19 Mar 2012

Non - Bake Durian Cheese Cake

 
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Percubaan pertama saya membuat cheese cake durian ni...dah lama nak cuba buat cheese cake ni bila ternampak resepi yang menarik dengan menggunakan isi durian. Sebelum ni saya pernah juga buat non bake peach cheese cake tapi resepinya berbeza sikit daripada resepi ni kerana resepi ni menggunakan whipping cream. Kebetulan nak abiskan  whipping cream yang dibuka tu sama. Sedap juga rasanya...kebetulan ada kawan datang rumah petang semalam dan saya berikanlah padanya sikit. Kalau simpan takut lak saya ulang makan chese cake ni, nanti bertambah-tambah lagila berat badan yg sedia berat ni..:D

Bagi yang gemarkan makan durian bolehlah mencuba resepi ni...actually, saya bukanlah seorang yang gemar sgt mkn durian tapi mr.hubby memang suka sangat lah. Kalau yang fresh saya tak suka tapi bila diproses dan dimasak saya makan la. Kat sini memang ada jual durian yang diimport dari Thailand tapi dalam bentuk frozen. Tak kisahlah janji ada jugalah kan. Nak buat kek ni tak susah pun sebab tak perlu bakar cuma letakkan dalam peti sejuk saja tapi cuaca kat Finland ni masih lagi sejuk saya cuma letakkan di ruang balkoni luar saja.Senang bila ada peti ais yg besar kat luar umah ni..:P


Resepi Kek Keju Durian

sumber : Dapur Kak Zu

BAHAN BAHAN
200 gm biskut digestive 
100 gm butter di cairkan 
Hancurkan biskut dan masukkan butter cair
Tekan pada dasar loyang size 7 x 7 (nieza guna loyang bulat saiz 24cm)
simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit
250 gm krim keju
250 gm non dairy whipping cream
230 gm isi durian
100 gm gula castor
2 sudu makan madu
2 tbsp gelatin halal
60 ml air panas 


Terima kasih pada Dapur Kak Zu kerana berkongsi resepi kek yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.
Cara-cara
  1. Putar whipping cream hingga kembang dan kental. Simpan di dalam peti sejuk sebentar.
  2. Putar krim keju , gula dan isi durian hingga kembang dan lembut
  3. Cairkan gelatin dengan air panas. Kacau hingga gelatin larut
  4. Masukkan gelatin ke dalam adunan keju
  5. Campurkan adunan keju dan krim putar tadi dan kacau sebati dengan kaedah kaup balik perlahan
  6. Tuang adunan ke dalam loyang ' loose tin ' yang bole dibuka bawahnya.
  7. Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam hingga kek mengeras dengan sempurna.

lebihan whipping cream tu saya warnakan dengan warna kuning dan buatkan deco sikit atas kek ni...saja jer gatal sgt nk baut deco ni..tapi tangan tak berseni dan kreatif ..setakat itu jer yang mempu dibuat pun. Tak kisah la sememeh pun kak untuk buat makan sendiri jer ni.

 ni lah rupa durian frozen yang saya beli kat kedai aseanic kat sini..senang sebab dah siap dibuang bijinya

26 comments:

  1. tak penah mkn cheese cake durian..takleh nak bayang rasanya camne.

    tapi nampak sedap yg awak buat ni tau.

    ReplyDelete
  2. salam nieza...bestnya tgk kek tu..akk pun suka kalau cheesecake yg non bake cmni...senang kan...hihihihi

    ReplyDelete
  3. Selamat petang Nieza,
    terbayang rasa durian dengan cheese... mesti rasanya ad kelainannya kan Nieza...
    terima kasih sudi singgah beri kakak semangat, kakak juga kagum dengan Nieza yang tabah melalui perkara sama sebanyak 3 kali, berbanding kakak yang baru pertama kali (mungkin sangat terkejut kerana tidak pernah menyangka akan terjadi) mudah-mudahan Allah berikan yang terbaik buat Nieza dan suami.

    ReplyDelete
  4. Salam kak nieza, kita yg duk siam bercinta nk jumpa durian yg masak sume keras2, yg frozen mcm akak ni biasanyer mmg dia buat xport jdnyer mmg tak skn jumpa durian frozen hanya yg fresh tp keras! Ehehe... Dutian ciskek tk pernah cuba tp nk mkn nk buat pulak gerenti kita sorang yg kena abiskan :D

    ReplyDelete
  5. tengok cheesecake petang2 ni, rasa meleleh je air liur ni nieza..!!! alahai, ekxperimen cheescake saya tak siap2 lagi.. bila la nak start ni.. pemalas..!!

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Nieza sedapnyer.. tak sangka kat sana ader durian.. bila cam tu tak ganggu rasa? selalu kat sini bila dah buh dalam bekas lain kureng rasa..

    ReplyDelete
  7. salam nieza...
    waaa... lom pernah rasa durian cheesecake gitu... nampak mnggiurkanlah nieza...
    stok durian takdelah nieza.. tinggal tempoyak jer yg ada.. hihi.. kena tunggu next seasonlah!

    nieza kat sana.. kalau ada baki lauk pauk takyah susah2 simpan petiais ehhh.. biarkan je bertutup kat luar sure tak basi ehh... untung kan peti ais besar.. hii...

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Nieza!
    durian dgn cheesecake... kombinasi yg sangat saya suka, sedaaaaapp!

    ReplyDelete
  9. waduh kejamnyer nieza cayang..akak nk pengsann!! kt mesia dh abih dh musim durian..uhukss!! lariiiiiiiiiikk!!

    ReplyDelete
  10. comel je nieza deco tu. enambah sedap dipandangkan sesambil memang sedap di ngap. hehee

    ReplyDelete
  11. Laaaaama tak makan durian..cheesecake pun dah laaaama tak makan. Nak durian cheesecake Nieza lah...sedapnyaaaaa! ;)

    ReplyDelete
  12. Niezaaaa...ishhhh durian cheese cake..mesti sedappp sekali ni! menggiurkan sungguh..baru akak abis makan durian struddle, ni Niezza tayang the cheesecake version plak.. ;)

    ReplyDelete
  13. gambar yg betul2 menyeksa tekak ni...

    ReplyDelete
  14. As'salam Nieza

    kalau isi durian ni buat kek atau kuih macam kurang sikit anak2 k.ct nak makan, pernah buat kuih talam durian masa tu. akhirnya sedekah kat jiran jer..hehehe

    tapi kalau buat pengat laju jer masuk mulut..hehehe

    ReplyDelete
  15. salam nieza...akak ni tgk durian tu pun dah terliur... apatah lg dah jd cis kek...masih tak tertunai lg hajat nak buat cis kek...

    ReplyDelete
  16. as-salam kak Nieza
    Oh my! what a beautiful cake!! love this..

    ReplyDelete
  17. aduii terliur tengok durian tu kak...dha lama tak makan durian thailand ni...pernah makan masa kat kelantan je...hehhe

    ReplyDelete
  18. waaa...bak sepotong...suapkan cepat....mesti wangi je bau doyan yer..

    ReplyDelete
  19. Nieza,sedap tu..tapi kat sini dah tak ada durian le....

    ReplyDelete
  20. Assalam Nieza, terasa dah lama tak singgah ke Finland, tapi malam mi penangan ciskek durian ni terpaksa jgk singgah.... sedapnya... terasa2 mcm ais krim durian... mesti lg sedap....

    ReplyDelete
  21. Kat sini belum musim durian tapi kalau durian Thailand ada dijual.Nampak sedap ....

    ReplyDelete
  22. cheese cake....
    sedappnya..
    meh sepotong kak..he3

    ReplyDelete
  23. Salam Nieza,
    Nampak cantik dan sedap sangat durian cheese cake tu, tp akak jamu mata ajala, sbb kita tk makan durian....huhuhu

    ReplyDelete
  24. sedapnya...
    nanti musim durian bolehlah cuba ye...

    ReplyDelete
  25. Aslmkum Nieza.menarik tengok cheese cake durian tu....rasa nak tumpang mkn juga sbb akak mmg suka durian...antu durian..hi..hi.senang kat sana ada jual durian frozen...dptlah juga merasa.kat tempat akak tak da jual.

    ReplyDelete
  26. Apa rasa lakan cheese campur durian. Nak try mkn satu hari nnti. Hihi.. Eh sama kita ada peti ais seluas alam kat luar tu. Hehe.. Saya letak ayam daging dalam bekas kat luar rumah kelilingkan dengan salji. Sbb sini beli ayam beku, time nak masak lama kene tunggu cair, kalau letak luar ayam x beku sgt sng potong. Tp winter je la dpt buat, summer ayam cepat cair letak kat sink. :D

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers