19 Mar 2012

winter 2012

Assalammualaikum
Hari ni baru berkesempatan nak share gambar salji dihalaman rumah pada bulan febuari yang lepas. Bila dah busy sampai saya lupa nak n3kan musim sejuk kat sini tapi nak juga simpan kenangan kan....walaupun dah berpengalaman 3 kali winter di Finland ni tapi setiap kali kehadiran salji turun adalah berbeza juga dan buatkan saya tak jemu untuk mengambil gambar. Apa yang membezakannya bolehlah tgk gambar yang saya rakamkan kat bawah ni yer.

Tempat lain maybe dah nak masuk spring tapi Finland ni mcm ni la salji masih belum abis sepenuhnya lagi. Nampak cuaca sekarang dah semakin cerah dan sedikit panas berbanding dengan bulan lepas la dan bila suhu turun ke paras o ais dah mula cair..jalan semakin licin seolah mcm kita berjalan diatas ketulan ais batu gitu. masa ni la yang paling saya tak suka sebab takut terjatuh lagi.Dah ada pengalaman jatuh tu sebab saya takut. Oklah layan jer lah gambar salji yang sempat saya ambil di sekitar kawasan rumah yang saya duduk ni. Cuaca ketika gambar ni diambil memang sangat ekstrem sejuknya sampai suhu -31 degree c dan salji juga turun banyak.

view dibelakang rumah yang dah nampak mcm banjir dah ni kan...kalau kat Malaysia banjir air tapi kat sini banjir ais la.


view dihalaman rumah
ketebalan salji di halaman rumah...kalau diukur memang dah tinggi paras lutut dah ni
ni pula pokok apple yang pernah saya n3kan ceternya pada n3 summer dulu.pada musim winter ni tak ada buah dan nampak mcm mati jer kan tapi bila dah sampai musim panas nanti dia akan berbuah mcm biasa balik.



timbunan ais yang dah berat ni..




suka sgt tgk salji atas pokok gini..


pokok ni dah tertimbus sgn salji yang tebal dah

suhu yang sempat saya rakamkan
salji yang turun tanpa henti dan menebal dihalaman rumah.
biasanya anak tuan rumah yg bersihkan halaman rumah ni tapi minggu ni diorang tak ada kerana pergi bercuti ke spain so...terpaksalah mr.hubby sodokkan salji ni dgn menggunakan manual sodok ni. kalau tak keta memang tak leh keluar dan tersangkut.
boleh tahan juga penatnya nk sodok salji ni....

ni la masalah utama yang sering dilalui meraka yg memandu kerata rendah...tersangkut didalam snow yang tebal. hari weekend biasanya diorang tak dtng bersihkan jalan dan salji pula turun tanpa henti semalaman juga. Saya dan mr.hubby keluar shopping brng dapur dan bila balik tu jalan nak masuk kerumah ni dah penuh dgn snow dan ketebalannya sampai ke paras lutut jugalah dan kereta terkandas lagi.teruk juga nk kena scop dan tolak. lastly..terpaksa parking kereta disini dan jalan kaki masuk kerumah. Memang mencabar bila terpaksa meredah snow yang tebal ni. 



macam ni lah rupa jalan nak masuk kerumah kami tu.hanya kereta yang tinggi mcm pacuan 4 roda saja boleh lepas ni.
beginilah keadaan snow dihalaman rumah..
ni la anak tuan umah..biasa dia akan gunakan motor tolak snow ni untuk bersihkan halaman...cepat dan tak seteruk kalau guna manual.

oklah sekian sajalah dulu cerita winter kali ni..kalau diizinkan nanti saya sharekan lagi gambar yang lain pula..insyaAllah.


video membersih salji dihalaman rumah yang sempat saya rakamkan..layan jer lah.

16 comments:

  1. Salam Yong

    Keme pun jadi fobia bila jalan atas ais, dah pernah jatuh gedebuk....
    Kalau heater tak berfungsi camne ? Sejuk bebenor tu kat luor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam, ya la kak saya pun pernah jatuh memang takut nk jalan kalau ais dah mula cair ni. so far.. belum pernah lagi heater problem kak..ada heater pun sejuk kalau tak ada lagi ler sejuk.

      Delete
  2. rupanya tidak lah seronok yg disangka kan...salji..huhu...susah plak nk jln2...hehe.


    ***blh tak js nak tau nieza belajar ke kt sana...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak, ada suka dan ada juga duka. ya la kalau dah jatuh tu memang la tak suka jadinya. saya tak belajar dan tak kerja cuma ikut hubby jer keja sini.saya cuma keja chef jer ngan mr.hubby..hehe

      Delete
  3. Selamat pagi Nieza,
    bila tak pernah rasa winter, teringin untuk melaluinya, tapi bila terbayang salji yang membeku, terasalah sejuk kejangnya seluruh tubuh....aduh Nieza....Kak Amie panjat Gunung Kinabalu pun terpaksa pakai 7 lapis baju sebab tak tahan sejuk... itu tak ada salji, tak dapat nak bayangkan kesejukan di tempat Nieza... tapi pemandangannya sangat indah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak Amie, memula memang la excited tgk salji ni tapi bila lama sgt kat sini baru kita rasa mcm mana kalau dah banyak sgt sampai malas pula nk layan.tapi yg tak tahan sejuk sgt dan abis kulit jadi kering. bestla akak dah naik gunung kinabalu tu teringin lak nk ke sana:)

      Delete
  4. wahhhh.. akak rasa cam tengok movie orang putih laaaa... seronoknya kita yg menengok, yang kat sana siksa juga rupanya ya... tapi pengalaman itu mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak Yus, pengalaman tu yg berharga sekali..tgk gambar yg indah ni memang best kak..tapi nk melalui dan meredah snow ni la yg perlukan kita kesabaran:)

      Delete
  5. subhanallah...
    cantiknya...seronoknya tgk...=)
    saya truja=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Aine, kalau ada peluang dtng sini dapat tgk real lagi best..:)

      Delete
  6. lebat sungguh yuki kat sana ekk
    sini dah early spring
    alhamdulliah dah sunny day hari ni
    cuma angin jer kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestla ayu...kat sini dah mula cair dah juga tapi semalam ada turun lagi snow sikit. tak sabar juga nak tunggu spring kat sini.

      Delete
  7. cantiknya semua pics salji tu... geram je tengok tapi tak tahan sejok nya kan..

    betol kata nieza.. sana banjir ais, sini banjir air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la banjir salji kat sini..sejuk dah biasa la kak.tak thn pun nk kena tahan juga:)

      Delete
  8. tebalnya salji kak...kita yg kat msia ni teruja je tengok..tapi kalau tebal sgt kita pulak naik takut...hehehe..seronoknya..teringin nak ada pengalaman cam gini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah sini Q boleh main salji ni puasx2.. kat sini setiap thn banyak memang byk salji la.

      Delete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers