yang sesuai adalah pada waktu bulan april dan awal bulan mei tapi pada masa tu masing-masing ada hal dan sibuk dengan aktiviti lain terpaksa la kami pergi awal. Kebetulan juga masa tu tiket ada murah kalau nak tunggu masa summer nanti tiket memang mahal lagi sebab ramai yang pergi holiday bila cuaca dah panas dan sekolah pun mula cuti.

Subhanallah.. atas kekuasaanNya menumbuhkan tumbuhan bunga yang sangat indah menghias mukabumi  ini. 
kami pergi bertiga saja. Dari hotel kami naik train ke airport dan dari airport pula kami naik bas ke sini. Lebih kurang 30minit perjalanan juga dari airport ke Keukenhof ni.


permandangan yang mendamaikan jiwa...
selain tulip terdapat juga bunga lain..


















gambar ni masa kat dalam dewan yg dinamakan muzium bunga
























Bagi peminat bunga saya pasti semua pasti sukakannya kan...memang tak jemu mata memandang kalau tgk semua bunga disini. Ada lagi gambar yang nak saya sharekan..insyaAllah jumpa di n3 seterusnya nanti:D

23 comments:

  1. Salam kak nieza!! sowiii ya semalam cuti berblogging n jalan2 :D gerammmmmmmmnyerrrrr munga2 tu sumeeee!!! kalau kita ada kat situ haruslah golek2 sambil nyanyi2 hihihi...

    ReplyDelete
  2. kak nieza...
    cantikknya gambar2 tu kak..
    sejukk mata memandangnya.....

    ReplyDelete
  3. Terlopong kakak tengok bunga-bunga yg nieza snap... cantiknyeerrr....

    Memang nampak luas betul, macam nak baring-baring macam filem hindustan nieza hihi...

    ReplyDelete
  4. Salam Yong Nieza

    Kali ni punye gambor2 memang buat keme jeles sejels-jelesnya...penat dah keme berangan ke tempat ni tapi sampai sekarang tak jadi kenyataan lagi....huhu...

    ReplyDelete
  5. Berpinor2 mata kros tgk bunga2 ni nieza. eeei....cantiknya.

    ReplyDelete
  6. bestnya kak nieza..saya suka bunga..duduk lama2 pun tak pe...hehehhe..suka...cantiknya tulip...:)

    ReplyDelete
  7. SUBHANALLAHHHHH..cantiknya Nieza oiii.. macam nak terbang sekarang gak ke sana.. SO DAMN BEAUTIFUL...

    ReplyDelete
  8. subhanallah. cantik nye .

    kalau kite dah mule la lagu hindustan.huhuk

    ReplyDelete
  9. Salam Nieza..Subhanaallah,maha suci Allah yg meciptakn bunga yg secantik ini!
    Klu atie g sana maunya xmo balik..dok ngadap bunga jer.hihi

    ReplyDelete
  10. sukenyer bunga... subhanallah atas ciptaanNYA yang Maha Hebat (^____^)

    ReplyDelete
  11. subhanallallah cantiknya ciptaan Allah ..

    ReplyDelete
  12. cantikknya...
    sy pun minat bunga..rasa nk petik sekuntum2..pastu simpan kat bila..subhanaallah mmg cantik ciptaan ALLAH..;)

    ReplyDelete
  13. masyaAllah cantiknye!! tahun bilelah nak sampai sane..

    ReplyDelete
  14. beruntungnya badan dapat lihat ciptaan Allah secantik itu secara live ...

    ReplyDelete
  15. Salam Nieza.cantik sungguh bunga2 kat atas tu....geram nengoknya. akakpun sama mcm Nieza....peminat bunga...bunga plastikpun suka...apatah lagi bunga hidup.tengok pt 3,kat sanapun ada madame tassaud rupanya...byk pula tempat menarik....bestnya Nieza dpt pengalaman ke sana.

    ReplyDelete
  16. subhanallah.. lawonyer.. tak puas tengok satu persatu gambar2 tu nieza.. yg paling suka tengok gambar nieza duk belakang tulip kuning hehee gambar ketiga dr atas pun cantik.. boleh buat kalendar/kad raya dll la.. sngat terpesona dgn semua jenis bunga tulip ni.. tp tulip ni lg cantik kalau tak kembang sgt kan..

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Nieza,

    Selama 4 tahun duduk di Belanda, memang tak pernah miss visit Keukenhof especially memang kena jadi tour guide yang kadang2 lebih 4-5x tiap2 tahun.

    This year dah duduk Sweden tak dapatlah peluang lagi. Tapi of course rindu!

    ReplyDelete
  18. hehe cantik kan? saya tahun ni tak berjalan ke sana la sbb nak masuk tuh tiket boleh tahan...darab 3 dah berapa huhuhu..takpe2 kasik can kat kak nieza :P

    ReplyDelete
  19. subhanallah cantiknya... tak de peluang pi tengok tulip aritu..

    ReplyDelete
  20. assalam nieza..subhanallah..terima kasih nieza..sudikan kongsikan gambar2 yang cantik ni..acik suka sangat tengok gambar2 bunga,,tulip lagi la suka selain dari bunga ros

    ReplyDelete
  21. indahnya.....tiada lagi kata-kata.......

    ReplyDelete
  22. Subhanallah...cantiknya bunga...Sy suka bunga tulip. Hopefully, one day nanti dapat sampai tempat yg kak nieza pegi nie. :)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers