15 Mar 2012

Cinnamon Choc Chip Swirl Bread (CCCSB)


Assalammualaikum
Bertemu lagi dengan n3 meroti...kalau dah start meroti ni memang nak meroti jer lah kejanya. Bila angin meroti dah datang ni macam-macam roti nk dibuatnya.

Oklah ceter pasal roti ni atau dikenali dgn CCCSB ni memang sedap bila mkn kena pada choc chip tu tapi betul la cakap Kak Nor dan kawan-kawan lain yang dah cuba buat rasanya tak sehebat mcm mkn roti CPAB dulu. Pada saya CPAB juga yang sedap kalau yang suka pada cinnamon la.. Saya ikut resepi olahan dari K.Nor@SecubitGaram tapi saya buat utk satu adunan saja. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan juga Kak Nor yang telah berkongsi resepi ni serta kawan-kawan blogger lain yang telah mencuba dan berkongsi resepi roti ni. Izinkan saya berkongsi disini pula ya.



CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD
hasil olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Technicolor

Bahan:
180ml susu segar/fresh suam
1 ¾ sudu kecil yis segera (mauripan)
455gm tepung high protein (tepung roti)
85gm tepung gandum
3 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil garam
85gm  butter sejuk
½ cawan + 2 sudu besar air
3/4 cawan coklat chip

Bahan taburan (filling):
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil cinnamon/serbuk kayu manis
1 bj telur A ~ dikocok
~ gula perang dan serbuk kayu manis digaul hingga rata.
~ ketepikan.


Cara (dgn menggunakan breadmaker):
Masukkan susu segar ke dalam bekas breadmaker (BM) kemudian diikuti dgn bahan2 lain kecuali butter dan coklat chip.
Tekan suis ON pd BM dan setkan pada DOUGH.
Tekan START dan biarkan ia menguli seketika hingga membentuk spt doh barulah dimasukkan butter.
Biarkan sehingga proses menguli selesai. (* tip: utk menghasilkan doh yg lembut dan cantik, bolehlah diulang proses menguli utk sekali lagi)
Biarkan ia naik 2x ganda atau sehingga BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Keluarkan doh tadi dan letakkan dlm sebuah mangkuk, kemudian masukkan coklat chip. Uli sehingga rata.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Ambil satu bahagian dan canai hingga membentuk segi empat tepat lebih kurang 14" x 6"
Sapukan permukaan doh dgn telur yg dah dikocok tadi (tinggalkan sedikit utk satu bahagian doh lagi)
Tabur pula separuh dari bancuhan gula perang dan serbuk kayu manis (tinggalkan sedikit ruang bahagian hujung atas dan bawah doh utk proses mengemaskan masa menggulung)
Gulung doh dgn kemas. (jgn lupa kemaskan bahagian hujungnya supaya nanti doh tidak akan terbuka.
Letakkan ke dalam loaf pan yg dah digriskan dan taburkan sedikit tepung.
Ulang sekali lagi proses utk sebahagian lagi doh.
Rehatkan doh dgn meletakkan tuala lembab ke atasnya.
Biarkan ia naik lagi utk kali ke dua.
Panaskan oven 180C dan bakarlah hingga masak (lebih kurang 30 - 40 min), kemudian keluarkan dr oven.
Biarkan seketika dan keluarkan roti dr loyang dan sejukkan atas redai.
Sedap dimakan suam2 panas.


30 comments:

  1. Niezza, dah kesini plak roti ni. Hari tu jln blog sape tah.....roti ni jgk....akk tak berani ler nk buat. Nnti akk yg kena abiskan, anak ramai ok la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat setgh adunan jer ni kak...kalau buat semua saya pun tak leh nak abiskan:)

      Delete
  2. waah.. cantik la nieza.. akk punya mcm kurang cinnamon pulak.. mungkin masa gulung tu akk gulung ketat tu yg kluar fillingnya.. siap lap2 lagi dgn tisu kitchen.. bila potong tak nmpk swirlnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe la kak cantik tu belakang kiralah yg penting mkn sodap kan..:)

      Delete
  3. Salam kak nieza! cantek roti akak! swirl roti kita jer nmpk pelik sikit ehehe... sejak2 BM kita dah arwah ni kan, rajin pulak nak meroti kalau tak pemalas kemain hihihi... ni pun da plan nak buat roti lagi tp tepung roti kita tggl sikit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Ika! tq dear..roti yg Ika buat tu pun cun juga..itulah rajin betul ika uli tgn yer kalau akak tak sanggup la jwbnya..sanggup lagi tak mkn roti hehe

      Delete
  4. santik swirl roti nieza tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak Nor..tapi tgk roti akak tu lagi cun..tq sharing resepi yer kak:)

      Delete
  5. semalam tengok Dzana nyer,rini dah sampai umah nieza,suka tengok tapi tak rajin nak buat..hihih meh anto sket kat umah..mmg betul cantek ajer kejadian nyer!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak Asma,nanti akak cubalah buat pula sure boleh cantik juga:)

      Delete
  6. as-salam kak Nieza
    The swirl is so so so lovely..

    ReplyDelete
  7. sedapnye roti tu kak... nampak sangat menyelerakan.. lbh2 lagi belum sarapan lagi nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sedap kalau cicah air kopi panas ni..:)

      Delete
  8. cantikkk nye roti nieza ni. kemas sungguh. patut la org ajak buat demo roti kn. tapi kan suke la set prop kali ni.sweet je waarne nyer.. suke laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Izah...masih belajar-belajar lagi ni tgk roti yg Izah buat apa kurangnya semua elok jer jadinya. hari ni mood terajin sikit nk ambik gambar kalau malas main snap jer pic tu.

      Delete
  9. aslmkm cik kak..kita gakle tak buat ni..cantik hasil tgn nieza ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam anna,tq nanti anna cubalah buat pula..sure boleh jadi cantik jugalah:)

      Delete
  10. Cantik kak nieza.. Lama sgt tak meroti.. Rindu rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Ita, itulah tgk Ita bz buat kek jer..akak buat kek lum pass lagi la..:)

      Delete
  11. wah dah buat ye, cantiknya, saya tak sampai seru lg hehe

    ReplyDelete
  12. menariklah nieza roti ni... tengok roti ni akak teringat resepi povitica bread yang dah lama akak simpan.. tak terbuat2 lagi.. haiii.. byk tul list resepi yg tak sempat dicuba... nieza sihat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah saya sihat kak..tq. ya menarik kak nanti akak leh cuba. ok saya tunggu resepi povitica bread tu pula nanti bila akak buat jgn lupa sharekan yer:)

      Delete
  13. balas kunjungan. =) pusing2 roti tu...cantik je duk dlm bakul pink!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi singgah sini, saja jer posingkan roti tu..kalau malas main snap jer la mana yg sempat:)

      Delete
  14. Assalamualaikum Nieza,
    sorry ya akak selalu dtng lambat....busy sangat sampai nak balas komen kwn2 pun tak sempat2....btw cantik roti yg Nieza buat ni..dok dlm bakul lagilah wat ianya nampak menarik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak yatie, tq..tak pe kak saya faham..kalau bz memang gitulah saya pun sama mana yg sempat jer saya singgah dan balas komen..:)

      Delete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers