Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
update n3 tertangguh jer ni...memang lately ni tak sempat nk update blog dan bw pun. Macam-macam aktiviti ada. Rindu nak bw tapi itulah masa agak terhad jer bila sibuk-sibuk ni. Bila dah blk rumah macam batery weak jer rasa bdn ni... InsyaAllah bila dah free nanti saya bw yer. Terima kasih pada yang sudi singgah ke sini. Bukanlah saya tak masak cuma tak sempat nak n3kan menu masak-masak lagi jer. Hari ni juga agak membusykan saya sebab ada tempahan makanan utk lunch kat embassy.
Oklah n3 ni cuma nak cerita demo membuat roti dan pizza bersama teman-teman dari Indonesia embassy disini iaitu pada 11 mac lepas mereka datang ke rumah saya untuk belajar meroti dan pizza ni. Actually dah lama juga diorang bagi tau saya yang diorang sangat berminat untuk membuat roti sendiri dan minta saya tolong ajarkan. Selalu tanyakan saya bila saya free dan bila dah sibuk dengan aktiviti luar persatuan ladies saya terpaksalah tangguhkan dulu sehinggalah sampai hari ahad lepas baru saya berkesempatan utk ajarkan. Tak sampai hati pula untuk saya menghampakan hajat teman-teman ni, lagipun kawan yang seorang lagi tu dah tak lama dah disini dan akan pulang terus ke Jakarta nanti.
Pada mulanya saya segan juga untuk mengajar meroti ni kerana saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab meroti ni coz saya hanya belajar sendiri dan mencuba resepi yang dikongsikan oleh kawan-kawan blogger saja. Tapi tak menjadi masalah kalau yang berminat saya kongsikan bersama ilmu dan pengalaman selama saya mencuba membuat roti ni. Ilmu yang baik ni eloklah dikongsikan bersama kan so...apa yang saya katakan pada mereka saya sekadar berkongsi pengalaman saja. Semoga ilmu dan pengalaman yang saya kongsikan bersama ini dapatlah dimanfaatkan bersama juga.
Resepi untuk membuat roti ni adalah sangat terbaik bagi saya kerana hasilnya sangatlah lembut dan gebu. Doh yang banyak ni juga saya gunakan untuk membuat pizza dan pelbagai roti lain. Dengan menggunakan doh yang sama tapi saya dapat hasil roti yang beraneka bentuk. resepi roti ni dah banyak kali juga saya cuba bolehlah rujuk disini dan disini.
cara untuk membuat sosej blossom bun. gambar ni agak blur sikit kerana diambil menggunakan camera hp jer.
doh yang telah naik dan sedia utk dibakar
siap ditopping dengan mayonis dan cili sos sebelum dibakar
roti bentuk bunga tapi agak sememeh sikit disebabkan inti jem yang saya gunakan ini lembik. terlupa nak snap gambar step by step cara buat roti ni.
ni pula buat roti tocang..adunan yang siap diwarnakan dengan pink dan coklat
ni lah hasilnya bila siap dibakar....fresh dari oven
dengan menggunakan adunan doh yang sama juga saya buat pizza tuna pula.
pizza yang dah siap dibakar....
posing gambar dulu sebelum mkn..
minum petang dengan menu ringkas bihun goreng dan kuih bingka telur. Lupa pula saya nak snap pic.
Terima kasih pada Ibu Rahmi dan Citra yang sudi datang dan belajar membuat roti dan pizza ni. Semoga ilmu yang dipelajari ni dapat dimanfaatkan dengan baik. Terima kasih saya ucapkan pada semua teman-teman blogger yang sama-sama berkongsi resepi roti yang telah saya cuba buat selama ini dan izinkan saya panjangkan ilmu yang dikongsi bersama teman-teman lain pula. Jasa baik semua amatlah saya hargai.
Assalamualaikum Nieza,
ReplyDeleteSeronok tengok roti yang menjadi camtu. Roti sosej tu mmng kegemaran anak2 saya tapi ibunya buat tk penah menjadi...huhu..mintak izin copy resepi Nieza, Thanks!
w.salam Kak SH,
Deletecubalah resepi ni pula kak..mana tau menjadi nanti tapi saya dh buat byk kali memang bestla.simpan 3-4 hari pun roti masih lembut lagi.
Cantiknya! Pandai buat ye Nieza.... Kak Amie hanya tahu beli di kedai aje, rugikan kalau tak pandai buat sendiri!
ReplyDeletetq kak..bolehlah kak setakat nk mkn sendiri tu kan dok sini tak ada jual roti ni la kak.kalau kat msia senang kan nk mkn beli jer kat bakery tu.
Deletetahniah nieza..dah jadi guru ...mulia tuuu ...kak pun selalu ajar kawan2 kat sini free..yg ptg kepuasan hati..
ReplyDeletetq kak Ilah, tapi tu la guru tak bertauliah bolehlah saya ni...hehe sekadar berkongsi pengalaman yg ada saja kak apa yg penting ikhlas nk berkongsi ilmu bersama kan:)
DeleteNieza cantiknyaaaa ,macam2 adooo,munge sosej yg bulat tu akak belum try
ReplyDeletetq kak Chik Mimi, tapi akak buat roti pun cantik gak...kena try ni kak sure anak-anak akak suka nanti:)
Deleteas-salam kak Nieza
ReplyDeleteWow, this bread looks so pretty and I am sure is fantastic in taste too.
w.salam ady, tq..yes the taste was delicciouse..:)
DeleteCantik roti2 yang awak buat tu...tak sabar pulak saya nak meroti...dah lama betul saya tak buat roti..
ReplyDeletetq..cubalah buat pula Zalinzalina sure awak pun boleh buat mcm ni nanti.
Deleteif dekat boley join gak
ReplyDeleterajin betul la akak
dah mcm pizza yg jual kat kedai tue
ayu, jauh pun kalau nk join boleh jugak..terbang la kesini..hehe btw. tq dear:)
DeleteSalam Kak Niezza...rajin betul buat aneka roti ek..bestnya makan time panas2...
ReplyDeletew.salam Rahel, ceter pasal rajin meroti ni ada musim gak kalau dah start meroti rasa nk buat roti jer kalau dtng angin malas tu tak ada lah:)
DeleteKak Nieza, comel pulak saya tgk roti tu. hehehe. Teringin pulak nak cuba buat. :D
ReplyDeletetrylah buat hani...kalau tak cuba mana tau kan:D
Deleteassalam nieza..alhamdulillah murah rezeki nieza.
ReplyDeletesudi berkongsi ilmu dengan kawan2.
w.salam acik, ya alhamdulillah mudah-mudahan mcm tu jugalah kan.ilmu yg ada eloklah kita kongsikan bersama.
DeleteAssalam nieza, cantiknya kejadian roti bolsom tu, nampak sangat gebu semua roti n piza tu, sedapnya
ReplyDeletew.salam kak Rosaliza, tq kak..ni ada juga hasil dr tgn kawan-kawan yg buat ni saya cuma tunjukkan saja kak. resepi doh ni memang terbaik la kak.
Deleteouh begitu caranya yang sosej bulat2tu! wahhh.. tengkiu .. wah.. best nya menu menu nya!! teringin nak coba lah! =)
ReplyDeleteya kella boleh juga rujuk pada n3 roti saya yg lama dulu tgk pada lebel roti. selamat mencuba ya:)
Deletekak nieza.. windunyer nk tgk gmbr masak2 akak.. byk aktiviti persatuan ye. windu pulak zaman2 aktif berpersatuan dulu.
ReplyDeletebest jugak masak2 ngan kawan2 ni. kawan tun kt sini pun ada pesan suruh ajak dia bila buat roti. tp tu laa, sbb lama kan nk siapkan roti, susah pulak nk cari masa.
yup Tun, kalau ada aktiviti memang akak sibukla sikit..dah keluar tu malas dah nk online..mskx2 pun simplex2 jer la. bila free dapatlah update blk. betul la tun sekali sekala kalau ada peluang memasak ramaix2 pun best jugakan tapi nk buat roti ni memang perlukan masa yg lama sikit tu sebabla sampai malam juga diorang melepak hari tu.
DeleteSalam Nieza..wahhhh rancak meroti nampak...Yang 1st one tu peberet saya tuuu...sosej+sayur campur+mayonis+sos...wahhhhhh best tuuuuu
ReplyDeletew.salam sue, tu lah angin meroti dah mari la...hehe saya pun suka roti sosej tu.memang fav sepanjang zaman la:)
Deletesedap plak tengok roti dan piza nieza ni...rasanya cam nak cuba buat jugak...hehe..
ReplyDeletecubalah buat nanti..memang tak rugi kalau nk cuba pun sebab hasilnya memang sedap la:)
Deletesedapnye..
ReplyDeletelapo saya nengok gambar2 roti & pizza nie.. ;)
lapo ke? nk kasi mkn pun dah abisla...hehe
Deletewahh.. tahniah nieza.. msti seronok semuanya dpt belajar buat roti.. ank akk tgok roti kt atas tu terus jer oder..
ReplyDeletetq kak zana..itulah seronok juga bila tgk kawan-kawan suka buat roti ni.akak kena buat la nanti..memang bebudak suka kalau sosej ni kak.
Deletefuhh dah leh bukak kelas ni kak nieza..apapon mmg kepuasan lebih kan dpt makan roti panas panas...heheh
ReplyDeletekelas kecikx2 boleh la hajar..cikgu yg nk ngajar ni pun bkn pakar sgt pun masih dok belajar-belajar juga lagi.ya betul la satu kepuasan bila dpt mkn roti buat sendiri kan:)
DeleteSalam kak...
ReplyDeletegeramnya tengok!!!
w.salam...jgn ler geram pulak.kena cubalah nanti utk hilangkan geram tu yer..:)
Deletemenyelerakan.. :D.. tp pizza tu lady xleh makan..
ReplyDeletekenapa lak tak leh tu lady? saya semua boleh jer:D
Deletebagus nya nieza.. dapat berkongsi ilmu kan.. seronok je tengok ;-)
ReplyDeleteya la Izah ilmu yg ada kalau disimpan jer pun tak ke mana pun kan..baiklah kita kongsikan.semuanya datang dr Allah juga.
DeleteSalam kak! kita pantang tgk org buat roti, mesti nak main2 ngan tepung jugak :D tp sini dah petang, kena esok2 kalau nak buat :D Cantek! doh yg sama2 tp mcm2 leh kerjakan dia yer kak :D jimat tenaga pun ya ehehe.. akak apa khabar? sihat? takpe kak, uruskan yg penting dulu, BW dgn berblogging ni anytime leh kerjakan dia hihihi..
ReplyDeletew.salam Ika!khabar baik..tq dear.ya la betul juga tu utamakan yg penting dulu kan:) ya mcm2 cara kita boleh kerjakan dia ika.akak kalau nk meroti ni ikut angin juga..kalau angin rajin merotila kalau angin malas tu tido lena jer lah bibik (BM) tu..hehe
Deletemeleleh je air liur ni.. tangan nieza ni macam mesin je.. buat apa pon semua jadi...
ReplyDeletetak adalah sampai tahap mcm tu kak..saya juga insan biasa yg masih ada kelemahan dan kekurangannya.apapun kita syukurlah atas anugerahNya kan.
Deletesalam nieza... lama tak menyibuk kat dapur nieza ni...rajinnya meroti mcm2 bentuk ada...akak ni tak lulus lg nak buat gini nih.
ReplyDeletew.salam kak, apa khabar? saya pun lama tak singgah dapur akak.dah lama tak meroti kak ni pun atas permintaan kawan nk belajar meroti ni kak.insyaAllah akak pun boleh buat mcm ni juga nanti:)
DeleteWahhh great one Nieza..cantik je roti sosej tu. Ada bakat you! Nanti leh ajar Love ya...;)
ReplyDeletetq dear Love! boleh jer nk belajar tu tapi Love kena terbang ke sini la nanti yer:)
DeleteAslmkum Nieza.dah buat kelas roti....bagus kongsi ilmu dgn kwn2kan...apatah lagi dr negara lain tentu mrk suka dpt ilmu baru.roti Nieza buatpun cantik dan elok jadinya.akak bab roti belum pass lagi....tu yg malas nak meroti...
ReplyDeletew.salam kak ziela, kelas kecilx2 jer kak.ni pun atas permintaan kawan-kawan jer la. ya la kan ilmu yg ada walaupun sikit eloklah kita kongsikan.akak pun boleh buat juga mcm ni kak..saya pun masih lagi belajar-belajar juga meroti ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza... :-)
ReplyDeleteSemlm Kak Lin nak komen kat sini tapi line x ok pulak. Cantiknya Roti Blossom tu...Kak Lin pun lama x buat Pizza...sedapnya....