14 Mar 2012

Tempahan Makanan


Cerita pasal  tempahan makanan ni dari embassy iaitu pada hari selasa 13 Mac yang lalu. Semua makanan  ni akan dibawa ke ofis sebelum jam 11pagi kerana lunch akan dimulakan pada jam 11.30 pagi.  Pada mulanya saya agak berat hati juga nak memasak utk jamuan makan tgh hari TYT duta bersama semua duta-duta Asean ni. Tapi atas permintaan daripada TYT duta dan isteri saya terima jugalah. 

Walaupun kuantiti yang di order tak la banyak sangat tapi cukuplah utk 20orang makan. Saya hanya masak 4kg ayam msk merah, 1kg beras utk masak nasi minyak dan acar mentah saja. Manakala dessert pula disediakan oleh isteri TYT duta sendiri. Memula rasa macam kurang yakin jer bila nak masak utk jamu duta-duta luar ni. Bukan apa, cuma risau jer kalau-kalau masakan saya tidak menepati citarasa semua kan. Memanglah saya dah biasa masak banyak-banyak sebelum ni tapi sekadar utk hidangkan pada family dan kawan-kawan saja. Atas sokongan mr.hubby saya terima jugalah tawaran memasak ni dan dalam masa yang sama juga ini ada satu pengalaman dan cabaran buat saya. Alhamdulillah mereka semua berpuas hati dengan semua masakan ini. Lega jugalah rasanya bila semua majlis berjalan dengan baik. 

Memang agak busy sikit semlm ni kira-kira seawal jam 6pagi saya dah bangun untuk memulakan operasi msk ni kerana saya masak seorang diri saja so..memang kena uruskan masa dengan betul supaya semuanya dapat berjalan lancar dan siap tepat pada masanya.Jam 10.30pagi saya dah kena siapkan semua dan saya juga turut diminta utk ke embassy pula utk bantu hidangkan semua makanan ni tapi saya cuma didapur sajalah yang serve org lain pula. 

Ayam masak merah ni saja dimasak agak kering sikit kerana atas permintaan duta tak nak kuah yang banyak sangat.


 acar mentah

nasi minyak kacang dhal berkismis

Terpaksa bawa bersama periuk sekali supaya mudah untuk panaskan di ofis nanti

antara tetamu yang hadir yang terdiri daripada semua duta-duta negara Asean, duta India, China dan Japan.

dah abis...semua tetamu dah balik..
Seharian jugalah disana hinggalah lewat petang baru blk kerumah bersama mr.hubby blk kerja.Gambar ni sekadar simpanan kenangan saya disini saja. 

6 comments:

  1. bestnye akak..
    walau jauh dr tanah malaya..
    tetap jamu org luar mkn mknan kita.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la kita kan org Malaysia mestilah kena tunjukkan makanan kita org Malaysia..baru lah org kenal Malaysia!:)

      Delete
  2. assalam nieza..berjaya nieza masak dan mesti semua berpuashati..acik tengok gambar pun dah tau sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam acik, terima kasih kak..ya alhamdulillah satu kepuasan pada diri bila org berpuas hati walaupun bukanlah senang untuk kita puaskan hati semua org kan tapi kita dah cuba lakukan yang terbaik buat semua.

      Delete
  3. Tahniah ija! Sungguh berbangga dengan skill yang ada tu. Makanan nampak sedap semestinya rasa lebih sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Nini!!alhamdulillah skill yg ada masih perlu digilapkan lagi..hehe wehh..mana menghilang? rindu la..mcm mana nak contact hang ni.kat fb dah tak boleh lagi...nanti free bg no phone kat Dubai atau hang email kat sini niezal7679@yahoo.com.my

      Delete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers