11 Apr 2012

SHEPHERD'S PIE

 Assalammualaikum dan salam sejahtera
Layan shepherd`s pie ni pula...memang sedapla pie ni. Memang tak rugi kalau nak mencuba. menyesal pulak saya buat setengah adunan saja. Itulah kalau buat semua nampak banyak nanti tak abis pula so..saya buat setengah adunan sajalah...bila mkn sedap sgt terasa mcm tak cukup jer. Tak pe lah nanti boleh buat lagi. Makan pie ni jer dah kenyang sampai malam tak makan apa dah.

Terima kasih pada tuan empunya resepi asal Chef Hanieliza iaitu dari buku resepi beliau 1 hari 1 resepi. Saya tak ada buku tu tapi resepi ni saya ambil kat dapur kak Yatie dan menurut kak Yatie pula dari kak Ummi. Terima kasih pada chef Hanieliza @ Kak Liza, Kak Yatie, kak Ummi dan semua yang telah berkongsi resepi pie yang sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula ya:D

 
SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Kak Ummi Kak Yatie
Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) 
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...



Bahan B (Untuk Pai):-

  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-

  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. 
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu.


25 comments:

  1. Salam Nieza pagi-pagi dapat breakfast dengan sheppard pie ni sedap juga...comel juga buat dividual macam akak selalu bakar dalm bekas casserole aje...best

    ReplyDelete
  2. Cantiknya ramekin tu...setakat ni dok jumpa yang putih tu aje...teringin pulak nak ada yang kaler2 ni

    ReplyDelete
  3. Tak keje ke hari ni? Kat sini cuti sempena pertabalan Agong...wah..sheppard pie pulak ye. Cantik la bekas tu.

    ReplyDelete
  4. wah kene buat satu adunan penuh ni. silap2 pun tak cukup ni kang. hehe..

    ReplyDelete
  5. Salam kak nieza!! alaaaaaaa bestnyer SP! kita suke! dulupernah buat sekali terus jatuh cinta dgn SP ni tp malas betul bab2 nak merebus n melenyek kentang2 :D suke sgt nak makan benda niii :D

    ReplyDelete
  6. assalam nieza..sebelum nampak pai..acik nsmpak bekasnya yang cantik tu dulu..he he..bila dimasak dalam bekas yang cantik..lagi la..menambahkan sedap rasnya kan.

    ReplyDelete
  7. salam nieza
    klu dah cakap sedapp..mmg kompom sedapp ler tu..nnt2 nk menerai jgk ler..:)

    ReplyDelete
  8. Saya ada buku tu tapi saya jarangggggg gunakannya.
    Alahai...sangat malas sy ni kan hihihihi...
    apa2 pun nampak sangat sedap pie tu...
    tak boleh jadi nie kena cuba gak satuuuuu hari nnt hehehe...

    ReplyDelete
  9. hukhuk..tengok pie ni terus tingat memori fes taim makan pie lazat ni...tupun orang blanje..hurmmm terpeghak dan tahap kejakunan mmg maksimum habis...ingatkan coleslaw or seangkatan dgnnya, rupa2nya bila cucuk ke bawah, laaa ada inti..sedap lak tu...hihihi...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Nieza,
    dulu pernah cuba buat shepherds pie versi chef hanieliza, sedap! Tapi dah lama tak membuatnya...kepinginlah pulak bila tengok SP di sini.

    ReplyDelete
  11. salam nieza - Dah cuba buat beberapa kali mmg sgt sedap kan SP ni....hmmm bila nak buat lagi ni...hujan lebat kat luar sana tu ..makan dan minum dgn kopi panas sgt sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nieza...tk follow my blog,nampak sedap makanan omputih tu...nanti nak cubalah...

      Delete
  12. Assalamualaikum Nieza,
    nape buat 1/2 adunanan...kan dah kena wat lagi...mmng sedapkan..satu family mmng suka sangat makan SP ni..akak pun jadi terliur dan nak buat lagilah...

    ReplyDelete
  13. aslmkum nieza.. a[a kbr.. cam lama akk tak jln2 sni.. byk dah menu nieza yg terlepas.. dah lama jugak tak mkn shprd pie ni.. dpt mkn yg panas2 mmg best..

    ReplyDelete
  14. kite baru je salin resepi ni smlm.tengok2 akak dh buat dulu...insyaallah esok nk buat ni pulak.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Nieza,
    Waaaaa...kat sini pulak tayang sheppard pie, hari tu teringin gak tengok kat rumah Ummi,.....insyaAllah ada masa nak try

    ReplyDelete
  16. Salam Yong,
    Nice, nice...nanti nak try tp nak beli mangkok tembikar Turki.

    ReplyDelete
  17. Tak buat pai..tercari2 resepi pai.Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  18. salam nieza..mokwo suka pd napkin munge tulip tuh!!cutie, cutie...nak lap mulut pun sayang...errrk tu holland mari ka, china mari gak???'wink3x'

    ReplyDelete
  19. kak nieza.. mmg sedap betul shepherd pie nih.. tun try resepi ni jugak, tp guna ayam. sekejap je habis. hihi

    ReplyDelete
  20. Assallamualaikum Nieza..
    Akak kan suka she]herd pie ni. nak tumpang makan 2 bekas tu boleh? Lepas makan nak angkut sekali bekas2 tu..hehehe..cantik arrr...

    ReplyDelete
  21. Salam Nieza,

    Tak malu nak cakap ni, kak ani tak pernah masak pie apa pun. Tapi bila tengok pie Nieza ni terasa ingin nak cuma nak cuba masak. Budak2 memang suka makan pie ni. Selalunya beli jer.

    ReplyDelete
  22. wohhooo... sedap ni.. tapi selalu malas nak buat.. tengok nieza buat ni, rasa teruja pulak nak buat..

    ReplyDelete
  23. Assalam Nieza...waahh rajin selongkar kat dapur akak yg dah mmg mcm tongkang pecah tu eh..hehe..jumpa gak cari... TEngok Nieza punya SP ni...tekak ku terliur kembali daaaa...aiissseeeyy....nak nak tgk pie duk dlm ramkin meraaaahhh gitu..hehe

    ReplyDelete
  24. Sedapnya.. teringin nak buat..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers