17 Mar 2012

Baked Pasta

Assalammualaikum dan salam dihari minggu buat semua
Sebelum terlupa hari ni nak sharekan menu yang dah lama terperam ni...sampai lupa dah bila buat ni. Tak kisahlah kan bila pun tapi nak simpan kat sini juga resepi ni utk rujukan di kemudian hari. Baked pasta  ni simple jer tapi memang sedap..kena pulak kalau bubuh topping cheese atas tu banyak-banyak memang mantop la..pastu  mulalah rasa bersalah sebab menambahkan lemak kat badan ni..:D


Oklah ceter pasal n3 ni, sebelum ni pun dah banyak kali juga buat baked pasta ni..dah macam-macam jenis pasta dah cuba. Kalau rasa malas nak masak nasi dan lauk tu saya masak gini jer la. Nampak resepi mcm remeh tapi tak susah mana pun kalau dah selalu buat semua benda akan jadi senangkan. Terima kasih pada yang berkongsi resepi ni Mutiarazura @ My Resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula. Oklah jom semak resepi kat bawah ni yer.

Bahan-bahan ( 6 orang kot )
500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 batang carrot – didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa


Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar 
Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara
  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  • Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  • Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
  • Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
  • Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
  • Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
  • Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
  • Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
  • Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
  • Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan.


29 comments:

  1. aslmkum nieza..jln2 ppgi.. kuar dah menu peram .. akk pun byk menu peram.. manjang tk sempat jer.. ni pun sambil kemas2 sempat ngendap dapur nieza.. anak2 pun suke menu camni coz ada cheese tu gaknya.. dah lama gak tak buat menu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak zana, ya la byk menu terperam yg dah msk ranum pun ada dah..hehe tak pe la kak bila free boleh n3.lambat pun tak kisahla kan.ya memang sedap kalau bubuh byk cheese lagi best ni:)

      Delete
  2. Salam kak nieza! dah boleh tido belum kak? hihihi.... kita kat sini matahari dah naik suku bumi :D bf pun belum buat tak tahu nak buat bf apa ehehe.. tak pernah buat bake pasta teringin jugak nak buat, boleh masuk list, resepi dr mutiarazura ni best tau, ada resepi spaghetthi dia pun sedap sgt2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Ika, tu lah jam 3pagi baru boleh lelapkan mata ni..actually dah tertido awal mulanya tu sebelum isyak lagi pastu bangun la solat isyak nk tido blk dah tak leh pula tu sebab singgah dapur ika tu.cubalah buat nanti Ika....sedap juga ni:)

      Delete
  3. Menu saja yang lama, tapi gambar tetap baru ye Nieza... yang nak dikongsi resepinya tu... tu yang mahal tu Nieza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak lama bukan masalahnya kan yg penting berkongsi resepi tu kan:)

      Delete
  4. Niwza nie menggoda tau!!!
    Lama tak mkn baked pasta..arituh menggoda pizza!!!
    Bila lah mood nak rajin mcm Nieza nie..cuba tiupkan vit R sikit kat mama hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja jer nk goda mama ni..hehe nanti mama cuba yer.angin rajin ni pun saya tak leh nk jamin mama sebab saya pun ada musim gak kena angin ni..hehe

      Delete
  5. assalam nieza..makanan yang belum pernah acik buat ni.tengok je resipi..ambik dan simpan..

    ReplyDelete
  6. wah spagetti...anak js mesti suka ni tp mamanya tak brapa nak suka...haha..

    ****selalu mkn kt piza @ SR je..hihi

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum Niezza,
    Mmmmm sedapnya. Berselera sungguh I tengok hidangan you tu

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum Niezza,
    Mmmmm sedapnya. Berselera I tengok hidangan you tu

    ReplyDelete
  9. salam kak nieza..

    lady x pernah makan pasta bakar.. nak cube pun buat takut x habis.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam lady, cubalah buat..akak pun buat setgh adunan jer ni:)

      Delete
  10. tun xpernah buat pulak baked macaroni nih. teringin jugak nk makan. sedih je x pernah makan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai tun mcm mana leh tak pernah mkn ni...cubalah buat nanti.senang jer ni tun dan semestinya sedap:)

      Delete
  11. waduhh.. ya ampunnnn sedap nyer nampak baked pasta nieza ni. dah lama tak makan gini. dulu2 rain la buat. ingat nak buat juga. esok la kalau rajin. hehehe.. biasa buatkan anak baked nasi goreng. diorang suke makan gitu. esok2 tukor buat pasta la pulak .. tq nieza ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sedap ni Izah, sure budakx2 suka ni..sama-sama yer:)

      Delete
  12. salam dik....duk buat apa tu...lama jgk dh kmaz xmai finland ni...kmaz pun mood xbrapa nk rjin mana ngadap dpur maya ni...asik tngelam timbul je..jrang buat blog wrking...asik bz je nga mcm2 aktvti..smga nieza sihat slalu...muahhh..

    ReplyDelete
  13. Salam Yong Nieza,

    Hmmm boleh try, akak akan guna yoghurt kampong terus, takyah boh susu, siap masam dah yoghurt kami tuh!

    ReplyDelete
  14. resepi mutiara ni memang sedap..saya pun suka...kalau nak masak spageti ke apa ke memang suka guna resepi dia..hehehe..sedapnya..lama tak makan..huhuhu

    ReplyDelete
  15. letak lada hitam ye nieza
    akak biasanya x letak
    nanti boleh try this recipe pulak :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Niezza

    tak pernah rasa lagi....

    ReplyDelete
  17. Aslmkm. . Sue x pernah lg buat baked pasta mcm ni. Takut nnti sorg2 kena perabiskan. . Haruu la makin melambak lemak dlm badan nnti. Heeee

    ReplyDelete
  18. heheheh bes bes...meriah gamba kak nieza ni colurfull hihihi :)

    ReplyDelete
  19. memang dok cari macaropi yg separuh lagi nak buat tadi. tapi tak jumpa pula . Miss in action. nanti boleh ikut resepi ni.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers