18 Mar 2012

Winter Trip To Artic Circle, Lapland (Day 2)

Assalammualaikum
Sambungan cerita bercuti ke Lapland yang dah hampir terlupa saya nak sharekan kat sini...bila dah sibuk sampai terlupa pula. Oklah ceter percutian ni pada 23-25hb Januari lepas..walaupun cerita ni  dah basi tapi pengalaman ke artic circle ni masih segar di ingatan lagi. Boleh rujuk trip pada day 1 disini.

Alhamdulillah syukur dengan peluang yang diberikan ilahi dapat melihat sendiri keindahan alam yang bagi saya amatlah menakjubkan kerana disebelah utara Finland ni banyak tempat menarik yang boleh dilawati dan disinilah yang menariknya bumi Finland ni. Kalau sesiapa ada peluang untuk datang melawat Finland ni baiklah ambil kesempatan untuk melawat ke Lapland ni. Pengalaman yang saya rakamkan disini hanya ketika winter maybe pada masa summer/autumn view mungkin lebih cantik lagi. Kalau ada peluang lagi nak juga tgk view pada musim yang lain juga. Perjalanan dari Helsinki ke Rovaniemi by flight pada hari pertama dan kemudian ke Kittala mengambil masa 2 jam perjalanan dengan mengunakan kereta sewa. Sampai di Kittala kami terus ke tempat penginapan.

Di Kittala ni lebih banyak tempat menarik berbanding dengan di Rovaniemi. Salji  disini lebih banyak berbanding dengan bandar Helsinki. 1st time juga saya datang ke tempat ni kerana bukanlah senang utk kesini dgn jaraknya yang jauh ni lebih kurang 800km dari Helsinki dan mengambil masa yang agak lama juga kalau nak memandu iaitu melebihi 10jam perjalananan. Tapi kami ke sini dengan menaiki flight hanya dalam masa 1 jam jer dah sampai. Selain daripada berpeluang melihat tempat menarik disini,  dapat juga melihat aurora borealis (atau cahaya-cahaya utara).


oklah layan jer lah gambar kat bawah ni...sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman dalam masa yang sama untuk simpanan kenangan saya disini saja.

ni la snow village...masuk dalam ni dikenakan bayaran sebanyak 10euro seorang. Menarik juga kat dalam ni coz dapat tgk hotel ais, restaurant ais dan lain-lain lagi.

jalan masuk ke dalam ni seakan mcm terowong pula..disebelah kanan dan kiri jalan ni ada bilik-bilik hotel yang mana katilnya diperbuat daripada ais.


banyak ukiran ais dalam bilik ni.
salah satu katil yang dibuat daripada ais yang diukir..










restaurant ais
bar
ais yang diukir menjadi kerusi dan meja...menarik sgt.




sangat halus sekali tgk mcm kristal pula

posing bersama rakan-rakan yang turut serta lawatan ni







ni pula saya cuba naik Husky Ride...mcm-mcm perasaan ada ketika ni..takut, suka dan berdebar semua ada tapi bila dah abis satu pengalaman yang menarik sgt.

ni la rupa anjing yang bawa kami...laju juga

naik gondola utk ke puncak levi ski iaitu satu tempat tinggi yang biasa org naik utk main ski...boleh tahan juga gayatnya kebih kurang mcm naik cable car kat Langkawi dan genting jugalah.

bergambar diatas puncak Levi ski dengan suhu ketika ini -29 degree celsius dengan angin pun kuat juga masa ni..kebas jugalah muka dibuatnya.
masa disana dapat jugalah tgk aurora ni iaitu cahaya yang hanya berada pada berlatitud tinggi (arktik dan antartik),
Di latitud bahagian Utara, kesan ini dipanggil aurora borealis (atau cahaya-cahaya utara), dinamakan bersempena dewi Roman, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas, oleh Pierre Gassendi pada tahun 1621. Aurora yang kelihatan di kutub magnetik mungkin sangat tinggi di langit, tetapi dari jauh, ianya menerangi horizon dalam bentuk cahaja kehijauan  dan kadangkala merah pudar, seolah-olah mentari terbit dari arah yang aneh.

subhanallah sungguh indah sekali ciptaan Allah...itu saja yang dapat saya katakan bila dapat tgk cahaya dari langit ni.


ni pula video Husky Sleigh Ride in Lapland yang sempat saya rakamkan . Alhamdulillah setelah 3hari 2 malam di Utara Finland ni kami kembali semula ke Helsinki dengan selamat...sekarang hanya tinggal gambar kenangan saja.InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang lagi boleh lah ke sini lagi nanti.

10 comments:

  1. assalam nieza..terima kasih nieza..sudi kongsikan gambar2 yang cantik dan menarik ni..
    acik tengk pun rasa dah terasa sejuk sangat..macam mana boleh tahan nak duduk di kerusi aitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam acik, sama-sama kita berkongsi pengalaman ya. memang best tempat ni duduk atas kerusi ais tu yang best tu kalau pakai seluar tebal memang tak terasa sejuk la acik.

      Delete
  2. uuuuuu... yg baca pon rasa sejuk gigil ni. cantiknya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sejuk kat tempat ni kena pakai baju banyak lapis:)

      Delete
  3. Salam kak nieza!! subhanaAllah! cantek betul aurora tu! mmg beruntung akak dpt tgk bukan semua tempat ada n bukan senang dia nak kuar, dulu pernah tgk pasal keajaiban langit, mmg cantekkkkk sgt2! air batu tu sume pun canteks2! tp sejukkknyerrrrrrr.. kita teringin kdg tu nk pergi tempat2 mcm ni tp bila teringatkan balik kulit2 kita ni nanti kering n gatal2 malas nak balik japan musim sejuk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam, ya Ika, cantik sgt...aurora tu kalau nk tgk penuh kena pergi ke tempat gelap. akak sempat tgk di kawasan cottage jer.memang tak semua org berpeluang ke sini dpt tgk cahaya ni kalau tak kena timenya.Alhamdulillah masa kami pi ni berpeluang tgk...terpegun jugalah. kering dan gatal di musim sejuk tu biasa la Ika..kena rajin pakai lotion tapi akak ni malas juga. kekadang kering sampai berdarah juga.

      Delete
  4. subhanallah.. bestnya..
    terima kasih nieza syer pada kami..
    serius ayu dah lama idamkan nak tengok restoran ais, hotel ais..hari ini baru dapat jumpa.....

    tengok aksi nieza dan kawan2 dah tau tahap kesejukkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Ayu, memang best..sama-sama kita berkongsi pengalaman. sejuk sampai kebas muka juga dibuatnya.

      Delete
  5. Salam Yong,

    amat menarik kampong ais tu, ada gak ıdea diorang nak manfaatkan kesejukan ekstrem tu. Aurora tu mmg menarik dan SubhanaAllah, Allah Maha Pencipta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam, ya memang menarik kak...itulah salah satu tarikan pelancong ke sini. Subhanallah itu saja yg mampu saya ucapkan bila ternampak cahaya aurora ni kak.

      Delete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers